Wow, lihatlah perjuangan ibu ini melahirkan bayi 'raksasa' secara normal!

lead image

Jika bayi anda berpotensi untuk mempunyai berat lebih 4kg, biasanya doktor akan sarankan czer kerana melahirkan bayi besar secara normal tinggi risikonya.

Kita tahu susah untuk melahirkan bayi besar secara normal. Oleh itu, ramai doktor biasanya akan sarankan untuk melahirkan bayi besar melalui pembedahan czer.

Walau bagaimanapun, seorang ibu yang luar biasa dari Indonesia telah melahirkan seorang bayi seberat 5.7 kg secara normal! Berat biasa bayi baru lahir adalah dalam lingkungan 3.5 kg.

Ibu melahirkan anak besar secara normal

Anis Murwati, seorang ibu berusia 29 tahun telah melahirkan bayi perempuan yang sangat besar pada 16 Ogos 2018 lalu dan dia mahu kongsi kisahnya dengan anda.

Kerana saiz bayinya yang besar, anak Anis dilabel sebagai “bayi raksasa”. Bukan saja di Indonesia, bayi ini juga dikategorikan sebagai ‘bayi raksasa’ mengikut standard dunia, kerana berat badannya menyamai bayi yang dah berusia lebih dua bulan.

Selain dari beratnya, perkara lain tentang bayi ini semuanya normal seperti bayi baru lahir yang lain.

Panjangnya normal, pipinya gebu dan dia menangis dengan kuat. Rambut bayi ini berwarna hitam dengan kulitnya yang cerah.

Anis mengatakan yang dia tak menyangka dia akan melahirkan bayi bersaiz besar walaupun anaknya yang sebelum ini juga berukuran besar seberat empat kilogram.

Susah berjalan sebelum melahirkan anak besar secara normal

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2011/03/birth.jpg Wow, lihatlah perjuangan ibu ini melahirkan bayi raksasa secara normal!

Menurut Anis, bidan telah menganggar berat bayi Anis sekurang-kurangnya empat kilogram semasa pemerikasaan pranatal.

Anis juga mengaku kandungannya kali ini terasa lebih berat dari biasa. Perutnya pula terasa sangat besar dan rahimnya sangat berat sehingga semasa kandungannya berusia lapan bulan, Anis tak mampu untuk berjalan!

Walau bagaimanapun, dia masih memaksa dirinya untuk bersenam waktu pagi dengan menyapu laman rumahnya atau berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan. Anis tekad untuk melahirkan anaknya secara normal.

“Ketika saya masuk bilik bersalin, bukaan Anis sudah penuh. Kepala bayi dah mula kelihatan dan saya boleh tahu yang bayi ini sangat besar,” kata Tatang Mulyana, pengarah Hospital Kerajaan Duta Majenang. Ini juga bermakna yang sudah lambat untuk membuat pembedahan czer.

Melahirkan bayi besar secara normal: Apa risikonya?

Mengetahui proses melahirkan bayi besar secara normal adalah sangat berisiko, pegawai perubatan mula untuk mempertimbangkan keputusan mereka dengan berhati-hati.

Salah satu risikonya adalah dystocia bahu, keadaan di mana kepala bayi sudah keluar tetapi bahu bayi tersekat kerana ia lebih lebar dari biasa.

“Kemungkinan paling teruk adalah czer, di mana bayi akan ditolak semula untuk masuk ke dalam rahim sebelum dikeluarkan.” Tatang menerangkan.

Tatang juga menambah, dengan bayi yang beratnya melebihi biasa, czer adalah cara bersalin yang paling selamat.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/C section scar lead.jpg Wow, lihatlah perjuangan ibu ini melahirkan bayi raksasa secara normal!

Bagaimanapun. untuk kes Anis, mereka dah terlambat dan masa tak menyebelahi mereka.

Ini kerana, kantung amniotik yang pecah juga memberikan risiko yang tinggi. Bayi ini perlu keluar secepat mungkin.

“Pada ketika itu, saya risau -patut ke lakukan czer? KAmi kesuntukan masa dan cuba yang terbaik untuk melahirkan secara normal,” kata Tatang.

Pasangan ini bergelut hampir satu jam di antara hidup dan mati. Nasib baik, kedua-dua Anis dan bayinya berjaya untuk selamat sepanjang proses kelahiran normal ini.

Risko terbesar melahirkan bayi besar secara normal adalah kematian mendadak

Dr Yusfa, pakar Ob-Gyn menambah yang bayi yang melebihi 4 kilogram semasa lahir ini adalah sangat luar biasa. Dia berkata  yang bayi melebihi 4kg ini adalah keadaan yang dipanggil sebagai makrosomia.

“Makrosomia terjadi mungkin disebabkan oleh berat semasa mengandung yang berlebihan dan yang paling biasa adalah kerana kencing manis ketika hamil.

Salah satu risiko terbesar adalah kematian mendadak di mana bayi akan mati di dalam rahim,” dia menjelaskan.

“Semasa melahirkan bayi yang mempunyai berat kurang dari 4 kg, ukuran kepalanya adalah lebih besar dari bahu.

Apabila kepala bayi dilahirkan, bahu bayi boleh dilahirkan tanpa risiko kecederaan.

Jika bayi yang berukuran lebih dari 4 kg, ukuran bahu lebih besar dari kepala, jadi apabila kepala dan keluar, ada kemungkinan untuk bahu tersekat pada rahim dan hanya kepalanya saja yang dapat keluar,” dia menambah.

Cara berisiko untuk melahirkan bayi besar secara normal

src=https://assets my.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/diabetes ketika hamil.jpg Wow, lihatlah perjuangan ibu ini melahirkan bayi raksasa secara normal!

Oleh itu, Dr. Yusfa menerangkan yang ada beberapa cara untuk menarik bahu keluar. Doktor boleh membuat episiotomi yang lebar (boleh menyebabkan risiko kecederaan kepada ibu).

Mereka juga boleh pusing dan patahkan tulang bahu bayi. Tak banyak cara lain yang boleh dilakukan jika kepala bayi dah keluar kerana untuk tukar kepada czer adalah sangat bahaya untuk ibu dan bayi.

“Jadi, jika bayi diramalkan mempunyai berat melebihi 4 kg, ia adalah indikasi untuk melakukan pembedahan czer. Bagaimanapun, ada beberapa kes ibu luar biasa dan bayi yang selamat melahirkan anak lebih dari 4 kg,” dia menyimpulkan.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Adisty Titania dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

6 perkara yang harus anda tahu tentang melahirkan bayi besar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!