TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

29 Jun, 2021
Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

Memiliki anak kembar adalah satu nikmat dan rezeki yang cukup besar, wanita ini berkongsi kisahnya mempunyai anak kembar seorang normal dan albino!

Ternyata perancangan Allah swt adalah yang sebaik-baiknya, seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang ibu berkongsi ceritanya memiliki anak kembar comel macam anak Jepun/Korea (albino) setelah 4 tahun menunggu. 

Tiada siapa menyangka, setelah lebih 4 tahun menunggu untuk menimang zuriat sendiri, akhirnya Allah swt makbulkan juga hasrat seorang wanita ini untuk bergelar ibu. Lebih-lebih lagi yang dikandung itu bukannya satu, malah anak kembar! Begitu besarnya nikmat Allah kepada hambanya yang sabar. 

Memang pada awalnya tak diketahui kandungan itu kembar, kemudian selepas 3 bulan membuat scan kandungan, doktor terkejut kerana nampak ada lagi satu kantung tetapi degupan jantung belum ada. Doktor beritahu kemungkinan besar akan dapat kembar cuma kena lihat lagi sekali sama ada bayi dalam kantung kedua ini boleh membesar atau tidak.

Setelah buat pemeriksaan kehamilan seterusnya, barulah doktor sahkan bayi yang berada di kantung kedua itu sihat.

Merasa kelahiran anak kembar normal dan czer serentak

anak kembar

Foto: Azlinee

Menurut ibunya yang bernama Azlinee, proses kelahiran anak kembar ini sangat unik kerana seorang dilahirkan normal, seorang lagi dilahirkan secara pembedahan czer. “Sepatutnya, doktor dah beri tarikh untuk melahirkan secara czer tetapi ketika kandungan 37 minggu 4 hari, dah ada tanda nak bersalin,” jelas ibunya. 

“Apabila sampai di hospital terus ke bilik bersalin dan dapat merasa pengalaman bersalin normal. Waktu dilahirkan saya nampak bayi pertama keluar itu masih lagi dalam kantung dan pelik sebab rambut dan keningnya putih.

Tetapi disebabkan masih lemah, saya tak sempat nak fikir kerana ada seorang lagi perlu dikeluarkan. Namun rezeki untuk kelahiran normal bayi kedua tak dapat kerana dah habis tenaga serta doktor risau bayi lemas,” cerita Azlinee.

anak kembar

Foto: Azlinee

Memang kelahiran kembar boleh jadi satu proses yang cukup rumit, seperti kes Azlinee ini, setelah melahirkan kembar yang pertama, dia sudah kehabisan tenaga untuk meneran. 

“Jadi terpaksalah dilakukan pembedahan dan alhamdulillah bayi kedua selamat lahir dengan berat 3.1 kilogram manakala bayi pertama seberat 2.1 kilogram,” jelasnya lagi. 

Namun apa yang lebih menarik, selepas selamat melahirkan kedua-dua bayinya, doktor sempat menjelaskan pada kedua-ibu bapa kembar ini bahawa salah seorang daripada anak kembar mereka agak unik dan istimewa kerana dia dalam kategori albino, namun tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana keduanya sihat sempurna. 

“Doktor beritahu tak perlu nak risaukan apa-apa cuma hanya buat follow up sahaja bagi memastikan semuanya ok. Alhamdulillah sekarang kedua-duanya dah usia 6 tahun dan mereka berdua membesar dengan sihat,” jelas ibu kembar ini.

Ramai tak percaya Sollehin & Asyraf adalah kembar

anak kembar

Foto: Azlinee

“Apa yang melucukan, pergi mana-mana orang tak akan percaya pun mereka adalah pasangan kembar. Sebab tak sama seperti anak kembar yang lain. Malah minat mereka dan makanan kegemaran pun sangat berbeza.

Contohnya bila bab makan, Sollehin (berambut putih) lebih suka makan ulam-ulaman, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan. Manakala adiknya, Asyraf (kulit sawo matang) lebih memilih makan dan lebih suka makanan ala western dan buah-buahan import seperti epal, pear atau oren.

Begitu juga kalau kartun kegemaran, Sollehin lebih gemar kepada cerita kartun seperti Omar Hana atau Upin Ipin tetapi Asyraf lebih kepada cerita Ultraman atau Spiderman. Jadi bila nak tengok TV mesti akan berebut,” kata Azlinee. 

Bagi Azlinee, sebagai ibu, apa yang paling penting adalah melihat mereka membesar dengan sihat. Tidak kiralah perbezaan dalam rupa, minat dan tingkah laku, itu semuanya keistimewaan dan keunikan masing-masing.

Syukur Alhamdulillah kerana mereka berdua susah nak jatuh sakit sepanjang tempoh membesar ini. 

Keakraban kembar ini juga cukup istimewa. Kata ibunya mereka tak boleh berpisah lama-lama. Pasti akan terus bertanya. Tak kiralah yang tiada itu sama ada Sollehin atau Asyraf. 

Bagi anda yang masih mencuba, percayalah rezeki Allah itu ada. Cepat atau lambat sahaja. Atau kalau tiada, Allah akan berikan sesuatu yang lebih besar nikmatnya. 

Janji anda sentiasa ada usaha dan seterusnya redha. Serahkan segalanya kepad Dia. 

Sumber: Nor Azlinee

Baca juga: Kembar Seiras Ini Tertukar Sejak 20 Tahun, Hanya Disedari Rakan Kerana Tarikh Lahir Yang Sama

Stories Rakan Kongsi
Ini Sebabnya Ada Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak-Anak dan Mereka Harus Ubah Fikiran
Ini Sebabnya Ada Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak-Anak dan Mereka Harus Ubah Fikiran
Experience Is The Best Teacher, Just Ask A Freestyler
Experience Is The Best Teacher, Just Ask A Freestyler
It’s Crucial Now To Keep Your House Virus Free! Here Are 5 Sanitation Solutions For You
It’s Crucial Now To Keep Your House Virus Free! Here Are 5 Sanitation Solutions For You
Build Your Child's Immunity To Fight Infections
Build Your Child's Immunity To Fight Infections

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham