X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pemakaian Kasut Perempuan Tumit Tinggi Ketika Hamil Bahaya Untuk Kandungan, Ini Sebabnya!

4 min bacaan
Pemakaian Kasut Perempuan Tumit Tinggi Ketika Hamil Bahaya Untuk Kandungan, Ini Sebabnya!

Sedarkah bahawa kasut wanita yang tinggi amat berbahaya kepada ibu mengandung? Bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri, tetapi juga bayi dalam kandungan.

Pemakaian kasut perempuan yang bertumit tinggi atau high heels semakin menjadi pilihan para wanita tidak mengira lapisan umur.

Bukan hanya golongan remaja sahaja, tetapi ibu mengandung juga sanggup menghadapi risiko dengan memakai kasut tumit tinggi hanya kerana ingin tampil bergaya.

Kasut Perempuan Tumit Tinggi Tidak Selesa Untuk Ibu Hamil

kasut perempuan

Justeru, tidak hairanlah jika anda sering mengalami masalah kekejangan pada setiap masa kerana semua berat badan ditumpukan pada bahagian kaki.

Masalah ini menjadi berganda bagi anda yang sedang mengandung kerana anda juga memikul berat bayi di dalam perut yang membuatkan beban untuk kaki semakin bertambah.

Bukan itu sahaja, anda disarankan untuk menggunakan sandal dengan tapak yang selesa bagi menjaga kesihatan diri untuk sepanjang masa.

Risiko Memakai Kasut Perempuan Tinggi Ketika Hamil

Pemakaian Kasut Perempuan Tumit Tinggi Ketika Hamil Bahaya Untuk Kandungan, Ini Sebabnya!

Antara risiko bahaya pemakaian kasut wanita yang bertumit tinggi ialah:

1. Perkembangan bayi menjadi tidak seimbang

Proses kehamilan pastinya membuatkan anda berasa sukar untuk bergerak dengan keadaan bayi yang semakin membesar di dalam perut.

Hal ini turut menyebabkan keadaan yang kurang seimbang dan ditambah pula dengan pemakaian kasut wanita yang tinggi dan tidak selesa.

Anda juga perlu lebih berhati-hati ketika melangkah kerana khuatir akan menyebabkan anda tergelincir dan jatuh.

2. Sakit bahagian punggung

Sekiranya anda terbiasa memakai kasut tumit tinggi untuk keluar berjalan ataupun ootd, keadaan ini boleh membuatkan tulang pinggul anda perlu bekerja lebih keras bagi menampung berat anda dan bayi.

Ia secara tidak langsung membuatkan punggung anda berasa sakit yang sekaligus menjejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Justeru, pemakaian kasut tinggi sememangnya membuatkan anda kelihatan lebih menawan, namun jika ia memberikan kesan yang tidak baik, haruslah anda menghentikan tabiat ini sehingga bayi anda lahir.

3. Menyebabkan stres

Ketika mengharungi setiap dugaan dalam proses kehamilan, adalah normal untuk anda mengalami sedikit tekanan kerana perubahan hormon yang membuatkan anda sukar untuk mengawal emosi.

Ketidakselesaan pada bahagian badan yang tertentu membuatkan anda sukar untuk bergerak seperti sedia kala. Manakal, tabiat memakai kasut wanita yang tidak sesuai dengan keadaan anda membuatkan anda sukar untuk fokus ketika berjalan.

Harus anda ingat bahawa jika anda tertekan, bayi dalam kandungan juga akan merasai masalah yang sama. Hal ini menunjukkan bahawa perkembangan bayi dalam kandungan akan terjejas oleh kerana tabiat anda yang terlalu yakin untuk mengenakan segala jenis kasut.

4. Pening dan sakit kepala  

bahaya kasut tinggi

Pihak perubatan dan pakar sangat melarang untuk ibu mengandung memakai kasut wanita bertumit tinggi. Antara salah satu kesannya ialah boleh membuatkan anda berasa pening kepala.

Ia disebabkan oleh keadaan tubuh badan anda menjadi letih setelah seharian memakai kasut wanita yang tidak selesa. Masalah ini akan terus dihantar ke sistem saraf otak yang membuatkan ia menjadi teruk.

Biarpun anda hanya mengenakan kasut ini sekali sekala sahaja, ia cukup membahayakan keselamatan diri anda dan bayi dalam kandungan.

5. Sakit bahagian perut

Beban dan tekanan yang diberikan pada bahagian perut akan membuatkan anda berasa sakit kerana segala tumpuan diletakkan di perut sebagai kantong tempat berkembangnya janin.

Perut yang semakin membesar pastinya memiliki berat yang lebih. Ketika anda mengenakan kasut tumit tinggi, bahagian ini akan berisiko tinggi untuk memberikan masalah terhadap kesihatan anda sebagai ibu hamil.

6. Bengkak pada kaki terutama tumit

Kaki menjadi tidak rata ketika anda menggunakan kasut tumit tinggi kerana perlu menanggung beban yang cukup kuat. Jadi, pastinya kaki anda mula menjadi bengkak akibat pemakaian kasut yang tidak sesuai bagi ibu mengandung.

7. Menyebabkan sakit urat

risiko kasut tumit tinggi

Tidak dinafikan bahawa ibu mengandung sangat berisiko untuk mengalami sebarang kesakitan pada bahagian tubuh badan setelah janin semakin membesar.

Antaranya adalah sakit urat pada bahagian bawah termasuklah saraf kaki.  Ia yang lebih dikenali sebagai saraf sciatica adalah saraf besar yang bermula daripada bahagian pinggang membawa kepada pinggul dan keseluruhan kaki.

Ia merupakan saraf yang paling panjang dan paling lebar dalam badan manusia. Kesakitan pada saraf sciatica atau sciatic nerve pain dapat dirasai bermula dari bahagian lumbar atau pinggang hingga ke bahagian belakang paha dan bawah lutut.

Pemakaian kasut tinggi sangat bahaya kerana ibu hamil berisiko untuk jatuh dan kecederaan pada janin boleh membawa kepada masalah keguguran.

8. Merasai keletihan melampau

Penggunakan kasut yang tidak selesa boleh menyebabkan anda berasa letih kerana tekanan tertumpu pada bahagian bawah badan. Tidak hanya membuatkan anda sukar untuk melangkah, tetapi juga anda perlu berjalan secara perlahan dengan kandungan yang semakin membesar.

Hal ini pastinya membuatkan diri anda sedikit tercungap-cungap kerana perlu meluangkan lebih masa untuk sampai ke destinasi yang anda tuju.

Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lupakan Sekejap Kasut Tumit Tinggi, 7 Kasut Ibu Mengandung Ini Tetap Stylish Dan Paling Penting Selesa!

Baca juga: 7 Petua Mudah Kurangkan Kaki Bengkak Ketika Hamil

Baca juga: Anak Baru Mula Berjalan? 5 Tips Beli Kasut Bayi Yang Selesa Untuk Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Pemakaian Kasut Perempuan Tumit Tinggi Ketika Hamil Bahaya Untuk Kandungan, Ini Sebabnya!
Kongsikan:
  • UNIK! Idea Kasut Tumit Tinggi Berasaskan Meggi Untuk Koleksi Pra Musim Luruh 2020

    UNIK! Idea Kasut Tumit Tinggi Berasaskan Meggi Untuk Koleksi Pra Musim Luruh 2020

  • 5 Sebab Ibu Hamil Dilarang Pakai Kasut Tumit Tinggi, Bukan Saja Bahayakan Anda Tapi Bayi Juga!

    5 Sebab Ibu Hamil Dilarang Pakai Kasut Tumit Tinggi, Bukan Saja Bahayakan Anda Tapi Bayi Juga!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • UNIK! Idea Kasut Tumit Tinggi Berasaskan Meggi Untuk Koleksi Pra Musim Luruh 2020

    UNIK! Idea Kasut Tumit Tinggi Berasaskan Meggi Untuk Koleksi Pra Musim Luruh 2020

  • 5 Sebab Ibu Hamil Dilarang Pakai Kasut Tumit Tinggi, Bukan Saja Bahayakan Anda Tapi Bayi Juga!

    5 Sebab Ibu Hamil Dilarang Pakai Kasut Tumit Tinggi, Bukan Saja Bahayakan Anda Tapi Bayi Juga!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.