X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Elak Rasa Was-Was Ketika Mandi Wajib, Ini Panduan Lengkap Dengan Cara Berserta Niat

3 min bacaan
Elak Rasa Was-Was Ketika Mandi Wajib, Ini Panduan Lengkap Dengan Cara Berserta Niat

Mandi wajib atau mandi junub adalah wajib ke atas orang muslim untuk membersihkan diri dengan air yang bersih dari hadas besar

Setiap kali ingin mandi wajib, pasti timbul rasa keliru dan was-was, adakalanya sampai terlupa baca niat apabila air menyentuh di mana-mana anggota badan. Jangan ambil ringan ya, jika ia dilakukan dengan cara salah, solat dan ibadat yang lain pun jadi tidak sah dan tidak diterima Allah. Kan dah rugi!

Hukum mandi adalah wajib ke atas individu yang melakukan persetubuhan sama ada keluar air mani dengan sengaja atau tidak sengaja, perempuan selepas haid atau nifas adalah wajib untuk menyucikan diri. 

Suruhan atau perintah mandi junub ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah, maksudnya:

Dan jika kamu sedang junub, maka bersuci (mandilah) kamu (al-Maidah 5: 6)

Maksudnya, jika seseorang itu dalam keadaan berhadas besar atau junub, maka wajiblah dia mandi agar suci daripada hadas dan kemudian boleh mengerjakan pelbagai ibadat.

Cara mandi wajib mudah dan senang ingat

mandi wajib

Memahami permasalahan yang sering dialami, mudah sahaja untuk anda ingat yang rukun mandi junub ada dua perkara sahaja iaitu niat dan meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir. Apabila lakukan dua rukun ini, maka mandi junub adalah sah kerana syarat sah ialah menghilangkan najis dari mana-mana anggota badan. 

Berikut merupakan cara-cara mandi wajib yang betul dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

  1. Niat ketika air sampai ke tubuh
  2. Membaca “Bismillah”
  3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
  4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
  5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
  6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa atau boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu menyiramnya 3 kali dengan air.
  8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
  9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
  10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu.

Niat mandi wajib

Setiap mandian adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab diwajibkan mandi. Mandi wajib lelaki boleh menggunakan niat mandi umum, tetapi boleh juga baca niat ini untuk junub, haid dan nifas.

Berikut adalah himpunan niat mandi wajib secara umum dan khusus: 

Niat mandi hadas besar (Umum)

mandi wajib

“Nawaitu Raf ‘al Hadasil  Akbari Lillahi Ta’ala”

Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala

 

Niat mandi junub

Niat mandi junub boleh digunakan sebagai niat mandi wajib lelaki dan perempuan.

mandi wajib

“Nawaitul Ghusla ‘Anil-janabati Lillahi Taala”

Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala

 

Niat mandi wajib haid

 

haid

“Nawaitul Ghusla ‘Anil Haidhi Lillahi Taala”

Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala

Niat mandi nifas

nifas

” Nawaitul Ghusla ‘Anin-nafasi Lillahi Taala”

Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala

 

Semoga bermanfaat.

 

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Aku Islam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Badan Lenguh Pula Masa Hamil, Boleh Tak Ibu Hamil Berendam Dalam Air Panas?

Baca juga:  Cara Mandi Wajib Yang Betul Semasa Berpuasa, Hati-Hati Jangan Sampai Puasa Terbatal

Baca juga: Tangguh Bagi Bayi Baru Lahir Mandi Didapati Beri Impak Pada Penyusuan Ibu! – Kajian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Elak Rasa Was-Was Ketika Mandi Wajib, Ini Panduan Lengkap Dengan Cara Berserta Niat
Kongsikan:
  • Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam

    Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam

  • Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

    Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

  • Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

    Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

  • Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam

    Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam

  • Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

    Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

  • Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

    Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.