X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Beri Peluang Anak Explore & Bebas, Ibu Ini Kongsi 7 Tips Beriadah Di Taman Ketika Hujung Minggu

4 min bacaan
Beri Peluang Anak Explore & Bebas, Ibu Ini Kongsi 7 Tips Beriadah Di Taman Ketika Hujung Minggu

Aktiviti riadah bersama keluarga menjadi suatu kemestian ketika hujung minggu bagi menghilangkan tekanan dan mengeratkan hubungan dengan anak

Hari minggu merupakan hari yang terbaik untuk menghabiskan masa bersama anak-anak. Antara perkara yang menjadi pilihan kami sekeluarga adalah membawa anak-anak melakukan aktiviti riadah selepas penat bekerja dan pelbagai urusan lain pada hari bekerja.

Kebiasaannya kami akan ke taman-taman rekreasi yang berdekatan dengan kediaman. Memandangkan kami menetap di Kuala Lumpur, antara pilihan taman yang ada ialah Taman Tasik Titiwangsa, Taman Botani Perdana, Taman Rekreasi Air Panas dan beberapa lagi.

Tips melakukan aktiviti riadah dengan anak-anak

beriadah

Perancangan awal perlu dibuat bagi memastikan aktiviti hujung minggu berjalan dengan lancar. Antara tips yang dikongsi oleh seorang ibu kepada empat orang anak lelaki, Wan Nurul Aida Wan Mohd Yusof sewaktu aktiviti riadah di taman adalah:

1. Pastikan sarapan pagi di rumah

Sediakan sarapan pagi yang ringkas seperi mi goreng, nasi goreng, sandwich, air teh, air milo atau jus buah-buahan dan pastikan anak-anak makan sebelum keluar dari rumah. Ini bagi memastikan anak-anak mendapat tenaga yang secukupnya dan tidak meragam semasa dalam perjalanan ke taman.

2. Bawa bekal dari rumah

Sediakan bekal yang sesuai untuk dibawa ke tempat beriadah. Bawa bekal lebihan makan sarapan di rumah atau siapkan snek, biskut, roti dan air kosong yang secukupnya.

Selain itu, jika tidak berkesempatan untuk siapkan bekal, disarankan juga untuk membuat belian makanan ringan di kedai runcit atau stesen minyak sewaktu dalam perjalanan.

riadah hujung minggu

Makanan ini boleh dinikmati pada waktu senggang semasa beriadah. Di taman banyak disediakan kerusi dan meja untuk berehat dan makan. Ibu boleh juga melapik tikar di atas rumput di tepi tasik.

3. Pakai pakaian yang sesuai 

Pemilihan pakaian semasa beriadah adalah sangat penting bagi memastikan keselesaan dan keselamatan anak-anak sewaktu melakukan aktiviti riadah. Pakaian yang sesuai ialah baju sukan, seluar sukan, stoking dan kasut sukan.

4. Bawa peralatan tambahan

Peralatan tambahan seperti tikar kecil, kerusi kecil, plastik sampah, tisu, tuala kecil, sudu, garfu, gunting, pinggan plastik, gelas plastik, pelapik makanan dan payung. Bawa seminima yang mungkin untuk kemudahan semasa beriadah.

Selain itu, jika hendak melakukan aktiviti berbasikal, boleh bawa basikal dari rumah. Selain basikal, biasanya anak-anak juga suka bermain roller blade, skateboard dan skuter. Sesetengah tempat juga ada menyediakan kemudahan sewa dengan harga yang berpatutan.

5. Pastikan keselamatan anak pada setiap masa

Sebagai ibu bapa, sebolehnya kita perlu sentiasa memantau dan melihat setiap pergerakan anak-anak semasa beriadah. Jangan leka dengan telefon pintar anda.

Pastikan setiap aktiviti riadah adalah selamat untuk dilakukan. Jika anak-anak bermain di taman permainan, perhatikan dan bantu mereka untuk bermain supaya tidak terjatuh atau terkena benda-benda tajam yang tidak sepatutnya.

aktiviti hujung minggu

Langkah-langkah keselamatan biasanya dipamerkan pada setiap sudut permainan oleh pihak berkuasa. Pastikan anda patuh pada peringatan tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

6. Beri peluang anak explore

Setiap anak sangat sukakan perkara yang baharu. Beri peluang kepada mereka untuk explore apa yang ada di taman tersebut. Biarkan mereka berlari, bermain permainan atau berjalan menghayati keindahan taman.

7. Lakukan setiap aktiviti bersama-sama

Ini merupakan masa yang terbaik untuk dimanfaatkan bersama anak-anak. Lakukan setiap aktiviti bersama-sama mereka.

Berjalan di tepi tasik, memberi makan roti kepada ikan-ikan di dalam tasik, berbasikal bersama-sama, membaca nama setiap jenis pokok yang ada, bermain sembunyi-sembunyi dan paling utama bergambar bersama-sama sebagai kenangan untuk keluarga.

Seronok bukan?

Artikel ini ditulis oleh Wan Nurul Aida Binti Wan Mohd Yusof untuk theAsianparent Malaysia. Dia seorang ibu kepada 4 orang anak lelaki yang sedang membesar dan lasak. Seorang mompreneur yang sangat sukakan cabaran.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Berkasih Sayang Sejak Kecil, Elak Bergaduh

Baca juga: Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang

Baca juga: Gelagat Kanak-Kanak Berkenalan Di Balkoni Cuit Hati Netizen, Ini Tips Ajar Anak Berkawan

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
img
Penulis

UGC Contributor

Jadi Penyumbang Kami

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Beri Peluang Anak Explore & Bebas, Ibu Ini Kongsi 7 Tips Beriadah Di Taman Ketika Hujung Minggu
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.