X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Doa Untuk Anak Perempuan & Lelaki – Agar Menjadi Anak Soleh/Solehah

5 min bacaan
Doa Untuk Anak Perempuan & Lelaki – Agar Menjadi Anak Soleh/Solehah

Doa anak soleh yang kami kongsikan ini elok diamalkan ibu ayah mendoakan supaya anak menjadi soleh dan solehah.

Anak-anak adalah amanah daripada Allah SWT kepada ibu bapa, dan mereka akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak mengenai amanah tersebut. Sudah pasti ibu ayah mendoakan memiliki anak yang soleh dan solehah. Kami kongsikan doa anak soleh untuk diamalkan.  

▲▼Isi Kandungan

  • Himpunan Doa Untuk Anak Perempuan & Doa Untuk Anak Agar Menjadi Soleh/Solehah
  • Doa Untuk Bayi Perempuan Yang Baru Dilahirkan
  • Doa Untuk Anak Agar Menjadi Soleh/Solehah
  • Cara Mendidik Anak Agar Menjadi Anak Soleh Dan Solehah

Himpunan Doa Untuk Anak Perempuan & Doa Untuk Anak Agar Menjadi Soleh/Solehah

Doa Untuk Bayi Perempuan Yang Baru Dilahirkan

  • Doa 1:

اللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam”.

  • Doa 2:

أُعِيْذُهَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَآمَّةٍ

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”

doa anak soleh

Doa Untuk Anak Agar Menjadi Soleh/Solehah

  • Doa 1:

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Rumi: Allhumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

  • Doa 2:

اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

Rumi: Allahumma alhimhuttakwil wa a’llimhulhikmah

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).

  • Doa 3:

اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

Rumi: Allahumma barik fihi wanshur minhu

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.

  • Doa 4:

أَللَّهُمَّ اجْعَلْ أَوْلَادِيْ وَذُرِّيَّاتِي مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ وَأَهْلِ الْخَيْرِ وَلَا تَجْعَلْنِي وَإِيَّاهُمْ مِنْ أَهْلِ السُّوْءِ وَأَهْلِ الضَّيْرِ وَارْزُقْنِي وَإِيَّاهُمْ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَخُلْقًا حَسَنًا وَالتَّوْفِيقَ لِطَّاعَةِ وَفَهُم النَّبِيِّينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّالْعَالَمِين

Rumi:Allahummaj’al aulaadii wa dzurriyyatii min ahlil ‘ilmi wa ahlil khoiri walaa taj’alnii waiyyaahum min ahlissuu-I wa ahlidh dhoiri warzuqnii wa iyyaahum ‘ilman naafi’an wa rizqon waasi’an wa khuluqon hasanan wat taufiqo liththoo’ati wa fahman nabiyyiina wal hamdulillahi robbil ‘aalamin

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku dan anak cucuku di kalangan orang yang berilmu dan kebaikan dan janganlah Engkau jadikan kami ahli kejahatan dan ahli kerosakan. Berilah aku rezeki dan berilah mereka ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang luas, baik badan, hidayah. mematuhi dan memahami sebagaimana yang difahami oleh para nabi. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

  • Doa 5:

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

  • Doa 6:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Rumi: Rabbanā waj’alnā muslimaini laka wa min żurriyyatinā ummatam muslimatal laka wa arinā manāsikanā wa tub ‘alainā, innaka antat-tawwābur-raḥīm

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang-orang yang tunduk patuh kepada-Mu dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang-orang yang tunduk patuh kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”

  • Doa 7:

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ أَوْلَادَنَا أَوْلَادًا صَالِحِيْنَ حَافِظِيْنَ لِلْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ فُقَهَاءَ فِى الدِّيْنِ مُبَارَكًا حَيَاتُهُمْ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ

Rumi: Allahummaj ‘al awladana awladan sholihiin haafizhiina lil qur’ani wa sunnati fuqoha fiddin mubarokan hayatuhum fid dun-ya wal akhirah)

Stories Rakan Kongsi
Perkembangan Bayi Usia 2 Bulan, Dah Pandai Senyum & Terhibur Bila Diagah!
Perkembangan Bayi Usia 2 Bulan, Dah Pandai Senyum & Terhibur Bila Diagah!
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh, orang yang hafal al-Quran dan as-Sunnah, orang yang faham agama dan diberkati kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Cara Mendidik Anak Agar Menjadi Anak Soleh Dan Solehah

1.Ajarkan Anak Mengenali Allah

Pastikan anak-anak kita memahami dan mengenal Allah dengan baik. Ini merupakan asas penting dalam pendidikan agama mereka.

2.Kekalkan Kewajipan Ibadah

Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menunaikan ibadah wajib yang lain. Ibadah yang konsisten adalah kunci untuk membentuk peribadi yang baik.

3.Bekalkan Ilmu Agama

Sediakan anak-anak kita dengan ilmu agama yang mencukupi agar mereka dapat memahami dan mengamalkan ajaran Islam dengan betul.

4.Cipta Suasana Keislaman di Rumah

Hidupkan suasana keislaman dalam rumah kita dengan membaca Al-Quran secara rutin, melaksanakan solat sunat, membudayakan memberi salam, dan mempraktikkan adab-adab Islam.

5.Dekatkan dengan Tempat Ibadah

Ajak anak-anak kita untuk sering mengunjungi masjid, musholla, atau surau agar mereka membiasakan diri dengan suasana ibadah.

6.Semangat Jihad dan Perjuangan Islam

Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam dalam jiwa anak-anak kita supaya mereka mempunyai cita-cita yang luhur dan bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab agama.

7.Cintakan Ilmu

Galakkan anak-anak kita untuk mencintai ilmu dan aktif dalam majlis ilmu, agar mereka sentiasa berusaha untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan amalan.

8.Perhatikan Rakan Sebaya

Selidik dan pantau siapa rakan-rakan anak-anak kita, kerana pergaulan mereka boleh mempengaruhi perkembangan peribadi dan nilai-nilai mereka.

9.Doa kepada Allah

Sentiasa mohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah, serta memohon petunjuk dan perlindungan-Nya dalam mendidik anak-anak.

10.Berikan Nasihat dan Pesanan

Sentiasa memberi pesanan dan nasihat yang baik kepada anak-anak kita, supaya mereka dapat membina akhlak dan sikap yang positif dalam kehidupan mereka.

eCentral

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat

Baca juga: Doa mustajab untuk cepat hamil, dikongsi oleh Adam Corrie dan isteri Saharul Ridzwan

Baca juga: 15 Surah & Doa Mudah Bersalin Normal (Alquran & Rasulullah)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Doa Untuk Anak Perempuan & Lelaki – Agar Menjadi Anak Soleh/Solehah
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham