X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 Simptom Keguguran Setiap Ibu Mengandung Kena Tahu, Waspada Jika Ada Tanda-Tanda Ini

24 Mar, 2022
5 Simptom Keguguran Setiap Ibu Mengandung Kena Tahu, Waspada Jika Ada Tanda-Tanda Ini

Setiap ibu mengandung perlu waspada dengan 5 simptom keguguran in. Jika kurang pasti, harus segera jumpa doktor.

Keguguran yang di awal kehamilan boleh berlaku apabila semua atau sebahagian daripada kandungan terkeluar atau dikeluarkan daripada rahim. Ibu yang mengalami akan merasai simptom keguguran sekali gus dinasihatkan segera bertemu doktor.

Usia kandungan bagi keguguran ini kurang daripada 22 minggu. Kandungan yang tidak menunjukkan perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda-tanda hidup juga dirujuk sebagai keguguran, jika berlaku kurang daripada tempoh tersebut.

Kebanyakan kes iaitu kira-kira 80 peratus berlaku sebelum minggu ke-13 manakala, 20 peratus berlaku pada ibu kurang dari 22 minggu mengandung.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Simptom keguguran
  • Rawatan diperlukan kepada ibu
  • Bantuan emosi kepada itu

5 simptom keguguran ibu mengandung kena tahu

simptom keguguran

1# Berlaku pendarahan

Pendarahan adalah salah satu simptom atau tanda keguguran berlaku dan ia bergantung kepada pendarahan yang ibu alami. Sebagai contoh, boleh jadi pendarahan itu normal apabila ada sedikit darah.

Bagaimanapun jika darah tersebut berwarna merah dan banyak, ibu seharusnya berjaga-jaga kerana ia adalah tanda keguguran. Justeru segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan dan mengenal pasti keguguran tersebut.

2# Darah ketul dan tisu

Memang terdapat pendarahan yang sedikit dan normal berlaku namun, sekiranya ibu melihat ada darah ketul dan tisu seperti daging, jumpalah doktor anda dengan segera.

Apa pun keadaan, jika ibu sedang hamil dan terlihat sesuatu yang tidak normal keluar dari faraj, itu adalah masa untuk berjumpa doktor.

3# Sakit perut yang teruk dan cramp seperti haid

Cramp perut juga boleh menjadi tanda keguguran. Rasa cramp mungkin biasa berlaku sewaktu haid dan ia normal. Pendarahan dan kekejangan juga mungkin tanda-tanda masalah kehamilan lain seperti mengandung luar rahim iaitu apabila persenyawaan berlaku di luar rahim biasanya di tiub fallopio.

Justeru, jika ibu mengalami pendarahan dan rasa cramp selepas mengetahu anda hamil, lebih baik anda segera bertemu doktor.

4# Sakit melampau di bahagian punggung

Sama seperti kekejangan, anda yang mengalami keguguran boleh merasa sakit punggung yang bermula dari ringan sehingga teruk. Jika ibu ambil berat masalah ini, segeralah berjumpa doktor.

5# Hilang gejala kehamilan

Satu lagi simptom keguguran apabila semakin berkurangan gejala kehamilan yang dialami sewaktu anda mengandung. Sebagai contoh ibu mengalami ‘morning sickness’ seperti mual dan muntah selain sakit payudara, tetapi ia mula menghilang.

Namun perlu diingat gejala kehamilan ini mungkin berubah-ubah atas sebab lain. Selain itu, simptom kehamilan juga berakhir pada pertengahan kandungan.

Rawatan untuk ibu

simptom keguguran

1# Pemerhatian (observation)

Kebanyakan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik rawatan perubatan atau pembedahan.  Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13 dan ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja. 

Selalunya janin tersebut akan keluar dari rahim dalam masa seminggu dua.  Ada kalanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu. Apabila kandungan keluar, doktor selalunya akan membuat ultra bunyi untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).

2# Rawatan perubatan

Ada sesetengah kes pula, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau masukkan ke dalam faraj bagi mengeluarkan kandungan yang telah keguguran tersebut

3# Rawatan Pembedahan

Prosedur ini dinamakan dilatation & curettage(D&C). Doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage (cuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut. 

D&C dilakukan jika ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi yang boleh digunakan adalah Manual Vacuum Aspiration (MVA) atau kaedah menyedut janin yang agak mudah dilakukan.

Bantuan emosi ibu keguguran

simptom keguguran

Ibu yang kehilangan janin selepas mengalami keguguran juga memerlukan  sokongan dalam mengharungi kesedihan tersebut. Cuba bayangkan, ada dalam kalangan ibu ini yang tertunggu-tunggu bertahun-tahun mendapatkan cahaya mata.

Mungkin ada juga ibu ini sudah banyak kali berhadapan dengan keguguran serta tidak putus asa mendapatkan zuriat,  Justeru bantuan emosi adalah diperlukan oleh ibu tersebut. Jadi apa yang boleh kita bantu mereka. 

1# Hati-hati dalam percakapan

Ada situasi yang biasa diperkatakan kepada ibu mengalami keguguran walhal ia langsung tidak membantu. Kita cuba memperkatakan sesuatu supaya ibu tersebut berasa dia diberikan sokongan.

Bagaimanapun, ada percakapan yang tidak perlu disampaikan kepada mereka. Mungkin kita mahu berikan ucapan yang positif sedangkan ia tidak sesuai. Justeru, hati-hati dalam pemilihan kata dan percakapan bagi mengelakkan mereka bertambah sedih.

2# Berikan bunga atau hadiah

Kalau anda tidak tahu ucapan dan kata-kata sesuai untuk memberi sokongan kepada ibu yang keguguran atau bimbang anda menghubungi mereka di waktu tidak sesuai, hantarkan bunga atau hadiah itu sudah memadai.

Sekurang-kurangnya ibu tersebut merasakan dirinya diingati.

3# Sokongan berbentuk fizikal

Keguguran juga memberi kesan kepada kesihatan ibu selain kesakitan dari segi emosi. Sebagi contoh, ibu tersebut mungkin berada di hospital untuk menerima rawatan.

Ibu yang keguguran akan mereka keletihan selepas kehilangan darah atau trauma keguguran. Tawarkan bantuan sokongan misalnya, membeli barangan keperluan rumah, masak untuk mereka atau tawarkan diri menemankan ibu tersebut.

Women’s Health, verywell family, MyHEALTH, Tommy’s.org

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Sebab Makan Nenas Atau Bersenam, Doktor Dedah Ini Punca Sebenar Keguguran

Baca juga: 19 Kali Keguguran Termasuk 2 Kandungan Kembar, Ibu Ini Akhirnya Selamat Lahirkan Bayi Berat 6.3 KG!

Baca juga: 3 Ayat Dalam Surah Al-Hij’r Terkandung Doa Elak Keguguran Janin, Elok Dihafal Ibu Hamil

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Keguguran
  • /
  • 5 Simptom Keguguran Setiap Ibu Mengandung Kena Tahu, Waspada Jika Ada Tanda-Tanda Ini
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham