TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Telur Masak Kicap Simple Dan Sedap, Menu Kesukaan Ramai

3 min bacaan
Resepi Telur Masak Kicap Simple Dan Sedap, Menu Kesukaan Ramai

Resepi telur masak kicap yang kami kongsikan ini sangat simple dan mudah disediakan tanpa penggunaan bahan rumit. Selamat mencuba!

Buntu juga setiap hari memasak sampai kering idea dibuatnya. Apa kata anda cuba resepi telur masak kicap untuk hidangan seisi keluarga hari ini. Walaupun simple, boleh buat nasi bertambah-tambah tau.

Isi Kandungan

  • Bahan-Bahan Telur Kicap
  • Cara Memasak Telur Kicap
  • Manfaat Telur Untuk Kesihatan

Bahan-Bahan Telur Kicap

Berikut adalah bahan resepi telur masak kicap yang diperlukan. 

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • 1 cawan air rebusan ayam atau stok ayam (pilihan)

Cara Memasak Telur Kicap

resepi telur masak kicap

  1. Goreng telur satu persatu
  2. Mayang nipis bawang putih dan bawang merah
  3. Panaskan 3 sudu besar minyak, tumis bawang yang dimayang tadi hingga naik bau
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau rata
  5. Masukkan kicap. Kacau lagi
  6. Tambahkan stok ayam dan biarkan menggelegak. Kalau tiada ada stok ayam boleh ganti dengan kiub pati ayam atau serbuk perasa ayam.
  7. Apabila bila kuah kicap sudah menggelegak, masukkan pula telur. Terbalikkan perlahan-lahan (supaya telur tidak hancur) hingga rata. Biarkan ia menggelegak selama lima minit dan tutup api. Tidak perlu tambah garam atau gula lagi.
  8. Letakkan telur kicap dalam pinggan. Potong cili dan taburkan di atasnya. Boleh dihidang dan lebih enak dimakan bersama nasi panas. 

Manfaat Telur Untuk Kesihatan

  1. Tinggi dengan kandungan protein – Telur antara penyumbang protein terbaik dalam diet. Disebabkan itu telur antara menu wajib mereka yang sedang diet.
  2. Baik untuk kesihatan mata – Ia mengandungi zeaxanthin dan lutein yang dapat menjaga saraf di kawasan mata daripada mengalami kerosakan.
  3. Membantu pengawalan paras kolesterol darah – pengambilan telur di kalangan individu yang sihat tidak akan mengakibatkan paras kolesterol meningkat. 
  4. Meningkatkan paras kolesterol baik – Kolesterol baik atau HDL adalah penting dalam salur darah kerana ia dapat membantu menurunkan paras kolesterol jahat atau LDL. Pengambilan telur dapat meningkatkan paras HDL sekali gus mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular.
  5. Membantu meningkatkan kesihatan minda – Pengambilan telur boleh membekalkan kolin kepada tubuh badan. Kolin adalah sejenis komponen yang penting untuk fungsi otak dan minda.
  6. Membantu di dalam proses penurunan berat badan – Telur mengandungi kandungan protein yang tinggi dan dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
  7. Sumber vitamin D – Telur antara makanan tinggi vitamin D. Vitamin D adalah sejenis vitamin larut lemak dan ia diperlukan untuk pelbagai proses dalam badan seperti pembentukan tulang, gigi, rangka, otot dan sistem imunisasi tubuh badan.

cookpad

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!

Baca juga: Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!

Baca juga: 23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Berkhasiat, Mudah & Cepat Untuk Ibu Sediakan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Telur Masak Kicap Simple Dan Sedap, Menu Kesukaan Ramai
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham