X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ada Baiknya Membaca Doa Minum Air Zam Zam, Ini Doa Dan Maksud Serta Kelebihan Mengamalkannya

4 min bacaan
Ada Baiknya Membaca Doa Minum Air Zam Zam, Ini Doa Dan Maksud Serta Kelebihan Mengamalkannya

Ada beberapa kelebihan apabila mengamalkan membaca doa minum air zam zam. Ini doa yang baik anda baca ketika ingin minum air suci ini.

Air zam zam adalah air suci yang berasal dari telaga zam zam yang terletak berhampiran Ka’abah, yang jaraknya hanya sekitar 38 hasta. Air ini memiliki makna dan keistimewaan tersendiri bagi umat Islam dan digalakkan untuk mengamalkan bacaan doa minum air zam zam.

Zam zam berasal dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud banyak atau melimpah. Ia dinamakan zam zam seiring dengan ciri-cirinya yang mempunyai air dari telaga yang sangat banyak dan berlimpah. 

Sejarah Air Zam Zam

Asal usul air zam zam adalah bermula pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi Ibrahim AS. Pada waktu itu, Hajar mencari air bagi menghilangkan dahaganya iaitu di antara bukit Safa dan Marwah.

Peristiwa ini merupakan perintah Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS agar baginda meninggalkan zuriatnya ini di wadi (lembah) Makkah.

Doa Minum Air Zam-Zam

Doa 1

أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَسَقَامٍ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Rumi: Allahumma inni as-aluka i’lman naafi’an, wa rizqan waasi’an, wasyifaa-an min kulli daa-in, wa saqamin birahmatika yaa arhamarraahimiin.

Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari tiap penyakit dengan rahmatMu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Doa 2

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Rumi: Allahumma inni as’aluka ‘ilman naafi’an, wa rizqan tayyiban, wa ‘amalan mutaqabbalan.

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pengetahuan yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.”

Doa 3

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Rumi: Bismillahi alladhi la yadurru ma’asmihi syai’un fil-ardhi walaa fis-samaa’i wa huwas-sami’ul-‘alim.

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah yang tidak akan membahayakan dengan nama-Nya apa pun di bumi dan di langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Doa 4

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ، وَرَحْمَتِكَ، فَإِنَّهُ لَا يَمْلِكُهَا إِلَّا أَنْتَ

Rumi: Allahumma inni as’aluka min fadhlika wa rahmatika fa innahu la yamlikuha illa anta.

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari karunia-Mu dan rahmat-Mu, karena tidak ada yang memiliki karunia dan rahmat itu kecuali hanya Engkau.”

Doa 5

اللَّهُمَّ زِدْ هَذَا الْمَاءَ تَبَرُّكًا وَسَلَامًا وَنُورًا وَهُدًى

Rumi: Allahumma zid haadza al-maa tabarrukan wa salaaman wa nuuran wa hudan.

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah berkah, keselamatan, cahaya, dan petunjuk dalam air ini.”

Kelebihan Membaca Doa Sebelum Minum Air Zam-Zam

1. Memperoleh manfaat yang berlipat ganda

Dalam Islam, berdoa merupakan bentuk ibadah yang digalakkan. Membaca doa minum air Zam Zam meningkatkan nilai ibadah tersebut. Doa ini mengingatkan umat Islam untuk sentiasa memohon kepada Allah SWT dalam setiap tindakan yang dilakukan. Selain mendapatkan manfaat fizikal dari air Zam-Zam, membaca doa ini juga membawa keberkatan rohani dan rasa sayang kepada Allah.

2. Meraih rezeki yang melimpah

Dalam doa tersebut, kita memohon rezeki yang luas dan melimpah ruah dari Allah SWT. Dengan membaca doa ini saat meminum air Zam-Zam, kita meyakini bahawa Allah akan mengurniakan rezeki yang merangkumi segala aspek kehidupan. Doa ini mengajar kita untuk memiliki keyakinan bahawa Allah adalah pemberi rezeki yang tiada tandingan.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

3. Meminta penyembuhan ke atas penyakit

Air Zam-Zam memiliki sejarah panjang dalam tradisi penyembuhan penyakit di dalam Islam. Minum air Zam-zam dengan memanjatkan doa ini diharapkan dapat membawa kesembuhan dari segala penyakit, baik fizikal mahupun rohani.

Amalan minum air Zam-Zam adalah satu amalan yang disyorkan di dalam Islam. Membaca doa minum air Zam zam memiliki makna penting dan memberikan kelebihan bagi umat Islam. Menerusi doa ini, kita mengungkapkan rasa tawakal dan ketergantungan kepada Allah, memohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala penyakit.

Dengan mengamalkan doa ini, kita sebagai umat Islam berharap dapat meraih keberkatan dan kerahmatan yang melimpah dari Allah SWT. Semohga bermanfaat.

Taqwa.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Amalan Membaca Doa Itu Baik Untuk Rohani Dan Mental. Ini Doa Harian Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

Baca juga: Doa Dipermudahkan Urusan, Amalkan Setiap Pagi Untuk Permulaan Hari Yang Baik

Baca juga: 5 Doa Untuk Orang Sakit, Ringkas & Senang Hafal Yang Diajarkan Oleh Rasulullah SAW

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Ada Baiknya Membaca Doa Minum Air Zam Zam, Ini Doa Dan Maksud Serta Kelebihan Mengamalkannya
Kongsikan:
  • Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

    Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

  • Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

    Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

  • Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

    Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

  • Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

    Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

  • Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

    Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

  • Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

    Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham