X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ibu Ada 2 Anak Lelaki Mahu Cuba Dapatkan Anak Perempuan, Tak Sangka Terima Kejutan Mengandung Kembar 5!

5 Nov, 2021
Ibu Ada 2 Anak Lelaki Mahu Cuba Dapatkan Anak Perempuan, Tak Sangka Terima Kejutan Mengandung Kembar 5!Ibu Ada 2 Anak Lelaki Mahu Cuba Dapatkan Anak Perempuan, Tak Sangka Terima Kejutan Mengandung Kembar 5!

Memang amat seronok jika mengandung dan melahirkan kembar. Tetapi ada risikonya. Ikuti kisah kembar 5 ini yang kami kongsikan untuk anda!

Rezeki manusia memang tiada siapa yang dapat menyangka. Seperti kisah ibu kepada dua anak lelaki, dia berniat untuk cuba dapatkan anak perempuan, namun rezeki berganda apabila dia disahkan mengandung kembar 5 iaitu 4 perempuan dan seorang lelaki!

Ibu ini yang sudah mempunyai dua anak lelaki berusia lapan dan tiga tahun mengakui mahu mencuba untuk mendapat anak perempuan lagi dan bersedia untuk mengandung, namun kembar 5 terus dia dapat.

Beliau mengakui huru-hara juga jadinya mahu menguruskan kembar 5 itu!

Ibu ada dua anak lelaki mahu cuba dapat anak perempuan pula, terima kejutan mengandung kembar 5!

kembar 5

Memang langsung tidak menyangka akan mendapat kembar 5! Itu reaksi ibu ini apabila ujian ultrasoundnya menunjukkan yang dia mengandung kembar lima. 

Memandangkan wanita berkenaan, Megan menghidap sindrom ovari polikistik dan pernah menjalani rawatan kesuburan pada masa lalu, dia terkejut dengan berita itu.

Ketika kehamilan itu berlangsung, memang doktor bimbang tidak semua bayinya akan selamat, atau survive tetapi ternyata kehamilannya berjalan lancar dan anak-anaknya berjaya dilahirkan dalam keadaan sihat dan kini sudah pun berusia setahun!

Huru-hara juga nak uruskan kembar 5

Katanya pengalaman itu sangat manis walaupun agak 'huru-hara' menguruskan mereka. Mujur dua anak lelaki yang ada sudah besar dan boleh bawa diri. 

Menurut laporan Daily Star, ia adalah satu pengalaman dan pencapaian baharu kerana mereka seperti memulakan semula dan belajar perkara baharu kerana tidak pernah mengendalikan bayi kembar sebelum ini.

Tetapi apa yang hebatnya anak-anak ini sudah belajar pegang botol sendiri pada usia mereka masih kecil dan mereka kelihatan sangat berdikari. Malah mereka juga jarang 'buat perangai' pada waktu malam seperti lazimnya bayi baru lahir yang lain. 

Risiko mengandung bayi kembar berbilang

kembar 5

Saiz rahim manusia bukan saja muat untuk menampung seorang bayi, bahkan juga dua orang bayi, tetapi semakin ramai, semakin sempit. Mengandung bayi kembar berbilang meningkatkan risiko komplikasi kelahiran, malah boleh membahayakan nyawa ibu serta anak-anak.

Antara risiko mengandung kembar berbilang adalah:

  • Keguguran awal atau lewat sewaktu hamil
  • Ibu mendapat diabetes gestasi
  • Kematian bayi/bayi-bayi dalam kandungan disebabkan diabetes gestasi
  • Hipertensi disebabkan kehamilan
  • Risiko kematian bayi dalam bulan pertama selepas kelahiran adalah lima kali ganda berbanding kelahiran biasa. Antara sebab kematian ialah bayi tidak cukup bulan, bayi bersaiz kecil, berat badan terlalu rendah dan kecacatan termasuk cerebral palsy terutamanya dalam kalangan bayi tidak cukup bulan.

Boleh jadi memudaratkan ibu jika tidak dipantau

kembar 5

Separuh daripada jumlah ibu yang mengandung anak kembar melahirkan sebelum masuk minggu ke-37. Berat badan bayi amat rendah sekaligus meningkatkan risiko menghidap penyakit serius atau kematian. Ada juga yang melahirkan sebelum minggu ke-35 yang mana bayi-bayi akan memerlukan penjagaan neonatal.

Keadaan ini boleh menyebabkan ibu berisiko:

  • Mendapat anemia atau haemoglobin rendah sewaktu mengandung. Hemoglobin merupakan alat pengangkutan untuk oksigen dalam badan. Oksigen yang rendah akan menjejaskan pertumbuhan bayi-bayi dalam rahim.
  • Ibu mengalami pendarahan sewaktu melahirkan atau sebelum melahirkan.
  • Ibu mengalami gangguan emosi. Proses IVF menyebabkan emosi terganggu. Jika berjaya hamil, tetapi bayi tidak cukup bulan dan meninggal, dikhuatiri ibu akan menghadapi kemurungan.
  • Pemulihan selepas melahirkan bayi kembar berbilang adalah lemah dan perlahan menyebabkan kemurungan selepas bersalin.
  • Melahirkan bayi kembar berbilang kemungkinan memerlukan intervensi sewaktu proses melahirkan bayi disebabkan komplikasi yang membahayakan nyawa ibu dan juga bayi-bayi.
  • Bersalin melalui pembedahan Caesarian adalah perkara biasa untuk ibu kepada anak-anak kembar, malah ramai yang sengaja memilih pembedahan Caesarean kerana enggan melalui sakit bersalin cara biasa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Daily star

Baca juga: Tak Percaya Hamil Kembar? Nah, Ini 9 Tanda Selalu Muncul Jika Dapat Kembar

Baca juga: Mahu mengandung anak kembar? 3 posisi seks ini dapat bantu anda dapat anak kembar!

Baca juga: Peluang Hamil Kembar Tinggi Dengan Petua Semula Jadi & 3 Posisi Seks Ini!

Stories Rakan Kongsi
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Adakah Anda Membuat Pelaburan Yang Tepat? 4 Bidang Pelaburan Yang Perlu Diketahui Sebagai Ibu Bapa
Adakah Anda Membuat Pelaburan Yang Tepat? 4 Bidang Pelaburan Yang Perlu Diketahui Sebagai Ibu Bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Ada 2 Anak Lelaki Mahu Cuba Dapatkan Anak Perempuan, Tak Sangka Terima Kejutan Mengandung Kembar 5!
Kongsikan:
  • (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

    (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

  • Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

    Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

  • Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

    Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

app info
get app banner
  • (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

    (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

  • Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

    Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

  • Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

    Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.