X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Perlu Amal Makan Makanan Tambah Darah Merah Jika Anda Ada Simptom-Simptom Ini!

7 min bacaan
Perlu Amal Makan Makanan Tambah Darah Merah Jika Anda Ada Simptom-Simptom Ini!

Ketika hamil, para ibu disarankan mengambil sejumlah makanan tambah darah merah kerana ramai wanita mudah mengalami anemia.

Bakal-bakal ibu sudah pasti inginkan pemakanan yang sihat terutamanya ketika mengandung agar kesihatan terjaga. Ketika hamil, para ibu disarankan mengambil sejumlah makanan tambah darah merah kerana ramai wanita mudah mengalami anemia.

Isi Kandungan

  • Semak Simptom Ini
  • Jenis Anemia
  • Kesan Kekurangan Darah Merah Pada Ibu Hamil
  • Punca Kurang Darah
  • Cara Untuk Ketahui
  • Anemia Teruk
  • Bagaimana Anemia Dirawat Semasa Kehamilan?
  • Rawatan Di Rumah
  • Senarai Makanan Tambah Darah
  • Kesan Kurang Darah Merah Dalam Badan

Perlu Makan Makanan Tambah Darah Merah Jika Ada Simptom-Simptom Ini!

Kerap pening perlu makanan tambah darah merah

Ramai wanita mudah mengalami masalah anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Kenapa sel darah merah itu penting? Sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membantu untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Ramai juga wanita terlepas pandang apabila mereka menunjukkan simptom-simptom dan anggapkan ia sebagai benda biasa dan tidak apa apa. Itu adalah bahaya dan mungkin akan membawa musibah kepada diri sendiri. Oleh itu, mari kita lihat simptom-simptom itu:

  • Mengalami keletihan
  • Kelemahan tubuh badan
  • Kulit kekuningan atau pucat
  • Degupan jantung tidak teratur
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Sakit dada
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Sakit kepala

Pada mulanya, simptom anemia sangat sedikit sampai mereka tidak tahu pun. Tetapi, simptom akan menjadi teruk apabila anemia semakin kronik.

Jenis Anemia

Anemia ialah satu keadaan di mana ibu mengandung mengalami kekurangan darah kesan jumlah sel darah merah yang sihat tidak mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh lalu menyalurkannya pada janin.

Terdapat lebih daripada 400 jenis anemia. Ada yang lebih biasa semasa kehamilan, termasuk:

  • Anemia kekurangan zat besi, daripada kekurangan zat besi.
  • Anemia kekurangan folat, akibat kekurangan asid folik.
  • Anemia kekurangan vitamin B12, daripada kekurangan vitamin B12.

Kesan Kekurangan Darah Merah Pada Ibu Hamil

Menurut jurnal dari portal Cleveland Clinic, anemia atau kurang darah merah memberi kesan buruk bagi ibu mengandung. Ini kerana bayi dalam kandungan anda bergantung kepada anda untuk mendapatkan zat besi, vitamin B12 dan asid folik yang mencukupi. Anemia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi anda, terutamanya semasa trimester pertama.

Jika anemia tidak dirawat, bayi anda berisiko lebih tinggi untuk mengalami anemia selepas lahir, yang boleh menyebabkan masalah perkembangan. Juga, anemia meningkatkan risiko melahirkan bayi anda lebih awal dan bayi anda akan mempunyai masalah berat badan yang rendah.

Anemia atau kekurangan darah merah tidak akan menyebabkan keguguran, walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan komplikasi lain pada kandungan. 

Apa Yang Menyebabkan Kekurangan Darah Merah Ketika Hamil?

Kehamilan itu sendiri adalah punca anemia kerana peningkatan jumlah darah dalam badan. Punca lain anemia semasa hamil termasuk tidak mengambil zat besi, vitamin B12 atau asid folik yang secukupnya.

Penyebab anemia lain yang berlaku pada orang yang tidak hamil juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan.

Penyakit tertentu juga antara punca berlaku anemia. Ini termasuk:

  • Anemia sel sabit dan talasemia
  • Menderma darah.
  • Aliran haid yang banyak (sebelum mengandung).
  • Ulser dan polip.

Apa Cara Untuk Ketahui Sekiranya Anda Menghidap Anemia?

Ujian darah yang dipanggil kiraan darah lengkap (CBC) boleh mendiagnosis anemia. Ujian darah ini selalunya dilakukan pada salah satu janji temu pranatal pertama anda.

Penyedia penjagaan kesihatan anda menggunakan CBC untuk menganalisis:

  • Berapa banyak sel darah merah yang anda ada, saiz dan bentuknya (yang boleh menunjukkan keadaan tertentu seperti anemia sel sabit).
  • Berapa banyak zat besi yang disimpan oleh badan anda.
  • Jika anda kekurangan vitamin B12 dan B9.

Apakah Yang Dianggap Anemia Teruk Semasa Hamil?

Anemia yang teruk adalah apabila keputusan CBC menunjukkan hemoglobin iaitu 6.5 hingga 7.9 gram setiap desiliter (g/dL).

Jika keputusan anda menunjukkan anda mengalami anemia yang teruk, doktor  anda mungkin akan menyarankan anda untuk melakukan pemindahan darah. Transfusi darah akan memberi anda jumlah sel darah merah yang sihat.

Bagaimana Anemia Dirawat Semasa Kehamilan?

Rawatan untuk anemia semasa kehamilan bergantung kepada tahap seteruk mana yang dialami. Jika anda mempunyai:

Anemia ringan hingga sederhana: Doktor anda biasanya akan merawatnya dengan vitamin pranatal harian atau suplemen zat besi. Ini memberikan badan anda jumlah zat besi, vitamin B12 dan asid folik yang sihat.

Anemia yang teruk: Anda mungkin memerlukan pemindahan darah.

Bagaimana Saya Boleh Merawat Anemia di Rumah Semasa Hamil?

Cara terbaik untuk merawat jenis anemia yang paling biasa ialah memastikan anda mendapat zat besi, B12 dan asid folik yang mencukupi. Ambil vitamin pranatal setiap hari. Bercakap dengan doktor anda tentang vitamin pranatal yang mereka cadangkan.

Perubahan diet juga boleh membantu. Makan lebih banyak makanan yang tinggi zat besi seperti bayam, daging lembu tanpa lemak dan ayam belanda. Makanan yang tinggi dengan vitamin yang membantu badan anda menyerap zat besi (seperti vitamin C) juga penting, termasuk buah sitrus, tomato dan lada.

Bakal ibu juga boleh mencuba beberapa jenis makanan yang boleh membantu menambah darah merah.

Sedap! Ini 11 Senarai Makanan Tambah Darah Merah Terbaik

makanan untuk tambah darah

Untuk mengelakkan komplikasi anemia untuk berlaku, ibu boleh mencuba 11 makanan tambah darah merah supaya sel-sel darah merah itu boleh dihasilkan dengan banyak dan tidak berkurangan. Berikutnya adalah:

  • Pisang. Pisang dapat membantu tambah sel darah merah kepada wanita hamil. Boleh ambil sekurang-kurangnya dua biji seriap hari kerana dikandungi dengan folat yang membantu perkembangan janin dan dapat menghasilkan sel baru.
  • Daging merah. Zat besi dari sumber haiwan seperti daging merah mudah diserap ke dalam tubuh berbanding sumber lain. Dengan itu ia akan dapat mencegah masalah anemia. 
  • Brokoli. Brokoli mengandung antioksidan yang boleh melawan penyakit dan jangkitan sekaligus. Membantu untuk menjaga kehamilan para isteri.
Brokoli makanan tambah darah merah, gambar makanan berkhasiat

Kredit: Unsplash

  • Hati ayam. Makan hati ayam dapat tambah kepekatan darah. Tetapi, jangan ambil terlalu banyak kerana organ dalaman haiwan tidak bagus untuk kesihatan otak. 
  • Kekacang.  Ambil kacang sebagai snek adalah bagus untuk mencegah anemia kerana ia adalah sumber untuk menambah darah. 
  • Sayur bayam. Sayur bayam ialah makanan yang paling bagus untuk ibu hamil berbanding sayur yang lain kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi.
  • Kerang. Kerang adalah bagus untuk mencegah kekurang sel darah marah. Namun, pastikan ia dimasak sepenuhnya dan elak makan kerang mentah
  • Kuning telur. Mengandungi nutrien yang diperlukan untuk menambah sel darah merah. Ia juga dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.
  • Buah Delima. Kandungan zat besi dalam buah delima dapat mengurangkan anemia dan juga mempertahankan jumlah sel darah yang mencukupi.
  • Oat. Oat merupakan mineral yang sangat bagus untuk tubuh ketika hamil malah ia juga mudah dicerna. 
  • Madu, kurma dan kismis. Anda boleh gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan anda. Tapi, pastikan ia organik. Boleh ambil juga kurma dan kismis kerana ia memberi tambahan tenaga selama kehamilan dan meningkatkan sel darah merah. 

Kesan Kurang Darah Merah Dalam Badan

Ramai juga para wanita tidak tahu betapa teruk padahnya apabila mengalami penyakit anemia. Ia akan menyebabkan para wanita mengalami beberapa implikasi negatif seperti yang dikongsikan di bawah.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
  • Keletihan yang melampau. Anemia yang kronik akan membuatkan anda sangat penat sampai anda tidak mampu untuk membuat kerja dan mengikut rutin harian anda.
  • Komplikasi kehamilan. Wanita hamil dengan kekurangan folat akan ada risiko untuk mengalami komplikasi kehamilan seperti kehamilan pra-matang. 
Kurang darah merah komplikasi kehamilan

Kredit: Washington University School of Medicine

  • Masalah jantung. Anemia boleh membawa masalah jantung seperti denyutan jantung tidak sekata. Apabila jantung menghasilkan darah lebihan untuk mengisi kekurangan oksigen dalam darah, ia akan menyebabkan masalah sakit jantung.
  • Kematian. Anemia boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Disebabkan itu, peluang untuk kematian adalah sangat tinggi.

Selain makanan, anda juga harus mengamalkan gaya hidup sihaty dan mengikuti arahan doktor supaya penyakit anemia dapat dibendung. Oleh itu, kami mendoakan untuk para wanita agar bayi dan ibu sentiasa dalam keadaan sihat.

Semoga ini membantu.

Mayo Clinic , Healthline , Bangkok Heart Hospital , Clevelend Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cepat Penat Ketika Hamil? Jika Ia Berterusan, Rujuklah Doktor

Baca juga:  Tambah Darah Ibu Hamil Dengan 6 Makanan Ini, Elak Anemia!

Baca juga: Anak Kurang Zat Besi Nampak Penat, Pantau Simptom & Cara Mengatasi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Perlu Amal Makan Makanan Tambah Darah Merah Jika Anda Ada Simptom-Simptom Ini!
Kongsikan:
  • Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

    Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

  • Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

    Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

  • Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

    Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

  • Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

    Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

  • Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

    Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

  • Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

    Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.