X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jika anak anda pandai melukis, ini tanda mereka genius. Tapi kenapa ya?

3 min bacaan
Jika anak anda pandai melukis, ini tanda mereka genius. Tapi kenapa ya?

Jika anak anda pandai melukis, mereka ada potensi untuk berjaya apabila besar nanti. Kajian mengatakan, kanak-kanak pandai melukis bijak.

Adakah anak anda pandai melukis? Jika ya, anak anda akan membesar menjadi seorang yang genius, kelak. Ini kerana, saintis baru-baru ini telah mendedahkan kanak-kanak pandai melukis bijak!

Kajian mengatakan kanak-kanak pandai melukis bijak

Pakar psikologi dari Kolej King di London telah menemui yang kebolehan artistik pada kanak-kanak adalah petanda yang mereka akan menjadi bijak apabila besar nanti.

Mereka mengatakan, kanak-kanak yang boleh melukis muka manusia dengan betul, akan menjadi lebih bijak bila mereka besar.

Pengkaji telah mengkaji lebih 15,000 gambar yang dilukis oleh budak-budak umur 4 tahun.

1o tahun kemudian, mereka mendapati kanak-kanak yang mendapat markah tinggi dalam ujian adalah kanak-kanak yang mempunyai paling banyak bakat melukis.

kanak-kanak pandai melukis bijak, lukisan anak, anak pandai melukis, tanda anak bijak, perkembangan anak, aktiviti anak

“Keputusan kajian kami mendapati, terdapat hubungan di antara kebolehan untuk melukis seawal umur 4 tahun dengan kebijaksanaan mereka apabila mereka membesar,” kongsi Dr. Rosalind Arden dari Institut Psikiatri di Koleh King London. “Kebolehan untuk menghasilkan bentuk adalah kebolehan unik manusia dan tanda kebolehan kognitif.  Ia sama seperti menulis, yang kemudiannya bertukar menjadi kebolehan manusia untuk menyimpan maklumat dan mencipta tamadun. “Tapi, ini tidak bermakna yang ibu bapa perlu risau jika anak tidak pandai melukis mereka akan menjadi orang yang tidak bijak,” dia menambah.

Walaubagaimanapun, dia menjelaskan, bukan kanak-kanak yang pandai melukis sahaja yang mempunyai kebolehan untuk menjadi bijak.

“Kebolehan melukis bukan penentu kebijaksanaan. Kajian ini menunjukkan ia ada kaitan tapi hanya hubungan yang sederhana,” kongsinya.

Kanak-kanak pandai melukis bijak: Bagaimana ibu bapa boleh memastikan anak membesar dengan bijak?

kanak-kanak pandai melukis bijak, lukisan anak, anak pandai melukis, tanda anak bijak, perkembangan anak, aktiviti anak

Semua ibu bapa mahu anak mereka membesar dengan sihat dan bijak. Oleh sebab itu, kami senaraikan beberapa tip untuk membantu anda mengembangkan kebijaksanaan anak anda.

  1. Sentiasa bercakap dengan anak. Berbual dengan anak akan membantu mereka mengembangkan pusat bahasa pada otak dan membantu mereka untuk berfikir dan respon dengan baik.
  2. Membaca. Jika anak belum boleh membaca, adalah baik untuk anda menunjukkan perkataan semasa anda membacakan buku kepada mereka. Ini akan membantu anak mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi.
  3. Guna matematik dalam perbualan harian. Cuba kenalkan mereka dengan konsep nombor, mengira, menambah, darab dsb. Mereka tidak perlu mendapatkan jawapan yang betul pada awalnya, tapi jadikan ini satu aktiviti untuk buat mereka biasa dengan matematik.
  4. Biarkan mereka menyelesaikan masalah sendiri. Menyelesaikan masalah adalah penting untuk anak, lebih-lebih lagi apabila mereka membesar. Cuba untuk tidak membantu mereka dalam melakukan segala-galanya dan biar mereka fikir apa yang mereka perlu buat.
  5. Beri galakan melalui seni. Biarkan anak anda melukis, menyanyi, menari atau membuat apa-apa bentuk seni yang mereka mahukan. Beri galakan untuk mereka terokai sesuatu yang baru.
  6. Cabar memori mereka. Tanya soalan pada anak seperti apa yang mereka makan semasa sarapan atau apa warna baju yang mereka pakai. Ini akan membantu daya fikiran mereka untuk ingat benda yang mereka belajar.

Adakah anda ada cara yang istimewa dan seronok yang anda lakukan di rumah untuk anak anda belajar? Jom komen dan kongsi dengan ibu lain!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Phillipines

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-anak-bijak-berbakat

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Jika anak anda pandai melukis, ini tanda mereka genius. Tapi kenapa ya?
Kongsikan:
  • 5 kebaikan mengapa anda patut ajak anak melukis sama-sama setiap hari

    5 kebaikan mengapa anda patut ajak anak melukis sama-sama setiap hari

  • 20 cara buat anak jadi BIJAK sejak dari dalam rahim, jom ibu amalkan!

    20 cara buat anak jadi BIJAK sejak dari dalam rahim, jom ibu amalkan!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • 5 kebaikan mengapa anda patut ajak anak melukis sama-sama setiap hari

    5 kebaikan mengapa anda patut ajak anak melukis sama-sama setiap hari

  • 20 cara buat anak jadi BIJAK sejak dari dalam rahim, jom ibu amalkan!

    20 cara buat anak jadi BIJAK sejak dari dalam rahim, jom ibu amalkan!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.