X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tidak Perlu Janji Temu, Ini Cara Lengkap Daftar Kelahiran Anak Di JPN & Secara Online

18 Feb, 2022
Tidak Perlu Janji Temu, Ini Cara Lengkap Daftar Kelahiran Anak Di JPN & Secara Online

Daftar kelahiran anak adalah perkara penting ibu ayah perlu lakukan dalam tempoh 60 hari. Kini anda boleh daftar secara online sahaja!

Perkhidmatan Tanpa Janji Temu Di Pejabat JPN bagi pejabat JPN di negeri yang telah berada pada fasa 3 & 4 PPN membenarkan kehadiran pelanggan untuk daftar kelahiran atau sebarang urusan lain secara walk in. Ia berdasarkan kapasiti dan keupayaan pejabat dari aspek pemantuhan penjarakan fizikal.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Siapa yang dibolehkan daftar kelahiran bayi
  • Cara daftar kelahiran anak secara atas talian
  • Senarai dokumen yang perlu dibawa bersama ke JPN
  • Info penting mengenai daftar kelahiran anak 

Bagi urusan Pendaftaran Kelahiran & Kematian pelanggan boleh hadir tanpa janji temu di Pejabat JPN yang berhampiran. Mengikut undang-undang di Malaysia, setiap bayi tersebut mestilah didaftarkan dengan JPN dalam tempoh 60 hari daripada tempoh kelahiran.

Siapa yang dibolehkan daftar kelahiran bayi

daftar kelahiran bayi 2022

Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-

  • Bapa kanak-kanak 
  • Ibu kanak-kanak 
  • Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan 
  • Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu
  • Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak

Cara daftar kelahiran anak secara atas talian

Terkini, Jabatan Pendaftaran Negara JPN telah pun melancarkan sistem portal perkhidmatan online / atas talian. Portal tersebut adalah sistem permohonan pendaftaran kelahiran Dalam Talian dan juga sistem online permohonan cabutan / salinan sijil kelahiran yang diperakui dalam talian.

Ia bagi memudahkan anda semua membuat pelbagai urusan dengan pihak JPN secara online tanpa perlu besesak-sesak di pejabat cawangan terlalu lama.

Anda daftar dan buat permohonan, selepas itu boleh terus pejabat cawangan untuk datang ambil sijil lahir yang dikehendaki sahaja.

cara daftar kelahiran

  1. Layari laman web JPN di alamat www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran
  2. Klik pada pautan “Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian”
  3. Pengguna akan dibawa ke halaman osdftrlhr.jpn.gov.my/indexi.php
  4. Pengguna perlu “Allow” atau membenarkan popup daripada tetapan pelayar internet anda
  5. Klik butang “Daftar Pengguna Baru”
  6. Lengkapkan pendaftaran
  7. Kemudian, kllik butang “Log Masuk”
  8. Setelah melengkapkan semua maklumat, notifikasi “Permohonan Anda Telah Berjaya”
  9. Klik butang “Cetak Slip Permohonan”
  10. Bawa slip permohonan tersebut ke pejabat JPN berdekatan dalam tempoh 60 hari

Senarai dokumen yang perlu dibawa bersama ke JPN

Bagi membolehkan seorang bayi itu didaftarkan dalam sistem pendaftaran negara, dokumen-dokumen berikut mestilah di bawa bersama sewaktu pendaftaran di pejabatt JPN terdekat:

  • Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
  • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
  • Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri  pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
  • Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
  • Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
  • Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung

Info penting mengenai daftar kelahiran anak

daftar surat beranak

  • Pengeluaran MyKid ditangguhkan sehingga bulan Mac 2022 bagi memberikan laluan untuk proses penambahbaikan sistem pengeluaran MyKid.
  • Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.
  • Para Pelanggan yang dihormati, Untuk makluman dibawah Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sarawak, Cap.10 menetapkan : Bagi kelahiran dan kematian yang berlaku di Sarawak, hendaklah didaftarkan di daerah dimana kelahiran (dalam tempoh 42 hari dari tarikh kelahiran) dan kematian (dalam tempoh 7 hari dari tarikh kematian) berlaku. Oleh yang demikian, bagi tujuan pendaftaran kelahiran dan kematian tersebut, pelanggan hendaklah memilih pejabat JPN di daerah ianya berlaku.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kad Daftar Ibu-Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

Baca juga: 9 Jenis Sup Untuk Ibu Berpantang Mudah & Penuh Khasiat, Bantu Banyakkan Susu Ibu

Stories Rakan Kongsi
Early Nutrition Is Vital for Your Child’s Digestive System! Here’s How To Ensure Your Child Absorbs As Much As Possible
Early Nutrition Is Vital for Your Child’s Digestive System! Here’s How To Ensure Your Child Absorbs As Much As Possible
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?

Baca juga: ''Masa Buat Dengan Suami Ok Pulak''- Ramai Ibu Luah Kena Sound Nurse Ketika Layan Contraction

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tidak Perlu Janji Temu, Ini Cara Lengkap Daftar Kelahiran Anak Di JPN & Secara Online
Kongsikan:
  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.