X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Katil Budak Terbaik: Nak Anak Belajar Tidur Di Bilik Sendiri? Ibu, Belikan Katil Dalam Senarai Ini!

Kalau ada katil yang cantik, pasti anak-anak akan mudah untuk tidur di bilik sendiri kan?

Ibu ayah, sudah tiba masanya anak-anak tidur di ruang sendiri. Tarik minatnya untuk lebih berdikari dengan menghias bilik anak dengan warna bilik kegemaran, hiasan dan katil budak terbaik yang memenuhi citarasa si anak.

Memberi anak sebuah bilik mereka sendiri boleh mengajar mereka erti tanggung jawab. Dengan cara ini, ia dapat memberi mereka ruang sendiri untuk mengurus, menjaga, mengemas dan membersihkan ruang mereka apabila diperlukan. 

Mengajar kemahiran seperti ini adalah idea yang baik dari usia muda kerana ia akan membantu mereka membina tabiat yang akan mereka laksanakan pada masa remaja mereka. Mempunyai bilik sendiri juga bermakna anak-anak dapat memperoleh ketenangan dan kehidupan peribadi sendiri, apatah lagi apabila meningkat remaja.

Isi Kandungan

  • Pemilihan Katil Budak Terbaik
  • 5 Katil Budak Terbaik
  • Pink Stripes Queen (Bunk Bed)
  • KURA- IKEA
  • MINNEN-IKEA
  • SMÅSTAD – IKEA
  • Perbandingan Harga
  • Cara Ajar Anak Tidur Di Katil Mereka

Memilih Katil Budak Yang Terbaik Untuk Anak

katil budak

Kredit gambar: Children’s Hospital Colorado

Katil budak merupakan salah satu faktor penting dalam pemisahan bilik tidur antara ibu bapa dan anak. Si anak pasti teruja jika mengetahui bilik tidurnya dilengkapi dengan katil sendiri yang cantik, tambahan lagi jika ia mempunyai tema yang menarik!

Pemilihan katil kanak-kanak perlulah bersesuaian dengan anak, jadi ambil kira beberapa perkara di bawah sebelum membuat pembelian:

  • Panjang katil Saiz kanak-kanak adalah berbeza-beza jadi pastikan saiz katil tersebut boleh menampung ketinggian dan berat anak. Ada katil yang boleh dilaras dan digunakan dari kecil sehingga remaja, dan sebahagianya pula tidak boleh dilaras.
  • Saiz bilik Semak ukuran bilik, ini termasuklah lebar dan ketinggian siling. 
  • Rekabentuk katil Contohnya jika anda memilih katil budak jenis berkembar (doubledecker), pastikan ruang tinggi bilik cukup untuk anak tanpa terkena pada kipas! 
  • Citarasa peribadi Sebelum memilih katil anak, pastikan ia bertepatan dengan citarasa si anak ya. Mungkin anak gemarkan tema kereta, jadi ibu ayah boleh membelikan katil berbentuk kereta supaya dia lebih bersemangat untuk tidur di bilik sendiri!

5 Katil Budak Dengan Tema Yang Menarik

Bagi membantu anda, kami sediakan senarai katil yang menarik dan sesuai untuk diletakkan di bilik anak lelaki atau perempuan. Setiap satunya ada keistimewaan tersendiri yang pasti menarik perhatian anda!

5 Katil Budak Terbaik
product image
Gretchen Bunk Bed
Katil Budak Terbaik Rupa Klasik
more info icon
View Details
Beli di sini
product image
Pink Stripes Queen (Bunk Bed) 
Katil Budak Terbaik Khas Buat Kanak-kanak Perempuan
more info icon
View Details
Beli di sini
product image
KURA- IKEA
Katil Budak Terbaik Boleh Diterbalikkan Menjadi Katil Berbeza
more info icon
View Details
Beli di sini
product image
MINNEN-IKEA
Katil Budak Terbaik Boleh Laras
more info icon
View Details
Beli di sini
product image
SMÅSTAD - IKEA
Katil Budak Terbaik Dilengkapi Meja Belajar
more info icon
View Details
Beli di sini

Gretchen Bunk Bed

Katil Budak Terbaik Rupa Klasik

katil kanak-kanak

sumber: grabit

Katil rupa klasik ini kelihatan kemas dan sesuai untuk  yang mempunyai lebih dari seorang anak. Tingkat atas khas untuk tilam super single manakala tilam atas single, namun produk ini juga ada pilihan untuk menempatkan dua tilam super single.

Ada 4 warna yang menarik, hitam, putih, dan 2 jenis warna coklat!

Info produk:

  • Lebar (cm) 99.1 (3 kaki) 114.3 (3.5 kaki)
  • Kedalaman (cm) 203.2
  • Tinggi (cm) 167.6
  • Bahan Bingkai Kayu Pepejal
  • Harga: MYR1,820.00

Gretchen Bunk Bed

dari Gretchen

product imageBeli di sini

Pink Stripes Queen (Bunk Bed)

Katil Budak Terbaik Khas Buat Kanak-kanak Perempuan

katil kanak-kanak

sumber: grabit

Khas buat si puteri, katil kanak-kanak berwarna pink ini sangat sesuai buat anak perempuan yang sukakan katil dengan banyak ruang untuk meletakkan barang kegemaran.

Sisi katil disediakan tangga berpalang yang selamat untuk dinaiki, malah bawah katil boleh diletakkan satu lagi tilam tambahan untuk rakan yang berkunjung ke rumah!

Info produk:

  • Lebar (cm) 122 (Bingkai Tempat Tidur)
  • Kedalaman (cm) 234.7 (Rangka katil)
  • Tinggi (cm) 175.3 (Bingkai katil)
  • Bahan Bingkai Kayu Melamin Pepejal dengan High Gloss
  • Harga MYR2,303.00

Pink Stripes Queen (Bunk Bed) 

dari Pink Stripes

product imageBeli di sini

KURA- IKEA

Katil Budak Terbaik Boleh Diterbalikkan Menjadi Katil Berbeza

Katil Budak Terbaik: Nak Anak Belajar Tidur Di Bilik Sendiri? Ibu, Belikan Katil Dalam Senarai Ini!

Katil kanak-kanak keluaran Ikea ini sangat menarik kerana ia boleh diterbalikkan menjadi katil yang berbeza mengikut citarasa masing-masing.

Anak boleh memilih sama ada inginkan katil yang berbumbung atau tidur di bahagian atas dan jadikan ruang bawah sebagai tempat beristirehat atau banyak lagi kemungkinan!

Info produk:

  • Katil yang boleh diterbalikkan
  • Warna: Putih / pain
  • Saiz: 90×200 sm
  • Harga: RM649

KURA- IKEA

dari IKEA

product imageBeli di sini

MINNEN-IKEA

Katil Budak Terbaik Boleh Laras

katil anak perempuan

Katil rekaan ini sesuai untuk anak perempuan yang sukakan kecantikan! Dengan warna putih yang boleh disesuaikan dengan mana-mana warna alas, ini pasti menjadi pilihan yang baik yang boleh diguna dari anak kecil sehingga remaja.

Ini kerana katil ini boleh dilaras dari 135cm sehingga 206cm!

Info produk:

  • Rangka katil boleh laras dengan dasar katil bersalut
  • Warna: Putih
  • Saiz: 80×200 cm
  • Harga: RM459

MINNEN-IKEA

dari IKEA

product imageBeli di sini

SMÅSTAD – IKEA

Katil Budak Terbaik Dilengkapi Meja Belajar

Katil Budak Terbaik: Nak Anak Belajar Tidur Di Bilik Sendiri? Ibu, Belikan Katil Dalam Senarai Ini!

Pilihan yang seterusnya ini sangat menarik kerana ia bukan sekadar katil aras atas biasa, tetapi dilengkapi dengan meja belajar di bahagian bawah katil. Sememangnya satu pelaburan yang sangat berbaloi!

Setiap bahagian tambahan juga dilengkapi dengan ruang simpanan yang banyak jadi ibu ayah tidak perlu membeli banyak almari untuk penyimpanan barang lain.

Info produk:

  • Tempat tidur loteng
  • Beserta meja dengan 4 laci
  • Warna: Birch putih 
  • Saiz: 90×200 cm
  • Harga: RM2,259

SMÅSTAD - IKEA

product imageBeli di sini

Perbandingan Harga

Jenama Harga (RM)

Gretchen Bunk Bed

1820.00

Pink Stripes Queen (Bunk Bed) 

2303.00

KURA- IKEA

649.00

MINNEN-IKEA

459.00

SMÅSTAD – IKEA

2259.00

Cara Mengajar Anak Untuk Tidur Di Katil Kanak-kanak Mereka Sendiri

katil budak

Kredit gambar: Honeykids Asia

Perasaan gemuruh, rasa tidak selamat, gangguan; ini adalah antara sebab yang membuatkan si comel anda berjalan terus ke katil anda pada waktu malam. Nasib baik yang anda boleh pecahkan habit waktu tidur ini. Berikut adalah antara tips untuk menggalakkan anak anda untuk tidur di bilik dan katil mereka sendiri.

1. Basmi semua jenis gangguan di sekitar katil kanak-kanak

Alih keluar semua televisyen, komputer dan peranti elektronik dari bilik anak anda untuk mencipta satu persekitaran yang kondusif untuk mereka tidur.

Stimulasi yang dikaitkan dengan menonton tv atau bermain permainan video dan cahaya daripada komputer dan skrin TV kedua-duanya membuatkan lebih sukar untuk tidur.

Lampu tidur yang malap boleh digunakan pakai untuk kanak-kanak yang memerlukan sedikit cahaya ketika tidur.

2. Wujudkan satu rutin sebelum tidur

Mandi air panas suam, pakai baju tidur, berus gigi dan baca buku cerita sebelum tidur; memulakan satu habit biasa akan membantu kanak-kanak merasakan lebih selamat ketika mereka ingin tidur.

Ini telah diramalkan yang mana menyiapkan kanak-kanak secara psikologikal dan mengurangkan rasa gemuruh ketika waktu malam. Ia dapat merendahkan tahap tekanan dan mencipta satu siri langkah yang dijangkakan dan diketahui oleh kanak-kanak akan membawa kepada waktu tidur.

3. Beri sokongan apabila diperlukan

Ia merupakan salah satu masalah biasa ketika tidur yang ibu bapa kongsikan: seorang kanak-kanak yang terlena, asalkan ibu atau ayah mereka memeluknya. Tetapi jika anda cuba untuk beredar dari bilik mereka sebelum mereka masuk tidur, kekacauan akan melanda.

Boleh kata seantero proses untuk tidur direset semula. Ada caranya untuk atasinya adalah dengan memulakan dengan tidur di dalam bilik anak anda selama beberapa hari, tetapi buatkan keberadaan anda seboring yang mungkin. Jangan berinteraksi dengan anak anda ketika mereka sepatutnya tidur.

Untuk beberapa hari terawal, dengan mudah kembalikan anak anda ke katil mereka setiap kali mereka terjaga. Jarak dekat anda membuatkan mereka memasuki habit tidur sepanjang malam di katil mereka.

4. Kurangkan keberadaan anda dekat dengan katil budak

Sekali anda telah menyelesakan anak anda, anda perlu mengurangkan keberadaan anda. Henti tidur di bilik mereka, dan tukar kepada duduk di atas kerusi berada dekat dengan pintu bilik anak anda untuk beberapa hari sebaliknya, sewaktu tidur dan bila-bila masa waktu mereka terjaga pada waktu malam.

Kemudian, keluar dari bilik mereka sepenuhnya. Pada hari ke-10, pasti anda akan melihat perubahannya.

5. Wujudkan rasa selamat

Ketidakhadiran anda atau pemikiran akan seekor raksasa berjalan di bawah katil boleh membuatkan anak anda berjaga sepanjang malam. Permudahkan perubahan dari tidur ke bangun dan tenangkan rasa takut mereka dengan memberikan objek yang menyelesakan seperti patung haiwan, selimut, atau malah juga sebalang akuarium dengan ikan emas.

Berikan mereka satu perasaan tidak takut dengan adanya objek atau haiwan peliharaan yang membuatkan mereka tidak lagi rasa takut untuk tidur pada waktu malam di biliknya.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu Jangan Main Hias, Ini Cara Deko Bilik Tidur Simple & Cantik Untuk Anak Perempuan!

Baca juga: Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!

Baca juga: 6 Cara Untuk Pastikan Bilik Tidur Anak Anda Selamat Lagi Sihat

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Izzati Saadin

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Seluar Dalam Pilihan Terbaik Untuk Selepas Bersalin, Sesuai Juga Untuk Dipakai Selepas Pembedahan Czer!

    Seluar Dalam Pilihan Terbaik Untuk Selepas Bersalin, Sesuai Juga Untuk Dipakai Selepas Pembedahan Czer!

  • Ruam Lampin Semestinya Tidak Selesa! Ini Senarai Nappy Cream Terbaik Yang Ibu Boleh Cuba Pada Anak

    Ruam Lampin Semestinya Tidak Selesa! Ini Senarai Nappy Cream Terbaik Yang Ibu Boleh Cuba Pada Anak

  • Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

    Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

  • Seluar Dalam Pilihan Terbaik Untuk Selepas Bersalin, Sesuai Juga Untuk Dipakai Selepas Pembedahan Czer!

    Seluar Dalam Pilihan Terbaik Untuk Selepas Bersalin, Sesuai Juga Untuk Dipakai Selepas Pembedahan Czer!

  • Ruam Lampin Semestinya Tidak Selesa! Ini Senarai Nappy Cream Terbaik Yang Ibu Boleh Cuba Pada Anak

    Ruam Lampin Semestinya Tidak Selesa! Ini Senarai Nappy Cream Terbaik Yang Ibu Boleh Cuba Pada Anak

  • Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

    Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.