X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Semua Ibu Bapa Ada Stress Masing-Masing, Jangan Pernah Bandingkan! "Eleh, Anak Satu Pun Nak Merungut"

8 min bacaan
Semua Ibu Bapa Ada Stress Masing-Masing, Jangan Pernah Bandingkan! "Eleh, Anak Satu Pun Nak Merungut"

Setiap ibu bapa punyai tahap stress yang berbeza, jangan pernah membandingkan sesama sendiri, ini cara mengawal stress untuk setiap tahap!

Dalam situasi yang mencabar ini, boleh dikatakan tiada siapa yang berkemampuan menghadapi hari-hari seperti biasa. Disebabkan itulah penting untuk ibu bapa tahu cara mengawal stress

Sedangkan waktu pra-pandemik pun ada hari kita emosi akibat penat bekerja, penat menghadapi kesesakan jalan, penat hadap boss dan macam-macam lagilah.

Apatah lagi waktu satu negara perlu berkurung dan terperap di rumah. Tak kiralah bagi yang bujang, berkahwin, tiada anak, ada anak seorang, ada anak ramai dan sebagainya. Semua ada tahap stress masing-masing.

Usah berlawan emosi, siapa paling stress yang ibu ayah. Lagi-lagi di laman sosial kini semuanya meluahkan perasaan dan emosi masing-masing. Tak ada benda baik nak komen, diam. Jangan perlekehkan emosi orang. 

Seperti coretan Baby Language di halam Facebook mereka ini, memang ada benarnya. Dan ini cara untuk mengawal stress dan cara-cara untuk anda kawal emosi anda sikit atau banyak.

Cara-cara mengawal stress di rumah

cara mengawal stress

Stres tidak dapat dielakkan, namun boleh di kawal. Oleh kerana 'ibubapa' adalah satu-satunya tugas di dunia yang tiada 'MC', 'on leave' , 'resign', 'retire' atau 'quit', maka menyusun strategi mengurangkan stres keibubapaan itu wajib demi kegembiraan dan kewarasan ibubapa.

Perkongsian ini adalah perkongsian peribadi saya semata-mata , yang saya amalkan sejak dahulu dengan harapan mungkin dapat beri idea kepada ibubapa lain.

#1. Terima hakikat keadaan hidup 

Sebahagian ibubapa tak habis-habis merungut dan membanding : "Saya PJJ dengan suami", " Saya takde pembantu ", "Saya takde keluarga terdekat " , "Dia takpe lah anak sorang, saya anak lima" , " Suami dia rajin. Pandai masak pulak tu..", " Keluarga dia kaya, serba- serba tersedia..", "Saya ni kena cari duit buat online business bantu suami. Bukan ada banyak masa layan anak macam dia..."

Yang suami dan keluarga memang ada di depan mata, belum tentu memudahkan hidup.
Yang kita nampak anaknya baru seorang, mungkin bertarung sembunyikan masalah anxiety atau depresi yang di hadapi.

Yang suaminya rajin dan pandai buat kerja rumah serba-serbi, belum tentu ada banyak masa di rumah.
We never know. TIADA orang yang tiada masalah. Lebih penting, merungut dan membanding langsung tak selesaikan masalah. Fokus kepada cara memperbaiki keadaan hidup sendiri. Fikiran pasti lebih aman.

#2. Me time wajib ada, walau sekejap

Lucu pula bila mengingatkan kembali, betapa dapat lepak cicah biskut dengan air teh panas sambil rileks menonton TV atau golek-golek layan internet di waktu awal pagi ketika anak-anak dan suami belum bangun, adalah apa yang amat menggembirakan saya walau ia cuma sekitar +/- 30 minit.

Ia jadi rutin setiap awal pagi hujung minggu saya dan mula jadi rutin harian saya bila saya memilih untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Menyendiri tanpa gangguan suami, anak-anak atau hal kerja adalah 'break' yang semua ibu perlukan setelah asyik memberi tanpa henti.

Beberapa puluh minit mungkin kelihatan seperti sedikit. Namun hakikatnya, susah bagi para ibu untuk 'take a break' lama-lama sebelum mula kembali fikirkan dan rindukan anak lalu mula nak periksa keadaan anak! 

Usah pandang remeh kuasa 'me time' yang sekejap ya!. Kerana bila ia didapatkan hampir setiap hari, ia ibarat anda menggumpul satu kuasa yang besar.

Bayangkan jika anda 'hanya' boleh habiskan membaca 2 helaian dari buku setebal 200 muka surat pada setiap hari 'me time' pendek anda. Anda pasti terkejut bila berjaya habis membaca buku tersebut dalam masa 3 bulan. Apatah lagi jika dalam tak sedar sudahnya 4 buku setahun anda habiskan!

Perasaan BERJAYA membuat sesuatu yang bermakna, berguna dan menggembirakan untuk diri sendiri di sebalik keributan mengurus keluarga itulah mesej kuasa ' me time' yang saya cuba sampaikan.

#3. Sentiasa pilih untuk bertenang

cara mengawal stress

Ketenangan sejati dalam hati mustahil didapatkan jika hubungan kita dengan Tuhan penguasa alam itu amat lemah. Ya, bila ada anak kecil, kusyuk (fokus) untuk beribadah itu sangat susah malah terkejar-kejar.

Sekali-sekala, saya sengaja lewatkan solat Isya' agar 'rasa terpaksa' bangun di tengah malam dan fokus berinteraksi dengan sang pencipta. Terutamanya bila saya rasa ada terlalu banyak yang mahu diminta dan di adukan kepadaNya, namun tiada peluang untuk melakukannya pada waktu siang.

Tiada satu makhluk bernyawa termasuk suami, ibu, ayah, kaunselor malah anak-anak yang boleh buat kita gembira apatah lagi baiki soal hati kita. Bercerita dan mengadu kepada manusia yang boleh membalas cakap TIDAK AKAN sepuas mengadu kepadaNYA yang memahami setiap isi hati walau tanpa kita bersuara.

#4. Cara mengawal stress paling penting: buat tugasan ikut kemampuan

Ikut kemampuan, itu penting dalam mengawal stress! Senaraikan kerja rumah dan urusan anak - anak tidak akan pernah habis. Inikan pula jika nak tambah tugasan luar rutin biasa atau tugasan berkaitan kerjaya atau perniagaan ke dalam senarai sedia ada.
Maka, sasarkan 2 atau 3 ( ikut kemampuan) tugasan 'tambahan' setiap hari untuk di selesaikan 'in between' tugas sedia ada harian.

#5. Beri masa untuk sesuatu tugasan

Kita semua akan berkerja lebih fokus dan berkesan bila ada 'date line' bukan? Oleh kerana ibubapa adalah bos kepada diri sendiri, maka gunakan helah tetapan masa untuk cabar diri fokus selesaikan tugasan dalam 'time frame' tertentu.

Misalnya: 15 minit untuk selesai menjemur kesemua baju yang baru siap di cuci.
Bila fokus, kita tiada masa sambil nak periksa WhatsApp atau email atau notifikasi FB ketika berkerja atau berkerja dengan fikiran melayang dan berangan. Kerja yang sedikit dan mudah sudahnya ambil masa lama untuk disempurnakan.

#6. Multitasking

Para ibu terutamanya terkenal dengan aksi octopus, sambil menyambil dan multi tasking dek banyaknya kerja yang nak di selesaikan. Anda hanya perlu pastikan perkara yang anda 'sambil-sambilkan' itu benar-benar menjimatkan masa dan tenaga.

Misalnya:

  • Sambil mandikan anak, sambil cuci tandas. Tandas bersih, anak pun bersih.
  • Sambil masak, sambil pantau dan layan anak makan. Lauk keluarga pun siap, anak pun kenyang.
  • Sambil mengemas ,sambil bermain dengan anak.

Saya tak faham mengapa ada ibu yang 'sangat rajin' nak kemaskan mainan anak seorang diri setiap kali dan kemudian merungut penat. Kemudian merungut pula tentang banyaknya kerja nak di buat sampai tak sempat nak luangkan masa bermain dengan anak.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Dalam kita mengawal stress, ibu hanya perlu kreatif cari jalan buat anak mengemas tanpa sedar bahawa dia sedang mengemas. Misalnya buat game siapa paling banyak dapat kutip mainan masuk bakul dalam masa tersingkat.
Rumah kemas, quality play time dengan anak pun dapat.

#7. Tak perlu beli mainan baru

cara mengawal stress

Saya pernah membuat home visit ke sebuah rumah yang dipenuhi dengan barang yang sebahagiannya di kumpul-campak saja ke dalam bakul-bakul dan 'storage box'. Terlalu banyak sehingga kami terpaksa duduk di lantai dikelilingi kotak-kotak dan sebuah kotak hampir jatuh menimpa kepala anak sulung pasangan ini yang seronok bermain berhampiran kami.

Banyak barang ↔️ tiada tempat simpanan ↔️ lebih mudah bersepah ↔️ lebih ambil masa nak mengemas ↔️ lebih ambil masa nak mencari barang ↔️ serabutkan mata dan fikiran ↔️ tambah stres.

Disiplinkan diri untuk miliki barang sekadar ruang yang ada. Misalnya: saya dan suami berkongsi almari baju 2 pintu sejak dahulu. Saya akan pastikan jumlah baju-baju semasa kami hanya sekadar yang muat di simpan di dalam almari ini. Tak boleh sampai perlu menumpang di almari anak/bilik lain atau sehingga perlu di gantung di luar almari.

#8. Tetapkan peraturan asas keluarga

Hakikatnya, manusia TIDAK GEMBIRA jika hidup tanpa peraturan: suka hati, tiada arah, tiada batas dan tiada akibat. Tapi itulah salah satu cara untuk mengawal stress. TERUTAMANYA ANAK KECIL. Yes! Terpaksa 'figure out' (belajar) cara hidup tanpa bimbingan ibubapa adalah perasaan TERBURUK yang boleh dimiliki anak-anak.
Setiap keluarga unik, maka cipta peraturan ASAS keluarga anda sendiri (common rules).

Misalnya:

  • Makan mesti bersama-sama supaya mudahkan kerja mengemas dan tak buang banyak masa melayan isu 'minta makan' tak kira masa setiap anak.
  • Letak semula barangan ke tempat asal/ tempat sepatutnya selepas guna. Bukan saja rumah tidak terlalu bersepah, malah nak cari barang pun mudah.

#9. Rileks

Hidup ini kalau pembaris sangat dan nak perfect sangat pun mental juga.
Saya pernah jumpa beberapa orang ibu yang :

  • Rasa tak boleh cuci baju anak sebab sabun khas baju anak habis.
  • Rasa tak boleh cuci botol susu anak sebab sabun khas cuci botol anak habis.
  • Sedih sangat semata-mata dapat tahu atok bawa anaknya (cucu atok) makan kenyang lenyek KFC (isu tak healthy kepada ibu ini)
  • Muncung bila sekali-sekala suami tolong 'siapkan' anak tak ikut macam caranya: lupa pakai minyak rambut, lupa pakai losyen, lupa pakai bedak.
  • Stres tengok anak main hujan, kucing, batu dan pasir ikut kawan-kawan. Terus kena banned tak boleh keluar main
  • Bad mood anak 'join' main ipad dengan sepupu-sepupu sepanjang beberapa hari di kampung sedangkan gajet adalah item larangan di rumah sendiri. Habis makayah sepupu dan sepupu-sepupu anak pun kena tempias bad mood.

Sumber: Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultasi Tangisan & Tidur Bayi

Baca juga: Anak Kembar Albino, Comelnya Rupa Macam Korea/Jepun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Semua Ibu Bapa Ada Stress Masing-Masing, Jangan Pernah Bandingkan! "Eleh, Anak Satu Pun Nak Merungut"
Kongsikan:
  • Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

    Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

    Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.