Ketika mengandung, tubuh wanita mengalami pelbagai perubahan hormon dan fizikal yang boleh menjejaskan kesihatan diri. Salah satu masalah yang biasa dialami oleh kebanyakan ibu mengandung adalah pening kepala atau sakit kepala.
Kerap pening kepala ketika hamil boleh menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan kerana ia boleh mengganggu aktiviti seharian. Pening kepala adalah gejala biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil dan boleh menjadi amat berbahaya apabila anda keluar atau duduk di rumah sendirian.
Pening kepala ketika hamil
Pening atau sakit kepala ketika hamil boleh dianggap normal. Ramai wanita hamil mengalami sakit kepala pada pelbagai peringkat kehamilan mereka.
Kebanyakan wanita hamil akan mengalami gejala pening kepala bermula diantara minggu ke-12 dan beberapa minggu terawal trimester kedua kehamilan.
Walaupun ia perkara normal, namun kesannya cukup membahayakan ibu hamil dan anak dalam kandungan sekiranya membuatkan si ibu pengsan atau sebagainya.
Adalah penting untuk memerhatikan punca pening kepala ketika hamil dan berjumpa doktor jika sakit kepala menjadi lebih kerap, teruk, atau disertai dengan gejala lain yang membimbangkan.
Punca pening kepala
Punca sakit kepala semasa hamil boleh berbeza-beza dan melibatkan beberapa faktor. Berikut adalah beberapa punca pening kepala berpusing ketika hamil:
- Perubahan hormon: Semasa mengandung, badan mengalami turun naik hormon yang ketara. Tahap hormon yang tinggi, seperti estrogen dan progesteron, boleh menjejaskan peredaran darah dan menyebabkan pening kepala berpusing ketika hamil.
- Perubahan peredaran darah: Isipadu darah dalam badan meningkat untuk menyokong janin yang sedang membesar. Ini boleh menjejaskan peredaran darah ke otak, menyebabkan pening kepala berpusing ketika hamil.
- Tekanan pada saluran darah: Pertumbuhan janin dalam rahim boleh menyebabkan peningkatan tekanan pada saluran darah di sekeliling. Tekanan ini boleh mencetuskan sakit kepala.
- Dehidrasi: Semasa mengandung, badan memerlukan lebih banyak cecair untuk menyokong janin yang sedang membesar dan fungsi badan ibu mengandung. Jika anda tidak minum air yang mencukupi atau kehilangan terlalu banyak cecair, dehidrasi boleh berlaku dan menyebabkan anda kerap pening kepala ketika hamil
- Kehamilan luar rahim: Kehamilan luar rahim ini boleh menyebabkan sakit perut, pendarahan, dan kerap pening kepala ketika hamil.
- Hipertensi atau tekanan darah tinggi: Sesetengah wanita hamil mengalami hipertensi atau tekanan darah tinggi semasa hamil. Keadaan ini boleh menyebabkan kerap pening kepala ketika hamil dan disertai dengan gejala lain seperti gangguan penglihatan.
- Migrain: Sesetengah wanita hamil yang mempunyai sejarah migrain mungkin mengalami serangan migrain yang lebih kerap atau lebih teruk semasa hamil, yang boleh menyebabkan kerap pening kepala ketika hamil.
- Punca pening ketika hamil yang lain adalah gula dalam darah rendah apabila badan anda cuba untuk melaraskan perubahan metabolik.
- Ibu hamil yang menghidap anemia atau urat varikos adalah lebih cenderung untuk pening ketika hamil.
- Pada trimester kedua, janin yang membesar meletakkan tekanan pada saluran darah yang menyebabkan anda pening ketika hamil.
Wanita pengsan dan jatuh di LRT kerana sakit kepala
Beberapa tahun lalu, tular di media sosial kejadian seorang ibu hamil tiba-tiba pengsan dan jatuh di landasan LRT, Stesen Damai. Namun wujur wanita itu dapat diselamatkan kerana terdapat sistem Hentian Kecemasan Pencerobohan Platform.
Jadi, bila ada impak lebih dari 7 kg di platform, sistem ini akan menghentikan saluran elektrik pada sistem LRT. Ketua Eksekutif Landasan Rapid, Khairani Mohamed menerangkan apabila sistem mengesan gangguan di trek, ia akan menghentikan keretapi secara automatik.
Polis bantuan Prasarana dan pegawai operasi stesen telah mengarahkan agar kesemua penumpang untuk mengosongkan platform bagi memudahkan urusan menyelamat. Wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut ditemani oleh pegawai dari RapidKL.
Ibu hamil ini beruntung stesen LRT tersebut mempunyai kesemua sistem keselamatan untuk menghalang potensi kemalangan. Walaubagaimanapun, jika dia berada di tempat dan masa yang salah, mungkin ia akan berakhir dengan tragik.
Adakah pening tanda awal kehamilan?
Pening biasanya bukan salah satu tanda awal kehamilan, tetapi ia boleh menjadi gejala awal kehamilan jika gula dalam darah anda rendah akibat mual pada waktu pagi.
Anda juga mungkin berasa pening sebagai tanda kehamilan walaupun sebelum haid terlepas jika anda tidak makan dengan banyak kerana berasa loya, yang kadang-kala berlaku dalam beberapa hari selepas konsepsi.
Tanda kerap sakit kepala ketika hamil
Tanda pening kepala atau sakit kepala boleh berbeza-beza bergantung kepada individu dan puncanya. Berikut adalah beberapa tanda biasa yang boleh dikaitkan dengan sakit kepala:
- Kepala melayang: Sakit yang boleh dirasai di pelbagai bahagian kepala, seperti dahi, belakang kepala, atau sekitar mata. Keterukan kesakitan boleh berbeza-beza dari ringan hingga teruk.
- Kepekaan kepada cahaya: Peningkatan sensitiviti kepada cahaya atau fotofobia mungkin berlaku dengan sakit kepala. Lampu terang atau pancaran cahaya boleh memburukkan gejala sakit kepala.
- Sensitiviti kepada bunyi: Sesetengah orang yang mengalami sakit kepala juga menjadi lebih sensitif kepada bunyi. Bunyi yang kuat atau bising boleh memburukkan lagi gejala sakit kepala.
- Loya atau muntah: Sesetengah orang yang mengalami pening kepala nak muntah. Ini boleh berlaku sebagai tindak balas badan terhadap sakit kepala atau gejala yang menyertainya.
- Gangguan penglihatan: Kadangkala, sakit kepala boleh disertai dengan gangguan penglihatan, seperti penglihatan kabur, penglihatan berganda atau bintik-bintik dalam penglihatan.
- Meningkatkan intensiti dengan aktiviti fizikal: Sesetengah jenis sakit kepala, seperti migrain, boleh menjadi lebih teruk dengan aktiviti fizikal atau pergerakan. Peningkatan aktiviti fizikal boleh meningkatkan intensiti sakit kepala.
Perlu diingat bahawa tanda-tanda ini mungkin tidak selalu berlaku bersama-sama atau berlaku pada setiap individu.
Rasa nak pitam ketika hamil
Rasa nak pitam ketika hamil boleh menjadi pengalaman yang membimbangkan. Berikut adalah beberapa punca yang mungkin menyebabkan pengsan atau pengsan semasa hamil:
- Tekanan darah menurun: Semasa mengandung, tubuh mengalami perubahan dalam peredaran dan perubahan dalam jumlah darah. Ini boleh menyebabkan penurunan tekanan darah, terutamanya apabila berdiri atau bergerak secara tiba-tiba. Keadaan ini dikenali sebagai hipotensi ortostatik dan boleh menyebabkan pening dan rasa nak pitam ketika hamil.
- Anemia: Anemia adalah keadaan apabila badan mempunyai tahap hemoglobin yang rendah atau bilangan sel darah merah yang rendah. Anemia pada wanita hamil boleh menyebabkan penurunan bekalan oksigen ke otak, yang boleh menyebabkan rasa nak pitam ketika hamil.
- Tekanan pada saluran darah: Janin yang sedang membesar boleh memberi tekanan pada saluran darah dalam rahim dan pelvis, termasuk urat utama yang mengalir ke bawah kaki. Tekanan ini boleh mengganggu aliran darah ke otak dan menyebabkan rasa nak pitam ketika hamil.
- Penuaan postur urat: Semasa mengandung, jumlah darah yang meningkat boleh melambatkan aliran darah kembali ke jantung dari anggota bawah. Ini boleh menyebabkan darah berkumpul di dalam urat, yang dikenali sebagai vena varikos atau bengkak kaki. Keadaan ini boleh jadi punca kepala rasa pening melayang
- Hipoglisemia: Penurunan paras gula dalam darah (hypoglycemia) mungkin berlaku semasa kehamilan, terutamanya jika makanan tidak teratur atau dilangkau. Hipoglisemia boleh menyebabkan kepala rasa pening melayang, bersama-sama dengan gejala seperti berpeluh sejuk, gegaran dan lemah.
Cara hilangkan pening kepala ketika hamil
Berikut kami kongsikan beberapa cara hilangkan pening kepala ketika hamil yang boleh ibu-ibu cuba di rumah:
- Limau kasturi: Cara hilangkan pening kepala ketika hamil adalah dengan mengambil limau kasturi yang sudah dibelah dah perahkan limau tersebut di atas kepala sambil meramasnya.
- Ais: Ais juga menjadi salah satu cara hilangkan pening kepala ketika hamil. Anda hanya perlu gunakan pek ais atau sekiranya tiada, gunakan sahaja ais yang dibalut dengan kain, dan anda gosokkan di leher dan kepala anda untuk merehatkan ketegangan di kepala anda.
- Halia: Halia diketahui mempunyai banyak khasiat, salah satunya adalah menjadi cara hilangkan sakit kepala. Anda disarankan minum teh halia atau minuman tambahan halia untuk mengatasi rasa kepala melayang.
- Rendam kaki dalam air panas: Cara hilangkan sakit kepala ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.
- Malapkan lampu: Lampu atau cahaya yang terlalu terang atau berkelip boleh menyebabkan anda kerap sakit kepala ketika hamil atau migrain. Asingkan diri dari tempat yang bising dan gelapkan skrin komputer anda
- Cuba untuk tidak mengunyah: Perlakuan mengunyah yang berterusan seperti mengunyah gula-gula getah, menggigit kuku dan bibir boleh jadi punca kerap sakit kepala ketika hamil. Kurangkan makanan yang terlalu rangup dan melekit atau ambil suapan yang kecil.
- Urutan muka dan kepala: Pada umumnya, jika anda mengalami masalah kepala melayang, urutan pada kulit kepala boleh membantu sistem peredaran darah ke kepala dan otak.
Cara elak pengsan ketika hamil
Pengsan ketika hamil adalah perkara yang agak biasa namun mempunyai risiko yang besar. Jadi adalah lebih baik untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga jika anda mengalami pening.
Perkara yang penting untuk anda ingat ialah jangan berdiri atau baring dengan cepat. Ini adalah beberapa tip yang perlu anda ingat jika anda rasa hendak pitam.
- Rendahkan kepala
- Duduk atau baring
- Tarik nafas dalam-dalam
- Longgarkan baju yang ketat
- Duduk dekat dengan tingkap yang terbuka
- Makan makanan yang kaya zat besi
Dengan tip berguna ini, ia mungkin boleh mengelakkan anda dari situasi yang bahaya atau tidak menyenangkan termasuklah sakit kepala berdenyut sepanjang hari.
Tips untuk elakkan pening
Kerap sakit kepala atau pening sememangnya tidak menyenangkan buat ibu hamil. Namun, terdapat beberapa cara atau tips untuk anda mengelakkan gejala ini berlaku.
#1. Bergerak perlahan-lahan
Jangan bangun dengan terlalu cepat sekiranya anda sedang berbaring atau duduk kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah anda menurunkan dan menyebabkan anda pening kepala secara tiba-tiba. Jadi, bangun secara perlahan-lahan dari kedudukan anda itu dan ambil masa anda.
#2. Makan makanan seimbang
Pastikan anda mengambil diet yang sihat dan lengkap semasa kehamilan, dengan campuran protein dan karbohidrat kompleks (seperti roti bijirin penuh atau pasta) pada setiap hidangan untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang stabil serta mengelakkan rasa huyung hayang.
#3. Ambil snacking
Makan beberapa hidangan kecil sepanjang hari untuk mengelakkan penurunan gula dalam darah anda. Bawa snek kehamilan yang sihat bersama anda untuk meningkatkan gula dalam darah anda. Antara pilihan snack yang baik adalah kismis, sekeping roti, buah atau keropok gandum.
#4. Minum banyak air
Pastikan anda minum air kosong yang mencukupi kerana pening juga boleh menjadi tanda anda sedang mengalami dehidrasi.
Sebaiknya ambil 8 hingga 12 cawan air sehari, dan lebih banyak jika cuaca panas atau anda sedang bersenam bagi mengelakkan rasa huyung hayang.
#5. Pakai pakaian yang sesuai
Pakai pakaian yang tidak terlalu ketat dan sesuai mengikut keadaan cuaca.
#6. Elakkan tidur telentang
Pada trimester kedua dan ketiga kehamilan, sebaiknya elakkan tidur telentang kerana rahim anda yang semakin membesar boleh menekan vena cava (urat utama yang membawa darah kembali ke jantung dari bahagian bawah badan anda). Keadaan itu boleh mengganggu peredaran optimum dan menyebabkan rasa pening.
#7. Hirup udara segar
Menghabiskan terlalu banyak masa di ruang tertutup dan terlalu panas seperti bas atau pejabat yang sesak boleh menyebabkan rasa pening.
Jadi untuk mengelakkan anda rasa pening, cuba berjalan kaki sekurang-kurangnya 5 minit di luar untuk mendapatkan udara segar. Selain itu, ia juga boleh membantu melegakan simptom kehamilan lain seperti sembelit dan kaki bengkak.
Bila pening kepala ketika hamil berakhir
Sebaik sahaja pening bermula, gejala ini selalunya akan berlaku sepanjang tempoh kehamilan anda. Tetapi ia sepatutnya boleh reda selepas bayi anda dilahirkan.
Sakit kepala bahagian depan
Sakit kepala bahagian depan boleh mempunyai pelbagai punca, termasuk semasa mengandung. Berikut adalah beberapa punca biasa sakit kepala bahagian depan:
- Otot muka dan leher yang tegang: Otot muka dan leher yang tegang boleh menyebabkan sakit kepala di bahagian hadapan kepala. Faktor-faktor seperti tekanan, postur yang lemah atau senaman fizikal yang berlebihan boleh menyebabkan ketegangan otot ini.
- Resdung: Jangkitan atau keradangan sinus boleh menyebabkan sakit kepala di bahagian depan kepala. Resdung boleh berlaku semasa kehamilan disebabkan oleh perubahan hormon yang menjejaskan saluran pernafasan.
- Keletihan dan tekanan: Keadaan biasa keletihan dan tekanan semasa kehamilan boleh menyebabkan sakit kepala di bahagian depan kepala. Kekurangan rehat yang mencukupi dan peningkatan tekanan fizikal dan emosi boleh mencetuskan sakit kepala.
Ubat sakit kepala ibu mengandung
Tidak dinafikan sewaktu berbadan dua, anda dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dalam aspek pengambilan sebarang ubat. Sekiranya berdepan sakit kepala, pening atau migrain, ibu hamil tentu sekali berasa tidak selesa dan memerlukan bantuan ubat.
Menurut penjelasan daripada salah seorang doktor perubatan di Prince Court Medical Centre, Dr. Maiza Tusimin pengambilan panadol sakit kepala ketika mengandung hendaklah dengan kuantiti dan dos yang betul.
Saya memang sudah terbiasa mengambil panadol sakit kepala sejak sebelum hamil lagi bagi mengurangkan rasa sakit kepala. Namun benarkah ubat ini selamat diambil ketika mengandung dan berapakah jumlah dos yang boleh saya ambil untuk satu hari?
Paracetamol atau dipanggil sebagai Uphamol dan Panadol sakit kepala sebenarnya antara salah satu ubat yang berada dalam kategori selamat untuk ibu hamil, jika diambil dalam dos terkawal.
Food Drug Administration (FDA) menyenaraikan ubat ini tergolong dalam kategori kehamilan A iaitu ubat yang paling selamat bagi ibu hamil dan tidak mendatangkan kesan buruk terhadap janin dan kesihatan anda.
Indikasi penggunaan Paracetamol adalah sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipiretik (pengurang demam). Paracetamol ini sering digunakan bagi mengurangkan rasa sakit yang disebabkan oleh sakit gigi, kepala, otot, senggugut dan sebagainya.
Semoga bermanfaat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Berat Badan Ideal Wanita Hamil: Berapa Kilogram Patut Bertambah?
Baca juga: Bahaya Merokok Ketika Hamil: Risiko Susu Badan Kering Lepas Bersalin, Kecacatan Otak Bayi
Baca juga: Kejang Perut Melampau Awal Kehamilan, Salah Satu Tanda Hamil Ectopic Atau Luar Rahim!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!