TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

19 Kali Keguguran Termasuk 2 Kandungan Kembar, Ibu Ini Akhirnya Selamat Lahirkan Bayi Berat 6.3 KG!

26 Oct, 2021
19 Kali Keguguran Termasuk 2 Kandungan Kembar, Ibu Ini Akhirnya Selamat Lahirkan Bayi Berat 6.3 KG!

Bukan saja lahirkan bayi berat 3.6 kg, wanita ini juga pernah gugur sebanyak 19 kali. Memang sejenis yang kuat semangat dan tidak mudah putus asa.

Pernah keguguran 19 kali termasuk dua kandungan kembar, wanita ini ternyata tidak pernah berputus asa. Akhirnya rezeki berpihak kepadanya dan suami apabila akhirnya dia melahirkan bayi berat 6.3 kilogram! Besarkan?

Saiz itu ternyata dua kali ganda lebih besar daripada saiz bayi baru lahir yang biasa! Bayi yang dilahirkan dua minggu lebih awal berbanding tarikh jangkaan itu turut memiliki ketinggian sepanjang 60.3 sentimeter.

Saiz bayi yang diberi nama Finley itu amat besar sehingga mengejutkan wanita tersebut dan suaminya.

19 kali keguguran termasuk 2 kandungan kembar, wanita akhirnya lahirkan bayi berat 6.3 kg!

Bayi Berat

Kredit: 9 news

Mengakui trauma dengan kehilangan yang dialami sebelum ini, ia bagaimanapun tidak mematahkan semangat wanita ini dan suaminya untuk memiliki cahaya mata.

Wanita berusia 36 tahun itu tetap positif untuk mengandung lagi walaupun sudah berkali-kali mengalami episod kesedihan akibat kehilangan anak. Trauma itu bukan hanya dirasai dirinya, malah seluruh ahli keluarga.

Tetapi kelahiran Finley, membuka matanya bahawa keajaiban itu memang sentiasa berlaku kepada mereka yang berusaha. Memiliki dua anak sebelum itu, dia kini percaya kehadiran ‘bayi besar’  ini adalah pelengkap keluarga kecil itu. 

Lahirkan bayi besar, ini yang ibu perlu tahu

Bayi Berat

Proses kelahiran merupakan satu proses yang penuh risiko buat ibu hamil, apatah lagi perlu melahirkan bayi besar. Bagaimana yang dikatakan bayi besar?

Berat normal bayi adalah di antara 2.50 kg hingga 3.2 kg dan berat yang lebih dari lingkungan ini akan dikira sebagai bayi besar. Jika anda salah seorang ibu yang bakal melahirkan bayi besar, mari lihat 6 fakta penting ini:

Terdapat beberapa faktor mengapa bayi bersaiz lebih besar berbanding bayi lain, antaranya termasuklah:

  • Faktor genetik : Jika ketika lahir ibu dan bapa ada berat melebih berat normal, kebiasaannya si anak juga akan ada berat yang lebih dari normal
  • Corak pemakanan semasa hamil : Ibu hamil yang tidak menjaga pemakanan hingga menghidap diabetes gestasional boleh menyebabkan bayi besar. Ini kerana gula yang berlebihan akan masuk ke dalam darah yang mengalir ke bayi. Jadi, badan bayi mengeluarkan lebih banyak insulin menyebabkan badan mereka lebih besar.
  • Jantina bayi : bayi lelaki dikatakan ada saiz yang lebih besar berbanding perempuan
  • Melebihi tarikh bersalin : melebihi tarikh jangkaan bersalin atau lebih dikenali sebagai ‘overdue’, boleh menjadi punca bayi bersaiz besar

Kelahiran bayi besar

Bayi Berat

Kebanyakkan doktor akan menyarankan ibu yang mempunyai bayi bersaiz besar untuk melakukan pembedahan c-section. Saranan ini hanya akan dibuat selepas faktor kesihatan dan keselamatan ibu malah juga bayi dalam kandungan di ambil kira. Jadi ibu harus berlapang dada menerima saranan doktor.

Tapi sekiranya anda masih ingin bersalin normal, doktor akan memeriksa terlebih dulu sama ada ia berisiko atau tidak. Doktor akan membantu dari segi:

  • Kekuatan kontraksi: Doktor akan memberi epidural untuk merangsang kontraksi
  • Bukaan saluran kelahiran: Bukaan ini penting sebagai tanda aras sama ada ibu itu boleh bersalin normal atau tidak tapi sekiranya saiz bayi terlalu besar dan doktor bimbang akan keselamatan ibu dan bayi, doktor tetap akan menyarankan ibu bersalin secara pembedahan.

Jadi adalah lebih baik anda ikut saja saranan doktor. Doktor lebih tahu mana yang terbaik untuk anda.

Risiko masalah kesihatan pada ibu dan bayi

Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang dibimbangi sekiranya bayi bersaiz besar. Antaranya seperti:

  • jaundis (demam kuning)
  • gula darah rendah
  • masalah sistem pernafasan kerana bayi yang lahir dari ibu yang ada diabetes, mempunyai pertumbuhan paru-paru yang lambat.
  • bahu distosia kerana risiko bahu tersangkut di laluan bersalin

Ini pula yang akan berlaku pada ibu sekiranya melahirkan bayi yang besar:

  • Trauma pada otot pelvik: Otot lantai pelvik, berfungsi untuk menyokong otot yang lain. Trauma akan menyebabkan organ ini jatuh. Tapi keadaan ini juga boleh terjadi kepada ibu yang bersalinkan anak bersaiz normal.
  • Terkencing ketika bersin atau batuk: Walaupun ini juga terjadi kepada ibu yang melahirkan bayi bersaiz normal, ibu yang melahirkan bayi bersaiz besar mempunyai risiko yang lebih tinggi.
  • Anus terkoyak: Proses membuang air besar menjadi lebih sukar kerana sakit

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman TheAsianParent Malaysia

Kredit foto: 9news

Baca juga: Bayi Besar, Ibu Susah Bersalin Sebab Makan Vitamin Diberikan Doktor? Takutnya!

Baca juga: Bayi Suka Gigit Puting Payudara Ketika Menyusu, Jangan Pukul Atau Jerit, Bayi Boleh Trauma!

Baca juga: Wow, lihatlah perjuangan ibu ini melahirkan bayi ‘raksasa’ secara normal!

Stories Rakan Kongsi
Why Mums Need Maternal Milk and Its Influence On Foetal Growth
Why Mums Need Maternal Milk and Its Influence On Foetal Growth
How I encouraged my child to be resilient even though I was a helicopter mum
How I encouraged my child to be resilient even though I was a helicopter mum
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 19 Kali Keguguran Termasuk 2 Kandungan Kembar, Ibu Ini Akhirnya Selamat Lahirkan Bayi Berat 6.3 KG!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham