X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Berhenti Perlekehkan Isteri Tidak Bekerja, Merekalah Banyak Berkorban Masa & Tenaga Untuk Keluarga

3 min bacaan
Berhenti Perlekehkan Isteri Tidak Bekerja, Merekalah Banyak Berkorban Masa & Tenaga Untuk KeluargaBerhenti Perlekehkan Isteri Tidak Bekerja, Merekalah Banyak Berkorban Masa & Tenaga Untuk Keluarga

Isteri tidak bekerja atau suri rumah sering dipandang rendah oleh segelintir individu. Walhal tugas mereka inilah yang paling sibuk di dunia

Musim raya sebelum ini, ada suri rumah mengadu malas nak keluar beraya. Bila ditanya kenapa, jawapannya malas bertemu masyarakat kerana golongan suri rumah dan isteri tidak bekerja sering saja diperlekeh serta diperkecil oleh saudara mara kerana menjadi suri rumah.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Isteri tidak bekerja juga 'hero tidak didendang'
  • 10 penyebab utama suri rumah jadi lebih stres
  • Faktor yang menambahkan lagi stres suri rumah

Mengapa hingga begini jadinya suri rumah diperlekeh sedangkan mereka ini juga wajar dinobat hero tidak didendang yang menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak 24 jam sehari tanpa cuti dan tanpa gaji. 

Isteri tidak bekerja juga 'hero tidak didendang'

isteri tidak bekerja

Wajarkah sampai begini toksiknya tanggapan masyarakat kepada mereka sedangkan tanpa ibu-ibu yang menjadi suri rumah ini, siapalah anak-anak yang kini menjadi insan berjaya dan terkemuka di persada dunia. 

Perkongsian seorang parenting influencer, Wawa Shauqi di laman Faceboknya yang mendedahkan hasil dapatan kajian terhadap 60,000 wanita berusia 16-64 tahun pada 2012.

Kajian terhadap tiga kategori wanita iaitu suri rumah tidak bekerja dan mempunyai anak di bawah 18 tahun; wanita bekerja dan mempunyai anak di bawah 18 tahun serta wanita bekerja tiada anak bawah 18 tahun mendapati wanita kategori suri rumah alami kerisauan, kesedihan, tekanan, rasa marah, dan depresi lebih tinggi daripada dua kategori yang lain.

Ini bermakna, bukan main-main tugas suri rumah. Tetapi yang menyedihkan masih ramai pihak memandang lekeh dan perkecilkan mereka. 

10 penyebab utama suri rumah jadi stres

isteri tidak bekerja

Antara 10 sebab paling utama yang menyebabkan suri rumah jadi lebih stres adalah:

  • Menjalani rutin yang sama setiap hari
  • Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain
  • Terkurung di dalam rumah
  • Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak
  • Kerjaya surirumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.
  • Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi suri rumah bila raya lagi banyak kerja malah tidak bergaji.
  • Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak-anak yang mencabar.
  • Tekanan masyarakat.
    "Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur."
    "Dok rumah habiskan beras laki."
    "Korang ni golongan yang taknak memajukan diri."
  • Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.
  • Minda yang berserabut kerana sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami.

Faktor yang menambahkan lagi stres suri rumah

isteri tidak bekerja

Selain 10 sebab paling utama, menurut Wawa Shauqi faktor lain yang dikongsikan oleh psikologis mengenai perkara yang menggandakan lagi stres suri rumah termasuklah:

  • Bekerja sambilan dari rumah
  • Tiada pembantu rumah atau ahli keluarga lain yang membantu
  • Anak masih kecil
  • Anak rapat-rapat
  • Mempunyai Anak istimewa
  • Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung)
  • Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan

Sebagai masyarakat yang prihatin, jika tidak boleh menyumbang banyak, memahami tugas mereka pun sudah cukup. Tidak perlu berkata yang boleh menyakiti hati mereka. Hargailah pengorbanan suri rumah.

Facebook Wawa Shauqi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Gajikan Suami RM2,000 Sebulan Jadi Suri Rumah, Tidak Kisah Dilabel 'Ikat Pasangan'

Baca juga:  Cara Mengemas Rumah Yang Bersepah Bila Ada Anak Kecil, Suri Rumah Cuba Tips Ini!

Stories Rakan Kongsi
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
Malaysian Mum Shares A Secret On Why Her Kid Falls Sick Infrequently
Malaysian Mum Shares A Secret On Why Her Kid Falls Sick Infrequently
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!

Baca juga:  Surat Terbuka Dari Seorang Ibu Suri Rumah Yang Hampir Menghadapi Kemurungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Berhenti Perlekehkan Isteri Tidak Bekerja, Merekalah Banyak Berkorban Masa & Tenaga Untuk Keluarga
Kongsikan:
  • Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

    Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

  • Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

    Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

  • Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

    Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

app info
get app banner
  • Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

    Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

  • Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

    Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

  • Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

    Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.