Disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Mimpi wanita hamil mengenai seorang nenek tua mahu mengambil anaknya jadi nyata apabila dia disahkan keguguran.
Perkongsian menyayat hati Nur Hafsyah di laman Facebook baru-baru ini amat meruntun perasaan sesiapa saja yang membacanya.
Mimpi wanita hamil jadi nyata, janin 4 bulan hilang dari kandungan!
Kredit: ruangmom
Mungkin suratan atau kebetulan, mimpi seorang nenek tua mahu ambil bayi yang dikandungnya tidak disangka berakhir dengan bayi dalam kandungan disahkan doktor sudah keguguran.
Ikuti perkongsian ibu ini:
AL-FATIHAH UNTUK ANAK SYURGAKU
17/3/2021 , mama pergi checkup nak tngok perkembangan baby . Rasa excited nak tengok anak mama.
Doctor scan anak mama, tibe ii doctor tanya mama “ ada jatuh ke ? Ada keluar pendarahan ke ? ” , mama cakap takde , and then doctor suruh mama pergi kencing
After 20minit, doctor panggil mama . Doctor tanya mama betul ke takde jatuh ? Mama kata takde , tapi mama ada mimpi nenek tua nk ambik ank mama , before pergi checkup pagi tu pn mama dh rasa perut kempis . Tapi mama think positive je , and then doctor sruh mama baring untuk repeat scan smula.
After repeat scan, doctor sahkan mama keguguran . Anak mama hilang , janin dah takde dalam rahim ! Ya Allah time tu mama rasa nak menangis teriakk . Mama terus pergi jmpe papa.
Dalam kereta papa asik tanye , apa doctor cakap ? Mama tkthu nak cakap mcm mne dkt papa , tpi mama mmng tk bole tahan air mata depan papa . Hanya Allah je tahu betapa remuknya hati mama time tu.
Mama bru je kehilangan arwah mak , sedih ni tak hilang lagi . Tapi Allah uji mama, mama kehilangan orng yg sngt bermakna dlm hidup mama & papa.
Terima kasih Ya Allah kau dah pinjamkan kami kebahagiaan walaupun hanya sementara , kami redha dengan apa yg berlaku pada harini . Sayang tunggu mama & papa dekat syurga ya.
Semoga pasangan ini tabah menghadapi kehilangan bayi mereka dan diberikan rezeki lebih baik selepas ini.
Bukan suatu yang mustahil
Kredit: alodokter
Menurut Pakar Perubatan Islam, Ustaz Datuk Sharhan Shafie janin hilang bukanlah suatu yang mustahil untuk berlaku. Katanya perkara ini memang wujud, tetapi hukum mempercayai jin yang melakukan perkara ini adalah haram.
Ia memang bukan suatu yang mustahil, bagaimanapun, tidak salah jika mereka yang pernah mengalaminya untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan juga.
Cara atasi kesedihan selepas keguguran
Siapa saja yang tidak sedih selepas mengalami keguguran, tetapi ada beberapa perkara yang boleh anda buat supaya anda dapat atasi kesedihan akibat keguguran dengan lebih baik.
#1. Buat keputusan
Rakan dan orang yang anda sayang mungkin akan cadangkan anda untuk membuang semua barang yang akan ingatkan anda pada bayi anda seperti baju mengandung atau barang bayi.
Tapi, ini bergantung pada anda. Jika anda belum bersedia, ambil sebanyak masa yang anda perlukan.
#2. Cipta memori
Anda mungkin mahu menamakan bayi anda. Anda mungkin juga akan rasa membuat barang kemas dengan nama mereka atau tanam pokok atau perkara lain yang boleh mengingatkan anda kepada anak anda. Mungkin ia boleh membantu anda untuk sembuh.
#3. Ambil masa
Kredit: ceriasihat
Ada hari yang akan lebih baik dari hari yang lain. Jika anda tak boleh nak memikirkan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan, fokus saja dengan masa sekarang. Jika boleh, jangan buat keputusan yang besar seperti tukar kerja atau pindah rumah.
#4. Sayangi diri
Dapatkan rehat yang cukup, makan makanan yang sihat dan bersenam. Jangan alihkan diri anda dengan perkara yang tak sihat seperti merokok atau minum arak untuk meredakan rasa sakit.
#5. Bincang dengan pasangan
Jangan harapkan pasangan anda untuk bersedih sama dengan cara anda bersedih. Salah seorang dari anda mungkin mahu bercakap tentang apa yang berlaku atau meluahkan emosi mereka dan ada juga yang lebih senang untuk berdiam diri.
Jujur dengan diri masing-masing tentang cara anda menghadapi kesedihan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Nur Hafsyah, mingguanwanita
Baca juga: Pelik Tiba-Tiba Bayi Hilang Dalam Kandungan, Betul Ke Ia Berkaitan Alam Ghaib?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!