X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Menu Pantang Yang Sedap Ikut Resepi Bonda Rozita, Bantu Buang Angin & Kuruskan Badan!

4 min bacaan
5 Menu Pantang Yang Sedap Ikut Resepi Bonda Rozita, Bantu Buang Angin & Kuruskan Badan!

Sebenarnya tidak susah bagi para ibu melahirkan bayi untuk menikmati makanan orang berpantang yang sedap. Jom cuba resepi mudah dari Bonda Rozita ini!

Bagi ibu yang melahirkan bayi, menjadi satu kemestian untuk anda melalui tempoh berpantang dengan baik supaya tubuh segera sihat. Justeru, Bonda Rozita Ibrahim sering berkongsi resepi makanan orang berpantang yang penuh khasiat dan dikatakan mampu menguruskan badan selepas bersalin.

Selain aktiviti pantang seperti bertangas, bengkung, berurut dan memakai stoking, amalan pemakanan adalah yang paling dititikberatkan. Ini kerana untuk memastikan tubuh ibu sentiasa bertenaga dan tidak tertekan melalui tempoh antara 44 hingga 100 hari.

Resepi makanan orang berpantang yang sedap 

Tidak dinafikan kebanyakan ibu berpantang rasa takut untuk makan ayam. Namun tahukah anda bahawa sumber protein sangat diperlukan bagi proses penyembuhan luka dengan cepat.

Dari segi perubatan dan kajian saintifik, sebenarnya tiada sebarang kemudaratan bagi ibu bersalin untuk mengambil ikan, ayam, daging, kekacang atau telur ayam. Sekiranya anda mengalami alahan terhadap sesuatu makanan, barulah perlu elak dari mengambilnya.

Menu yang sama ketika berpantang boleh membuatkan ibu rasa bosan dan tidak berselera. Apa kata anda cuba resepi makanan orang berpantang dari Bonda Rozita ini. Ia mudah disediakan, malah para suami pun boleh buat!

#1. Ayam kampung masak lada hitam

resepi berpantang

Bahan-bahan

  • Air
  • Serai
  • Halia 
  • Lada hitam
  • Bawang putih
  • Bawang Holland 
  • Daun kari
  • Asam jawa
  • Ayam kampung (direbus)
  • Garam
  • Pati ayam
  • Kunyit hidup

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk serai, halia, lada hitam, bawang putih. Kemudian hiris bawang holland.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan ke dalam periuk. Tambahkan daun kari.
  3. Masukkan ayam kampung yang sudah direbus. Seterusnya, sedikit air asam jawa dan air rebusan ayam sehingga ia separuh tenggelam.
  4. Masukkan kunyit hidup yang dihiris nipis.
  5. Dalam mangkuk kecil, campurkan garam dan serbuk pati ayam. Kemudian masukkan dalam periuk ayam tadi. Biarkan ia mendidih dan siap!

Nota: 

*Daun kari bagus untuk kalsium dan luka

*Bahan-bahan yang digunakan dapat melancarkan proses pencernaan dan memperbanyakkan susu badan.

#2. Ikan gelama masak serai

menu pantang

Bahan-bahan

  • Beberapa ekor ikan gelama
  • Daun pisang
  • Sedikit hirisan serai
  • Jintan kasar
  • Jintan manis
  • Lada putih
  • Bawang putih 1 labu
  • Bawang merah
  • Asam jawa
  • Pati ayam

Cara penyediaan

  1. Susunkan beberapa helai daun pisang yang sudah dibersihkan ke dalam kuali. Letakkan ikan dan hirisan serai.
  2. Tumbuk jintan dan lada putih. Masukkan hirisan serai dan bawang. Kemudian masukkan semua bahan tumbuk ke atas ikan.
  3. Tuang air asam jawa. Letakkan garam dan pati ayam. Seterusnya tutup ikan dengan lapisan daun pisang. 
  4. Panaskan kuali dan masak hingga menggelegak. Biarkan ia kering dan siap!

Nota:

*Menu ini membantu melancarkan darah dan memulihkan kembali urat-urat saraf yang kembang.

#3. Masak rendang berpantang

resepi pantang bonda rozita

Bahan-bahan

  • Ayam kampung direbus
  • Buah keras
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Serai
  • Lada hitam
  • Kunyit
  • Ketumbar putih
  • Garam dan pati ayam
  • Air asam jawa

Cara penyediaan

  1. Kisarkan kesemua bahan. Masukkan ke dalam rebusan ayam. Masak menggunakan api sederhana sehingga ia kering.
  2. Sedia untuk dimakan!

#4. Ikan bawal putih 

resepi pantang sedap

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lada hitam
  • Air asam jawa
  • Ikan bawal putih 
  • Serai yang diketuk

Cara penyediaan

  1. Tumbuk bawang putih, merah dan lada hitam. Masukkan ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan bawal putih. Masak dengan api perlahan supaya isi tidak lembik.
  3. Masukkan serai. Apabila sudah separuh masak, letakkan bawang putih.
  4. Kemudian tambah garam dan pati ayam. Siap!

Nota: 

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

*Air asam jawa tinggi dengan vitamin C, sangat bagus untuk pencernaan dan membaiki luka bersalin.

*Bawang putih boleh membuang angin dan mengurangkan rasa stres.

#5. Sambal diet dalam pantang

tips pantang bonda rozita

Bahan-bahan

  • Bawang holland
  • Bawang putih (lebih banyak lebih sedap)
  • Lada hitam
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam

Cara penyediaan

#1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa sehingga lumat

#2. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang berisi air asam jawa.

Nota:

*Bawang besar dapat menyedapkan rasa susu ibu

Sumber: Bonda Rozita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resipi Sayur Sawi Masak Rebus, Sesuai Untuk Bekalkan Vitamin Ibu Berpantang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • 5 Menu Pantang Yang Sedap Ikut Resepi Bonda Rozita, Bantu Buang Angin & Kuruskan Badan!
Kongsikan:
  • 25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

    25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

  • 9 Jenis Sup Untuk Ibu Berpantang Mudah & Penuh Khasiat, Bantu Banyakkan Susu Ibu

    9 Jenis Sup Untuk Ibu Berpantang Mudah & Penuh Khasiat, Bantu Banyakkan Susu Ibu

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

    25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

  • 9 Jenis Sup Untuk Ibu Berpantang Mudah & Penuh Khasiat, Bantu Banyakkan Susu Ibu

    9 Jenis Sup Untuk Ibu Berpantang Mudah & Penuh Khasiat, Bantu Banyakkan Susu Ibu

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.