Minum Sambil Berdiri BAHAYA Untuk Kesihatan Anda Kerana Sebab Ini! - Pakar

Minum Sambil Berdiri BAHAYA Untuk Kesihatan Anda Kerana Sebab Ini! - Pakar

Minum sambil berdiri bukan sahaja satu tingkahlaku tidak sopan, malah ia mempunyai beberapa kesan buruk! Ketahui 5 manfaat minum sambil duduk.

Anda tentu sering mendengar bahaya minum sambil berdiri dan sering pula diminta minum sambil duduk. Namun tahukah anda kenapa anda dilarang minum sambil berdiri? Kenapa pula kita sebaiknya minum sambil duduk?

Minum Sambil Berdiri: Kenapa Kita Minum Sambil Berdiri?

Selalunya, kita minum sambil berdiri bila kita sedang melakukan aktiviti seperti berlari, atau kerana tidak ada tempat duduk jadi apa lagi pilihan yang ada, bukan?

Namun anda perlu tahu, walau bagaimanapun keadaan anda ketika itu, anda disarankan untuk duduk ketika minum! Tidak kiralah mencangkung atau bersila di lantai.

Eh perlu sangat ke minum sambil duduk ni?

Bahaya Minum Sambil Berdiri Yang Anda Perlu Tahu

minum sambil berdiri, minum sambil duduk, hadits larangan minum sambil berdiri, hukum minum berdiri, kebaikkan minum sambil duduk, bahaya minum sambil berdiri

Dalam agama Islam sendiri, minum sambil berdiri memang dilarang kerana beberapa alasan. Salah satu alasan larangan tersebut ialah kerana minum sambil berdiri sudah tentunya kelihatan tidak sopan!

Selain tidak sopan, tabiat ini juga ternyata tidak baik untuk kesihatan.

Dalam dunia perubatan, Dr. Nadia Octavia menjelaskan makan dan minum sambil duduk sebenarnya lebih elok untuk kesihatan anda jika dibandingkan makan dan minum sambil berdiri.

“Ini kerana dalam tubuh manusia, terdapat jaringan penyaring atau filter yang disebut sfringer, iaitu struktur maskular (berotot) yang yang boleh terbuka dan tertutup bergantung kepada posisi tubuh kita.

Air yang kita minum akan disalurkan pada beberapa elemen penapisan di ginjal. Filter penyaring ini terbuka semasa kita duduk dan tertutup semasa berdiri,” jelasnya dalam laman Klik Dokter.

minum sambil berdiri, minum sambil duduk, hadits larangan minum sambil berdiri, hukum minum berdiri, kebaikkan minum sambil duduk, bahaya minum sambil berdiri

Ini bermaksud, tubuh kita memiliki sistem tapisan yang membuka saat kita duduk dan menutup saat kita berdiri. Jika anda makan dan minum sambil berdiri, maka tubuh tidak dapat menapis hal-hal tersebut.

Kebiasaan ini memberi risiko dan mengakibatkan bahaya untuk kesihatan buah pinggang jika dibiarkan secara terus menerus.

Malahan, tabiat minum sambil berdiri ini juga boleh menyebabkan seseorang pengsan, malah boleh mati secara mengejut!

Selain itu, Nadia menjelaskan makan dan minum sambil berdiri dapat menyebabkan acid reflux, di mana asid akan naik ke esofagus, dan membuatkan tekak anda berasa tidak selesa.

Oleh kerana inilah anda perlu makan dan minum sambil duduk ya.

Manfaat Minum Air Kosong Sambil Duduk
minum sambil berdiri, minum sambil duduk, hadits larangan minum sambil berdiri, hukum minum berdiri, kebaikkan minum sambil duduk, bahaya minum sambil berdiri

Menurut pendapat yang berlainan,  Dr. Aditya Prayoga dari laman Alo Dokter mengatakan belum ada bukti ilmiah yang dapat menjelaskan bahaya minum semasa berdiri dan manfaat minum semasa duduk.

“Secara teori, tidak kiralah sama ada minum semasa duduk atau berdiri, air kosong yang masuk ke tubuh akan menjalani proses yang sama dalam saluran pencernaan,” katanya.

Berikut merupakan manfaat air kosong untuk kesihatan:

Semoga bermanfaat.

Ada cadangan untuk galakkan anak saya minum air kosong?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Auliya Widia Putri dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner