TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Serangga Cochineal/Carmine Hasilkan Pewarna Merah: Kegunaan, Kesan & Hukum Mengikut Mufti WP

5 min bacaan
Serangga Cochineal/Carmine Hasilkan Pewarna Merah: Kegunaan, Kesan & Hukum Mengikut Mufti WP

Serangga cochineal merupakan bahan untuk menghasilkan pewarna karmin, namun begitu anda perlu memahami hukum menggunakannya dalam makanan.

Serangga cochineal merupakan serangga yang digunakan untuk menghasilkan karmin, salah satu pewarna alami dalam hidangan. Selalunya, pewarna makanan digunakan untuk menambah daya tarikan visual produk. Bagaimanapun, terdapat banyak persoalan berkenaan hukum menggunakan serangga ini dalam makanan.

Apa Itu Pewarna Dari Serangga Cochineal

Serangga cochineal adalah serangga kecil yang berasal dari keluarga Dactylopiidae dan sering ditemui pada kaktus genus Opuntia. Serangga betina cochinewal dikeringkan, dihancurkan dan diproses untuk mendapatkan asid karminik.

Ia kemudian diubah untuk menjadi pewarna merah terang. Pewarna ini telah digunakan sejak berabad-abad lamanya dalam pelbagai budaya dan kini menjadi salah satu pewarna alami yang terkenal dalam industri makanan dan kosmetik.

serangga cochineal, pewarna karmin

Penggunaan Pewarna Merah Dari Serangga 

Pewarna karmin atau cochineal sering digunakan dalam pelbagai produk makanan dan minuman. Pewarna ini memberikan warna merah yang cerah dan tahan lama, menjadikannya pilihan popular dalam industri. Berikut adalah beberapa aplikasi utamanya:

1. Makanan Dan Minuman

Pewarna karmin digunakan dalam produk seperti yogurt, minuman ringan, jem, kek, dan gula-gula. Warna merah yang dihasilkan dari karmin dapat meningkatkan daya tarikan visual produk-produk ini, membuatnya kelihatan lebih menarik dan menyelerakan kepada pengguna.

2. Produk Tenusu

Karmin sering digunakan dalam produk tenusu seperti keju dan mentega untuk memberikan warna yang lebih menarik. Dalam yogurt buah, pewarna ini membantu menonjolkan warna buah-buahan yang dicampurkan, meningkatkan persepsi rasa dan kualiti produk.

3. Produk Daging

Pewarna karmin digunakan dalam beberapa produk daging yang diproses seperti sosej dan salami untuk memberikan warna merah yang menarik dan menunjukkan kesegaran.

4. Kosmetik

Dalam industri kosmetik, karmin digunakan dalam produk seperti gincu, pemerah pipi, dan pewarna rambut. Warna merah yang dihasilkan dari karmin memberikan hasil yang lebih jelas dan tahan lama, menjadikannya pilihan popular dalam produk kecantikan.

5. Farmaseutikal

Beberapa ubat dan suplemen makanan juga menggunakan pewarna karmin untuk meningkatkan penampilan produk, memastikan ia kelihatan lebih menarik kepada pengguna.

Karmin menawarkan kelebihan kerana ia adalah pewarna alami yang stabil dan tidak mudah luntur berbanding pewarna sintetik. Ini menjadikan ia sangat sesuai untuk pelbagai aplikasi industri, dari makanan dan minuman hingga kosmetik dan farmaseutikal.

Risiko Dan Kesan Sampingan

Walaupun pewarna karmin dianggap alami dan selamat digunakan dalam kebanyakan produk, terdapat beberapa risiko dan kesan sampingan yang perlu diberi perhatian. Berikut adalah beberapa kesan sampingan utama yang perlu diketahui:

1. Reaksi Alergi

  • Sesetengah individu mungkin mengalami reaksi alahan seperti ruam kulit, gatal-gatal, dan bengkak selepas terdedah kepada pewarna ini. Reaksi alahan boleh berlaku dengan cepat dan memerlukan rawatan perubatan segera.

2. Anafilaksis

  • Dalam kes yang lebih serius, pewarna karmin boleh menyebabkan anafilaksis, satu reaksi alergi yang mengancam nyawa. Gejala anafilaksis termasuk kesukaran bernafas, penurunan tekanan darah yang drastik, dan kehilangan kesedaran. Ini memerlukan rawatan kecemasan segera dengan suntikan epinefrin.

3. Iritasi Kulit

  • Penggunaan pewarna karmin dalam produk kosmetik seperti gincu dan pemerah pipi boleh menyebabkan iritasi kulit pada sesetengah individu, terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

4. Masalah Pencernaan

  • Bagi sesetengah orang, pengambilan produk yang mengandungi pewarna karmin boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sakit perut, mual, dan cirit-birit.

5. Kontaminasi

  • Risiko kontaminasi dengan bahan lain semasa proses penghasilan pewarna karmin juga perlu diberi perhatian. Kontaminasi boleh menyebabkan masalah kesihatan tambahan jika tidak diuruskan dengan baik.

Hukum Makan Pewarna Daripada Serangga

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, penggunaan bahan pewarna yang diperolehi daripada serangga kumbang (cochineal) bagi tujuan makanan mahupun minuman adalah tidak dibenarkan berdasarkan pandangan jumhur fuqaha yang mengharamkan makan serangga disebabkan kategori jijik  (الخبائث) .

Hal ini kerana apa-apa yang terhasil daripada serangga adalah haram dimakan kecuali belalang berdasarkan pandangan mazhab syafie, mazhab hanafi dan mazhab hanbali. Berikut merupakan hujah bagi mazhab syafi’e.

Imam Syafi‘i   mengharamkan makan serangga berdasarkan hujah dalil tersebut :

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk (jijik)”

Surah al- A’raf (157)

Hujah pengharaman haiwan kecil yang melata disebabkan cita rasa jijik berdasarkan surah al-A’raf (157). Lafaz (الخبائث) ditentukan oleh citarasa jijik bangsa Arab. Imam al-Nawawi menyatakan haram memakan serangga bumi seperti ular, kala jengking, tikus, kumbang,lipas, labah-labah, cicak, kumbang, cacing.

Fuqaha mazhab Syafi‘i juga turut berhujah mengharamkan makan serangga berdasarkan anjuran membunuh beberapa kelompok al-hasyarat melalui hadis yang daripada Saidina Aisyah RA, Nabi SAW pernah bersabda : [11]

خمسٌ فواسقٌ يُقتلْنَ في الحرمِ : الفارةُ ، والعقربُ ، والغرابُ ، والحُدَيَّا ،والكلبُ العقورُ .

Maksudnya: “Lima jenis binatang fasiq yang boleh dibunuh walaupun di tanah haram iaitu tikus, kalajengking burung gagak, burung helang, dan anjing liar”

Riwayat Bukhari

Serangga cochineal adalah salah satu pewarna alami yang banyak digunakan dalam industri makanan dan kosmetik. Walaupun ia menawarkan banyak kelebihan, pengguna harus berhati-hati terhadap kemungkinan risiko alahan dan memastikan produk yang digunakan mematuhi syariat Islam. Dengan memahami asal-usul, penggunaan, risiko, dan hukum pewarna ini, pengguna dapat membuat pilihan yang lebih bijak dan selamat dalam kehidupan seharian.

Stories Rakan Kongsi
The 5 Money Parenting Styles: Which One Do You Follow?
The 5 Money Parenting Styles: Which One Do You Follow?
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Semoga bermanfaat!

Gramedia, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Adakah Makan Membatal Wudhu? Ini Penjelasan Mengikut Mufti WP

Baca juga: Niat Mandi Wajib Lelaki & Perempuan: Cara dan Makna dalam Islam

Baca juga: Niat Wudhu & Doa Selepas Wuduk Mengikut Panduan JAKIM Berserta Cara Wuduk Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Serangga Cochineal/Carmine Hasilkan Pewarna Merah: Kegunaan, Kesan & Hukum Mengikut Mufti WP
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham