Untuk Pasangan Baru Berkahwin, Ini Yang Anda PATUT Tahu! No.3 Paling Penting

Untuk Pasangan Baru Berkahwin, Ini Yang Anda PATUT Tahu! No.3 Paling Penting

Tiada siapa yang akan cakap perkahwinan itu sesuatu yang mudah. Baik dari merancang untuk berkahwin, merancang perkahwinan, dan melayari bahtera perkahwinan, semuanya mempunyai proses yang rumit dan kesabaran yang tinggi.

Tiada siapa yang akan cakap perkahwinan itu sesuatu yang mudah. Baik dari merancang untuk berkahwin, merancang perkahwinan, dan melayari bahtera perkahwinan, semuanya mempunyai proses yang rumit dan kesabaran yang tinggi. Untuk pasangan baru kahwin, anak wajib tahu tips perkahwinan bahagia!

Apa yang membuatkan anda dapat menghadapi alam perkahwinan dengan baik adalah apabila kedua-dua pasangan bertolak ansur dan pandai mengatasi masalah dengan kawalan emosi terbaik. 

Ya, kadang-kadang pasangan selalu lupa perkara di atas akibat emosi yang tidak stabil kerana terlalu marah. Tarik nafas, dan hadam dengan beberapa perkara yang anda perlu fahami seperti di bawah. Pasangan yang baru berkahwin terutama sekali perlu tahu perkara berikut!

Tips perkahwinan bahagia

tips perkahwinan

#1. Jadikan rumah anda satu tempat tinggal yang selesa

Ya, faham kadang-kadang pasangan yang baru berkahwin ini keadaan kewangannya tidaklah begitu selesa. Namun jika anda punyai duit lebih, eloklah mempunyai rumah sendiri, tak kira kecil atau besar. 

Elakkan tinggal bersama mertua atau bersama ibu bapa anda di rumah mereka. Kalau sementara tidak mengapalah. Namun jika dah sampai bertahun-tahun tu tidaklah berapa elok. Percayalah pada satu tahun pertama perkahwinan itu sangatlah penting untuk anda mengenali pasangan masing-masing. 

Waktu itulah pelbagai perangai yang anda tidak pernah ketahui selama ini anda akan tahu. Dan bila baru tahu mulalah tarik muka sana sini. Jadi bila duduk di rumah mertua kan tak manis bermasam muka? Jadi penting anda punyai ‘nest’ anda sendiri. Yang selesa, dan anda berdua boleh kongsi suka duka. 

#2. Meraikan perkara kecil yang dilakukan berdua

Meraikan semua perkara yang dilakukan bersama adalah salah satu rahsia dalam membuatkan perkahwinan kita kekal bahagia.

Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi di UCLA, perkara sekecil apapun yang terjadi, ia seharusnya dilakukan berdua.

Seperti meraikan kejayaan dalam karier; ia sememangnya satu kebahagiaan kecil yang terjadi dalam hidup kita.

Jangan diabai atau diremeh-temehkan. Inilah maksud sebenar dari kalimat berkongsi di saat suka dan duka!

Jangan hanya berkongsi hal sedih, tapi kita juga berkongsi kebahagiaan dengan meraikannya bersama. Baru meriah dan gembira rumah tangga!

#3. Percintaan yang penuh ghairah

tips perkahwinan

Menurut sebuah kajian terbaru, pasangan yang jarang melakukan hubungan seksual lebih cenderung untuk kurang bahagia.

Meskipun seks bukanlah satu-satunya hal penting dalam perkahwinan, tapi keintiman secara fizikal turut memainkan peranan penting dalam membuatkan satu-satu perkahwinan itu lebih bahagia!

Mereka yang memiliki kesukaran untuk mengendalikan emosi, sering merasa gelisah, atau mengalami emosi negatif seringkali kelihatan lebih tenang dan gembira jika dia mengalami seks rutin dengan pasangannya.

Jadi, jangan “berpuasa” terlalu lama dari hubungan intim dengan pasangan, ya Parents.

#4. Saling menghargai satu sama lain

Ini antara tips perkahwinan paling penting, meskipun ramai orang yang berasa bersyukur atau berterima kasih pada pasangannya, namun mereka masih jarang mengungkapnya dengan kata-kata.

Menurut sebuah kajian, mereka yang merasa dihargai oleh pasangannya atas segala usahanya di dalam rumah tangga akan berasa lebih puas dalam hubungannya. Malah, mereka juga jarang untuk memendam kebencian.

Suami isteri yang boleh menghargai satu sama lain – secara senyap mahupun lisan – akan memiliki peluang lebih besar untuk mencapai perkahwinan yang bahagia berbanding mereka yang tidak mahu menghargai pasangannya.

Ungkapan pujian pada pasangan akan menciptakan suasana yang lebih baik dalam rumah tangga.

Jadi, jangan ragu untuk mengucapkan terima kasih ataupun memberikan kata-kata pujian pada pasangan anda.

#5. Berkompromi

tips perkahwinan

Tip perkahwinan bahagia yang seterusnya adalah anda perlu menjadikan sifat suka mengalah dan bertolak-ansur dengan pasangan sebagai satu habit.

Sentiasa cuba untuk memahami dan berlapang dada adalah salah satu rahsia yang boleh membuatkan rumah tangga anda bahagia.

Pasangan yang menerima kelebihan dan kekurangan satu sama lain juga akan kurang bertengkar ketika berbeza pendapat. Mereka terbukti lebih bahagia!

#6. Meletakkan standard yang tinggi

Selama ini, ramai pakar telah menyarankan suami isteri agar tidak meletakkan harapan tinggi pada pasangan.

Namun, kajian terbaru yang mengkaji rahsia perkahwinan bahagia pula menunjukkan perkara yang sebaliknya.

Pasangan yang memiliki harapan dan standard tinggi juga cenderung untuk menerapkan kualiti yang baik dalam rumah tangganya.

Contohnya, kajian menyatakan pasangan yang memiliki harapan tinggi terhadap romantisme dalam rumah tangga akan diperlakukan dengan lebih baik dan menjadi lebih bahagia.

Ini kerana perilaku mereka sendiri akan meniru harapan yang mereka inginkan. Ia kemudiannya akan menjadi hubungan yang diharapkan oleh kedua belah pihak. Menarik bukan?

#7. Menghargai setiap kenangan indah yang dilakukan bersama pasangan

Lagi satu tips perkahwinan bahagia adalah selalu mengingati kenangan indah anda berdua.

Jika anda mengingati dan meraikan setiap kenangan indah yang dilakukan bersama, seperti kenangan bulan madu, maka mood anda cenderung untuk menjadi lebih bahagia.

Ia telah terbukti secara ilmiah bahawa pasangan yang meraikan setiap momen indah akan dapat meningkatkan tahap keintiman, komitmen, kepercayaan dan kepuasan dalam perkahwinan.

Seronok juga ya bila membaca hal-hal seperti menambah baik hubungan dalam rumah tangga bersama pasangan kita? Mari kita praktikkan bersama di rumah.

Hargai dan jangan ambil mudah tentang kesetiaan serta kasih sayang yang telah dicurahkan oleh pasangan kita.

Bagaimana pula dengan anda? Apa yang anda lakukan di rumah supaya hubungan romantis antara suami isteri sentiasa mekar?

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner