X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

"Tak Reti Duduk Saja" Agak Mustahil Untuk Berpantang Penuh Bagi Wanita Yang Bekerjaya -Vivy Yusof

4 min bacaan
"Tak Reti Duduk Saja" Agak Mustahil Untuk Berpantang Penuh Bagi Wanita Yang Bekerjaya -Vivy Yusof

Pantang moden bagi wanita yang bekerjaya atau usahawan amat mustahil untuk berpantang penuh sehingga 40 hari. Paling penting cara kena betul

Penjagaan diri selepas bersalin dikatakan amat penting bagi memastikan tubuh ibu benar-benar sihat. Jika dahulu tempoh berpantang sehingga 100 hari, namun kini ramai wanita pantang moden kerana tidak sanggup melaluinya dengan begitu lama.

Lain orang, lain caranya. Ada ibu berpantang sudah berani keluar rumah bagi melakukan tugasan meskipun belum masuk minggu ketiga berpantang. Bukan itu sahaja, bayi yang terkena penyakit kuning juga memerlukan ibu ulang alik ke klinik pada setiap minggu.

Pantang moden bagi wanita bekerjaya, agak sukar untuk pantang macam dulu-dulu

Baru-baru  ini perkongsian oleh seorang usahawan terkenal, Vivy Yusof di akaun Instagramnya telah mendapat perhatian ramai, khususnya mereka yang bergelar ibu.

Memandangkan beliau selamat melahirkan cahaya mata yang ke-4, rata-ratanya kagum dengan semangat ditunjukkan olehnya.

Hari 15/365: Setiap hari saya diingatkan untuk berpantang dengan betul.

pantang moden wanita bekerja

Setiap ibu bersalin, mereka perlu berpantang sekurang-kurangnya 30 hari. Perlu banyak makan herba, minuman halia, tanpa ais, bertungku setiap hari, pakai bengkung ketat dari siang hingga malam dan stoking. Dan ibu tidak boleh keluar.

Saya amat dikenali oleh orang yang saya sayangi ketika melalui proses berpantang. ”Baiklah, kali ini saya akan pantang betul-betul.” Dia hanya mengangguk walaupun dia tahu perkara itu tidak akan berlaku- saya sangat degil.

Advertisement

Sewaktu pertama kali melahirkan Daniel, saya berpantang di rumah ibu ayah supaya saya tidak boleh menipu. Anak seterusnya barulah saya belajar berpantang sendiri, di mana ibu tidak dapat melihat apa yang saya lakukan.

Bukannya saya tidak mahu berehat dengan betul, sudah tentu saya cuba lakukan. Satu-satunya cabaran ialah saya perlu duduk sahaja dan tidak melakukan apa-apa.

Sebaik sahaja saya rasa badan telah sembuh, doktor mengatakan bahawa saya sudah boleh melakukan perkara seperti biasa semula, saya gatal untuk kembali bekerja dan rutin biasa.

Kemudian saya mendapat syarahan dari ibu dan mak mentua. ”Mat saleh mana ada pantang-pantang macam ni, dan mereka ok saja,” ini jawapan bila saya berdebat dengan mereka. #prayformymoms

pantang bersalin moden

Kehidupan saya sentiasa aktif. Tinggal di rumah dan tidak bekerja selama 30 atau 44 hari adalah sangat sukar. Saya tinggal bersama Ketua Pegawai Eksekutif saya, jadi mendengar dia bermesyuarat dalam talian membuatkan saya rasa ingin menyelesaikannya juga.

Dan sentiasa ada sesuatu seperti janji temu, pembukaan kedai, peluang kerja penting yang perlu saya ke sana. Saya juga memiliki tiga orang anak yang lain, mereka perlu potong rambut, peralatan sekolah dan lain-lain yang membuatkan saya rasa agak sukar untuk memberitahu kepada suami (Fadza) -apabila dia sangat sibuk!

Sejujurnya, pantang penuh nampaknya mustahil pada zaman ini. Bagaimana ibu boleh berehat dan duduk… tanpa rasa bersalah? Tolong!

Pantang moden: Viral Wawa Zainal kembali bekerja selepas lapan hari bersalin

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal selamat melahirkan anak keempat yang juga bayi lelaki pada 30 November yang lalu turut menjadi perhatian netizen.

Dia yang berkongsikan video selamba memandu kereta sendiri ke pejabat dan memakai kasut tumit tinggi meskipun terlalu awal ‘langgar’ pantang.

”Hari kelapan pantang dan singgah pejabat sekejap periksa stok minyak wangi yang baru mendarat di ibu pejabat,” tulisnya di Instagram.

ibu pantang moden

Rata-rata pengikut berasa kagum melihat kemampuan Wawa Zainal untuk kembali bekerja dengan begitu cepat. Namun dalam masa yang sama ada berpendapat kurang setuju kerana ia boleh memberikan kesan apabila tua nanti.

”Bagus habiskan pantang sebab rahim belum pulih sepenuhnya. Kesannya bila dah meningkat umur nanti. Sekadar nasihat sayang,” tulis seorang peminat.

”Budaya ini tidak sihat sihat. Bayangkan ia jadi penanda aras buat majikan untuk panggil wanita lepas bersalin masuk kerja cepat dan tidak dapat berehat.”

”Negara maju lain lebih meraikan cuti bersalin dan menyuruh wanita (malah bapa) untuk cuti menjaga anak. Harap kita tidak kebelakang” ujar pengikutnya.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Sumber: @vivyyusof, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Kongsi Pengalaman Berpantang Cara Moden Yang Betul Agar Luka Bersalin Cepat Sembuh 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • "Tak Reti Duduk Saja" Agak Mustahil Untuk Berpantang Penuh Bagi Wanita Yang Bekerjaya -Vivy Yusof
Kongsikan:
  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham