TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Isteri Gajikan Suami RM2,000 Sebulan Jadi Suri Rumah, Tidak Kisah Dilabel 'Ikat Pasangan'

4 min bacaan
Isteri Gajikan Suami RM2,000 Sebulan Jadi Suri Rumah, Tidak Kisah Dilabel 'Ikat Pasangan'

Suami tidak bekerja dan jadi suri rumah disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya kesukaran mendapatkan pengasuh serta isteri bergaji tinggi

Dalam kehidupan rumah tangga, pentingnya ada sikap bertolak ansur dan saling membantu. Ramai yang kata bahawa suami adalah ketua keluarga, namun disebabkan oleh zaman kian berubah, kini ada segelintir suami tidak bekerja dan mengambil tugas suri rumah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Suami tidak bekerja, jadi suri rumah dan dapat gaji RM2,000
  • Hukum suami tidak bekerja dan menjadi suri rumah
  • Suami kurang tertekan bila isteri memiliki pendapatan tinggi

Meskipun bunyinya agak kelakar, trend isteri keluar bekerja manakala suami pula duduk di rumah jagakan anak-anak semakin diterima dalam negara kita.

Suami tidak bekerja, jadi suri rumah dan dapat gaji RM2,000

suami jadi suri rumah

Menurut laporan akhbar Kosmo, pendapatan isteri yang lebih tinggi berbanding suami menjadi salah satu punca lebih ramai lelaki zaman kini sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa.

Malah ada antara wanita yang memberi suami mereka ‘gaji’ sebanyak RM2,000 sebulan untuk menguruskan anak-anak di rumah.

Salah seorang lelaki yang dikenali sebagai Karim, isterinya telah memberi RM2,000 sebulan disebabkan oleh kekangan masa.

”Dia beri saya elaun sebanyak RM2,000 setiap bulan. Dia yang bekerja sebagai pegawai bank sangat sibuk. Jadi kami telah sepakat supaya hanya seorang sahaja bekerja.”

”Ini kerana kami mahu anak-anak dapat perhatian yang penuh daripada ibu atau ayah mereka,” jelasnya.

Hukum suami tidak bekerja dan menjadi suri rumah

suami suri rumah rm2,000

Berdasarkan penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, pada asalnya adalah wajib suami menafkahi isteri dan anak-anaknya.

Namun jika isteri menafkahi suami dan anak-anak, maka itu adalah ihsan dan ganjaran pahala besar ke atas dirinya.

Berkata pengarang al-Fiqh al-Manhaji (4/181-182) mengenai trend wanita bekerja untuk menafkahi keluarga:

Beberapa perkara akan berlaku kesan daripada tindakan tersebut. Antaranya:

  • Perempuan terpaksa melibatkan diri untuk bekerja dan mencari rezeki. Akibatnya mereka terpaksa bersaing dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang pekerjaan. Kesannya rumah tangga yang memerlukan seseorang untuk mengurus, menjaga hal ehwal anak-anak tidak dapat dipenuhi dan lama-kelamaan membuatkannya tidak terurus.
  • Hak berada di tangan isteri sama ada secara bersama atau bersendirian. Undang-undang ekonomi dan sosial menyatakan bahawa sesiapa yang mengeluarkan belanja, maka dialah yang berkuasa. 

Merujuk kepada dalil-dalil dalam al-quran, Mufti Wilayah menyatakan bahawa adalah wajib bagi suami berusaha sebaik mungkin menafkahkan keluarga dengan segala upayanya tanpa mengharapkan pendapatan isteri.

Jika suami enggan dan tidak mahu berusaha menafkahkan keluarga dalam keperluan asas, maka isteri ada hak untuk memfasakhkan perkahwinan dan itu tidak termasuk dalam perkara berdosa.

Hal ini berdasarkan hadis daripada Abi Hurairah RA:

فِي الرَّجُلِ لاَ يَجِدُ مَا يُنْفِقُ عَلَى امْرَأَتِهِ قَالَ يُفَرَّقُ بَيْنَهُمَا

Maksudnya: ”Nabi bersabda tentang seorang lelaki yang tidak mempunyai sesuatu untuk diberi nafaqah kepada isterinya: ”Pisahkan mereka berdua.”- Riwayat al-Daraqutni (3/297)

hukum suami jadi suri rumah

Justeru pihak mufti cenderung menyatakan hukum suami menjadi suri rumah adalah tidak digalakkan jika tidak diredhai oleh isteri.

Namun jika anda meredhainya, maka itu dibenarkan seperti mana diharuskan untuk suami memakan mahar isteri sekiranya dibenarkan.

Suami kurang tertekan bila pendapatan isteri tinggi

Public Health Malaysia menyatakan bahawa kajian baharu mendapati golongan suami mengalami kurang tekanan jika isterinya bekerja dan memiliki pendapatan dalam 40 peratus keseluruhan pendapatan keluarga.

Walau bagaimanapun suami boleh menjadi kurang selesa sekiranya pendapatan isteri lebih daripada 40 peratus. Bukan itu sahaja, keadaan suami akan lebih stress jika keluarga bergantung penuh pada pendapatan isteri.

Bagi isteri yang keluar bekerja dan suami menjadi suri rumah, bersyukurlah kerana anda masih mempunyai suami yang baik walaupun dia diuji tidak bekerja. Semoga setiap pengorbanan ini menjanjikan ganjaran pahala dan syurga buat isteri-isteri hebat seperti anda!

Muftiwp, Public Health Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara Untuk Ibu Bekerja Aktif Sepanjang Masa 

Baca juga: Isteri Bekerja Amat Memerlukan Bantuan Suami, Sama-Samalah Penat Agar Anak Tidak Terabai!

Baca juga: Jadi Isteri Memang Penat & 24 Jam Kena Bekerja, Niat Kerana Allah Jadi Tiket Ke Syurga 

Stories Rakan Kongsi
Promosi Kembali Ke Sekolah Tesco, Cepat Rebut Peluang Hebat, Beg Sekolah Serendah RM10
Promosi Kembali Ke Sekolah Tesco, Cepat Rebut Peluang Hebat, Beg Sekolah Serendah RM10
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids
Detik-detik Peralihan Sepanjang Kanak-kanak Membesar: Masihkah Anda Ingat Semua Ini?
Detik-detik Peralihan Sepanjang Kanak-kanak Membesar: Masihkah Anda Ingat Semua Ini?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Isteri Gajikan Suami RM2,000 Sebulan Jadi Suri Rumah, Tidak Kisah Dilabel 'Ikat Pasangan'
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham