Peringkat awal kehamilan adalah antara peringkat paling berisiko bagi ibu hamil. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah perkembangan janin. Apakah ciri janin tidak berkembang baik yang perlu anda peka?
Ada kes di mana berlaku perubahan pada janin, tetapi si ibu tidak perasan kerana merasakan ia perkara biasa berlaku pada ibu hamil.
Disebabkan itu, pemeriksaan kehamilan secara berkala penting untuk ibu patuhi salah satu sebabnya adalah bagi memantau perkembangan janin dalam kandungan.
Janin tidak berkembang atas pelbagai faktor
Kredit: alodokter
Pemeriksaan bulanan ibu hamil amat penting untuk dipatuhi mengikut jadual bagi memastikan doktor dapat mengesan sebarang perubahan pada janin dan kandungan dengan cepat jika terdapat sebarang tanda tidak normal.
Ia sekaligus dapat mengelak daripada terlewat tindakan yang boleh menyebabkan ibu kehilangan janin. Namun, apakah yang menyebabkan janin tidak berkembang sebenarnya?
Pertumbuhan bayi dengan baik amta penting kerana ia berkait rapat dengan pertumbuhan organ dalaman, anggota badan dan sebagainya.
Apakah ciri-ciri janin yang tidak berkembang?
Ibu hamil perlu peka dengan sebarang perubahan yang berlaku pada diri terutama jika anda dalam trimester awal kehamilan. Jika ada sebarang perkara pelik, lebih baik dapatkan pemeriksaan doktor. Jangan bertangguh, menyesal tak sudah nanti.
Kami kongsikan kali ini antara ciri kemungkinan janin tidak berkembang:
#1. Tiada degupan jantung
Degupan jantung seharusnya wujud apabila kandungan memasuki minggu kesembilan dan ia sepatutnya boleh didengari dengan jelas. Namun, pada janin yang memiliki masalah perkembangan degupan jantungnya mungkin tiada dan tidak boleh didengari.
Degupan jantung janin mungkin boleh terhenti akibat kedudukan posisinya yang terbelit dengan tali pusat dan sebagainya.
#2. Penurunan hormon hCG
Human Chorionic Gonadotropin (hCG) adalah hormon yang dihasilkan oleh tubuh semasa seseorang wanita itu hamil dan ia ada sepanjang kehamilan. Jika kadar hCG turun ada kemungkinan anda alami masalah janin tidak berkembang.
Dalam keadaan kehamilan yang sihat, kadar hCG boleh mencapai 50 peratus setiap 48 jam. Ia kadang kala dua kali ganda dalam setiap 48 jam.
Peningkatan hormon hCG akan terus berlaku hingga ibu memasuki 10 minggu usia kehamilan. Justeru, anda perlu melakukan pemeriksaan secara rutin bagi mengetahui keadaan janin termasuklah kadar hCG yang dimiliki ibu bagi mengesan sebarang keabnormalan yang berlaku pada janin.
Jika kadar hormon ini adalah pada kadar tidak munasabah dan mengalami penurunan, anda perlu segera dapatkan rawatan doktor.
#3. Ketuban pecah dengan cepat
Kredit: sayabunda
Jika cecair amnion atau air ketuban anda peca terlalu cepat, memang pertumbuhan janin akan berhenti dan janin tidak berkembang kerana ia adalah cairan pelindung janin di dalam rahim.
#4. Kekejangan perut yang ekstrem
Kredit: alodokter
Kekejangan perut yang ekstrem mungkin antara petanda janin tidak berkembang dan keguguran janin bakal berlaku. Ia rasa seperti sakit senggugut tetapi lebih ekstrem.
Jika ibu yang pernah alami kelahiran, mungkin boleh agak bagaimana sakitnya. Tetapi jika tidak pernah alaminya, sekiranya anda mengalami sakit perut ekstrem atau luar biasa, segeralah berjumpa doktor dan buat pemeriksaan kandungan anda.
#5. Oksigen tidak cukup
Kurangnya oksigen kepada janin akan menyebabkan janin tidak berkembang. Jika oksigen kurang, maka perkembangan janin juga akan mengalami masalah.
Oksigen amat penting untuk perkembangan janin dan ia boleh mengakibatkan komplikasi jika janin mengalami kekurangan oksigen.
#6. Ibu demam panas, berpanjangan
Keadaan bayi di dalam rahim boleh dipengaruhi oleh keadaan si ibu. Apabila inu mengalami demam panas, mual dan pening kepala yang ekstrem, adalah sangat digalakkan untuk mereka mendapatkan pemeriksaan doktor.
Demam terutama pada awal kehamilan akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan janin. Walaupun begitu belum ada kajian lengkap menyatakan demam ketika hamil boleh menyebabkan janin tidak berkembang tetapi ada penelitian yang mengaitkan suhu tinggi dalam tubuh badan akan menyebabkan risiko kecacatan saraf tunjang dan masalah perkembangan lain.
#7. Tiada pergerakan
Ibu yang hamil di awal kehamilan anda akan rasakan denyutan biasanya. Jika anda tidak merasakan denyutan terutama jika sudah memasuki minggu ke-9 atau k-10 disahkan hamil, adalah lebih baik untuk anda buat pemeriksaan doktor kerana ada kemungkinan terjadinya janin tidak berkembang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: ruangmom
Baca juga: “Nenek Tua Nak Ambil Anak”, Mimpi Wanita Hamil Jadi Nyata, Janin 4 Bulan Hilang, Perut Kempis!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!