X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ibu Yang Anxiety Cenderung Diwarisi Oleh Anak Perempuan Berbanding Lelaki- Kajian

4 min bacaan
Ibu Yang Anxiety Cenderung Diwarisi Oleh Anak Perempuan Berbanding Lelaki- KajianIbu Yang Anxiety Cenderung Diwarisi Oleh Anak Perempuan Berbanding Lelaki- Kajian

Penyakit anxiety boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Kajian terbaharu mendedahkan hal yang mengejutkan

Bagi anda yang belum mengetahui secara jelas apa itu penyakit anxiety, ia adalah gangguan kecemasan yang menyebabkan perasaan resah dan takut. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. 

Namun kajian mengatakan bahawa golongan wanita lebih kerap menghidap penyakit anxiety disorder ini berbanding lelaki.

Penyebab seseorang menghidap penyakit anxiety

anxiety adalah

Menurut National Health Service (NHS), penyebab utama seseorang mengalami anxiety masih belum dikenal pasti.

Namun ia berkemungkinan disebabkan gabungan beberapa faktor. Antaranya adalah:

  • Faktor genetik
  • Persekitaran
  • Perubahan kimia dalam otak
  • Pernah berdepan pengalaman traumatis
  • Hormon serotonin dan noradrenalin pada otak tidak seimbang
  • Otak terlalu bekerja keras

Anxiety adalah penyakit yang cenderung diwarisi anak perempuan berbanding lelaki

Kajian terbaharu mendapati bahawa gangguan kecemasan ini cenderung diturunkan daripada ibu kepada anak perempuan.

Penyelidik telah melakukan kajian bagi melihat perkembangan anxiety melibatkan 400 orang kanak-kanak Kanada berumur sekitar 10 tahun. Ia memberi tumpuan terhadap keluarga yang berisiko mengalami gangguan emosi dan mood.

anxiety penyakit apa

Sekiranya genetik memainkan peranan lebih besar, gangguan anxiety ini akan berlaku pada kedua-dua jantina kanak-kanak tanpa mengira sama ada ibu atau ayah ada mengalami penyakit ini.

Manakala jika kanak-kanak mengalami penyakit anxiety disebabkan oleh membiasakan diri mereka dan belajar dari ibu atau ayah yang sama jantina, corak mewarisinya pasti berbeza antara ibu kepada anak perempuan, dan bapa kepada anak lelaki.

Yang terakhir adalah apa yang ditemui oleh penyelidik- sekurang-kurangnya pada satu tahap.

Dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa sama jantina dengan mereka (menghidap anxiety) mempunyai hampir tiga kali ganda risiko untuk mengalami perkara yang sama.

Ibu atau ayah yang tidak anxiety mengurangkan risiko pada anak

Gangguan kebimbangan pada seorang ibu cenderung meningkatkan risiko anak perempuan mereka didiagnosis dengan penyakit yang sama dalam kajian itu.

Berbeza pula dengan anak lelaki. Mereka berkemungkinan tidak mengalami penyakit ini jika si ayah menghidap anxiety. Namun sekiranya ayah mereka tidak mengalami gangguan kecemasan, ia mampu mengurangkan risiko anak lelaki menghidapinya.

Dalam hal ini, memiliki ibu ayah yang berlainan jantina tanpa keadaan kecemasan tidak melindungi anak 100 peratus daripada penyakit anxiety.

Walau bagaimanapun kajian ini tidak dapat menunjukkan sebab dan akibat kerana ia adalah pemerhatian dan retrospektif.

Tambah penyelidik lagi, agak sukar untuk menentukan sebab kerana mereka memperoleh maklum balas dua hala.  Akan tetapi, kanak-kanak mungkin membuat ibu ayah mereka anxiety atau sebaliknya.

anxiety

Bagi mencegah penyakit ini diturunkan kepada anak, ibu bapa terlebih dahulu perlu diberi peluang mendapatkan rawatan. 

Kajian terdahulu menunjukkan masalah keresahan atau kebimbangan melampau boleh menjadi tingkah laku yang dipelajari oleh kanak-kanak daripada ibu ayah mereka  

Sebagai contoh, percubaan dilakukan di mana ibu ayah dipilih secara rawak bagi melihat sama ada mereka bertindak cemas atau tenang semasa anak-anak mengambil ujian ejaan.

Hasilnya menunjukkan bahawa kanak-kanak mencerminkan sikap berkenaan dan mengembangkan kognisi cemas.

Kajian lain telah mengaitkan gangguan kecemasan yang dialami ibu ayah berpotensi tinggi diturunkan pada anak-anak mereka.

Penyakit anxiety adalah penyakit yang boleh dirawat dan dielakkan

Memandangkan penyakit anxiety adalah mainan minda, anda dinasihatkan meminta bantuan daripada pakar kaunseling. Rawatan meliputi terapi perilaku kognitif dan ubat-ubatan antidepres dapat membantu pesakit.

Selain itu, selalu tetapkan pemikiran yang positif dan cabar diri melakukan perkara yang anda takutkan selama ini. Apa yang penting, ubah cara anda berfikir. Daripada takut atau ragu-ragu kepada pemikiran positif dan penuh yakin.

Sokongan moral daripada keluarga, pasangan dan kawan-kawan amat penting bagi mengelakkan gangguan kecemasan. Semoga artikel ini bermanfaat!

Science alert, gempak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Hilang Pendapatan Kerana Covid-19 Cenderung Menjejaskan Kesihatan Mental Anak Di Rumah

Baca juga:  Kesihatan Mental Remaja Perempuan Lebih Rendah Berbanding Anak Lelaki- Kajian

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Baca juga:  Waspada Penjenayah Menyamar Jadi Kawan Bapa, Cuba 'Jemput' Anak Kecil Di Sekolah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Ibu Yang Anxiety Cenderung Diwarisi Oleh Anak Perempuan Berbanding Lelaki- Kajian
Kongsikan:
  • Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

    Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

  • Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

    Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

  • Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

    Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

app info
get app banner
  • Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

    Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

  • Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

    Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

  • Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

    Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.