3 resipi sup ketika berpantang yang mudah untuk dicuba

Jom cuba resipi sup dalam pantang yang bukan saja menyihatkan, malah katanya boleh meningkatkan pengeluaran susu badan ini! Mudah saja pun nak buat.
3 resipi sup dalam pantang yang anda patut cuba
Pernah dengar tak ayat "jika berpantang dengan baik, tiada masalah akan muncul selepas itu."? Ha... ada benarnya kata-kata itu. Jadi kami di theAsianparent Malaysia ingin berkongsi resipi sup dalam pantang yang bukan saja menyihatkan, malah dikatakan boleh meningkatkan produksi susu ibu!
Jom cuba 3 sup dalam pantang ini:
1. Sup Herba Kacang Hitam
Sup herba kacang hitam amat bagus dijadikan sebagai sup dalam pantang
Bahan yang diperlu:
- 600 g ayam hitam
- 50 g kacang hitam yang disangai
- 15g Wai San (Keladi Cina)
- 15g Kei Chee (Wolf-berry Cina)
- 15g Tong Sum (sejenis ginseng)
- 15g Pak Kay (Akar Astragalus)
- 10g Isi Longan Kering
- 6 kurma merah dibuang biji
- 600 ml air panas
Cara-cara memasak:
- Bersihkan semua herba, longan, kurma dan tapis.
- Potong dan bersihkan ayam
- Masukkan semua bahan dalam periuk 'double boiler'.
- Tambahkan air panas
- Tutup dan reneh selama 2 1/2 hingga 3 jam.
- Tambah garam jika mahu, kemudian hidangkan.
2. Sup Akar Teratai Dengan Kacang Merah
Sup akar teratai dengan kacang merah
Bahan yang diperlu:
- 1/2 akar teratai dengan 2 atau 3 bahagian
- 100g kacang merah
- 2 kurma madu
- 1 liter stok ayam
- garam dan lada sulah secukup rasa
Cara-cara memasak:
- Basuh dan rendam kacang merah semalaman. Tapis sebelum guna.
- Bersihkan akar teratai. Potong dan biar di tepi (rendamkan dalam air dengan sedikit cuka untuk elak ia berubah warna).
- Reneh stok ayam hingga mendidih; tambah kacang merah dan masak dengan suhu tinggi selama 15 minit.
- Turunkan suhu dan renehkan selama satu jam.
- Tambah akar teratai dan kurma madu. Teruskan reneh selama dua jam.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa sebelum hidang.
3. Sup Ekor Ikan Dengan Betik
Sup ekor ikan dengan betik
Bahan yang diperlu:
- 1 kg isi ikan
- 100g kacang mentah
- 1 betik separa masak (dipotong menegak)
- 1 keping kulit limau mandarin
- 2 hiris halia tua
- ½ sudu besar garam
- 1 sudu besar gula
- 1.5 liter air mendidih
Cara-cara memasak:
- Randam kacang semalaman. Tapis sebelum guna.
- Kupas kulit betik dan potong separuh. Buang kulit dan potong memanjang.
- Panaskan minyak dan goreng hirisan halia. Kemudian goreng ikan hingga bertukar warna.
- Masukkan semua bahan di dalam periuk masak perlahan dan reneh selama 2 ½ jam.
- Rasa dan tambah garam jika perlu.
Selamat mencuba ibu-ibu berpantang semua!
Sumber: theAsianParent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
25 Set Makanan Berpantang Yang Ibu Boleh Cuba di Rumah
Ibu-Ibu, Berpantang Moden Pun Ada Juga Makanan Yang Perlu Dielakkan, Semak Senarai Ini!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!
Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!