X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Awasi Keselamatan Anak-Anak Di Musim Perayaan: Ketahui Cara Membezakan Jatuh Biasa dan Patah Tulang serta Cara Merawatnya

5 min bacaan
Awasi Keselamatan Anak-Anak Di Musim Perayaan: Ketahui Cara Membezakan Jatuh Biasa dan Patah Tulang serta Cara MerawatnyaAwasi Keselamatan Anak-Anak Di Musim Perayaan: Ketahui Cara Membezakan Jatuh Biasa dan Patah Tulang serta Cara Merawatnya

Ibu bapa perlu sentiasa proaktif dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin semasa aktiviti perayaan serta tahu apa yang perlu dilakukan jika sebarang kecederaan berlaku

Dalam kesibukan dan kemeriahan menjelang musim perayaan, keselamatan anak-anak juga perlu diberi keutamaan. Memandangkan kanak-kanak mudah berasa teruja ketika bermain, mereka lebih senang jatuh dan terhantuk lebih-lebih lagi ketika musim perayaan ini. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan mereka sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini.

Menurut Kementeriaan Kesihatan Malaysia, jatuh merupakan antara kecederaan yang paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia 1-4 tahun. Ini kerana mereka berada di dalam fasa umur dimana mereka bersifat ingin tahu mengenai pelbagai perkara, di samping mengalami pertumbuhan badan dan tulang mereka pada waktu yang sama. 

Dr Maria Wong, Pakar Bedah Ortopedik, Trauma dan Ortopedik Kanak-Kanak daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) menerangkan tentang anak cedera

Dr Maria Wong, Pakar Bedah Ortopedik, Trauma dan Ortopedik Kanak-Kanak daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) menerangkan bahawa kes kecederaan seperti terjatuh dan patah tulang yang melibatkan kanak-kanak akan menunjukkan peningkatan yang ketara ketika musim perayaan kerana lebih banyak aktiviti kunjung-mengunjung dan pelancongan dilakukan pada masa tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa kes patah tulang yang biasa dialami oleh golongan kanak-kanak adalah patah tulang di bahagian siku, tulang lengan serta pergelangan tangan kerana mereka cenderung untuk menghimpit atau menekan tangan mereka semasa terjatuh. 

“Perbezaan jenis patah tulang boleh dilihat berdasarkan kumpulan umur kanak-kanak. Bagi kanak-kanak dibawah usia empat tahun, kes-kes tidak patah tulang sepenuhnya seperti plastic deformation (tulang berubah bentuk), buckle (apabila tulang saling terhimpit sesama sendiri) dan greenstick fractures (apabila tulang bengkok dan retak) boleh berlaku tanpa menunjukkan perubahan bentuk tulang yang serius dan ketara.

“Dalam sesetengah keadaan, kanak-kanak berusia lebih 4 tahun juga boleh mengalami keadaan yang dipanggil growth plate injury – kesemua ini sering dipandang remeh sebagai lebam atau kecederaan tisu lembut yang tidak berbahaya,” kongsi Dr Maria. 

Kunci utama dalam mengesan bahawa jatuh yang dialami oleh anak anda merupakan jatuh biasa ataupun tidak adalah dengan melihat reaksi anak-anak terhadap anggota badan yang terjejas. Dr Maria turut menambah bahawa kanak-kanak mungkin tidak mampu memberitahu simptom yang sedang dialami mereka atau menunjukkan bahagian badan yang sakit kepada ibu bapa.

anak cedera patah tulang

Oleh itu, ibu bapa perlulah lebih peka dalam memahami riak wajah serta reaksi mereka semasa dan selepas berlakunya insiden jatuh tersebut.

“Selepas 48 jam dari masa jatuh, rasa sakit dan bengkak yang berlarutan di bahagian anggota badan yang terjejas boleh dijadikan petanda awal bahawa anak mengalami patah tulang. Kanak-kanak yang cedera akan mengelak dari menggunakan bahagian anggota badan yang cedera ataupun mereka akan menangis apabila menyentuh atau menggerakkan bahagian badan yang terkesan semasa jatuh.”

Bila ibu bapa harus membawa anak ke hospital?

Membawa anak kecil yang cedera ke hospital mungkin adalah perkara yang digeruni oleh kebanyakan ibu bapa. Namun, ini adalah perkara yang sewajarnya dilakukan untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang dialami anak-anak daripada melarat.

Awasi Keselamatan Anak-Anak Di Musim Perayaan: Ketahui Cara Membezakan Jatuh Biasa dan Patah Tulang serta Cara Merawatnya

Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan dan Pakar Perubatan Kecemasan daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) menerangkan bahawa ibu bapa perlu mendapatkan rawatan dengan kadar segera sekiranya anak mereka mengalami kesakitan yang berlarutan ataupun mengalami sebarang perubahan bentuk pada anggota badan yang terjejas semasa jatuh.

“Ibu bapa perlu membawa anak berjumpa doktor sekiranya anak tidak mahu mengerakkan anggota badan yang terjejas ataupun jika berlaku pembengkakan yang tidak surut selepas 48 jam.”

“Rawatan awal amat penting. Apabila tulang patah dan serpihan tulang menjadi tidak selari, Splint (sejenis alat yang digunakan untuk menyokong anggota badan yang patah atau terseliuh) akan diperlukan untuk mengawal pergerakan supaya tidak berlebihan yang boleh mengakibatkan kecederaan lain dibahagian struktur saraf dan salur darah. Ini juga termasuk dengan kes-kes kecederaan yang ringan.

Oleh itu, adalah amat penting untuk mendapatkan rawatan awal kerana patah tulang sukar dikesan tanpa bantuan ujian pemeriksaan seperti ujian X-ray. Untuk kecederaan seperti growth plate structure, diagnosis dan rawatan yang lewat boleh menyebabkan masalah tumbesaran dibahagian tulang yang terkesan sehingga mampu menjejaskan kehidupan kanak–kanak,” tambah Dr Wee. 

Dalam kebanyakan kes patah tulang, proses untuk sembuh boleh mengambil masa sehingga 6 ke 12 minggu dan bergantung kepada tahap kecederaan itu sendiri.

Dr Wee juga menyarankan ibu bapa untuk sentiasa memastikan anak mereka mengikuti plan rawatan yang disarankan oleh doktor seperti casting (menggunakan balutan simen), splinting (menggunakan alat sokongan) ataupun pembedahan.

Sokongan emosi juga amat penting dalam situasi ini agar anak-anak lebih faham bahawa semua yang dialami ini merupakan sebahagian daripada proses untuk sembuh.

Awasi Keselamatan Anak-Anak Di Musim Perayaan: Ketahui Cara Membezakan Jatuh Biasa dan Patah Tulang serta Cara Merawatnya

Selain daripada sokongan ibu bapa, Dr Maria turut menyarankan bahawa meluangkan masa di luar rumah dengan pantauan ibu bapa juga dapat memberikan kesan yang baik semasa proses penyembuhan. 

“Dos matahari yang mencukupi dapat membantu dalam penyerapan Vitamin D yang penting untuk perkembangan tulang yang sihat. Dalam pada itu, diet yang seimbang serta susu formula dengan Vitamin D dan kalsium juga penting bagi perkembangan tulang kanak-kanak,” kata beliau.

Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Sebarang maklumat, sila hubungi +603 9772 9191 atau email kami di [email protected]. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunmedvelocity.com.my (Facebook: Sunway Medical Velocity).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Friso Gold® TrackEasy Is Malaysia’s First Smart Packaging For Milk
Friso Gold® TrackEasy Is Malaysia’s First Smart Packaging For Milk
How Does Picky Eating Affect My Child's Growth?
How Does Picky Eating Affect My Child's Growth?
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
7 tips for busy pregnant mums to meet nutritional requirements – every pregnant mum’s every day nutrition guide
7 tips for busy pregnant mums to meet nutritional requirements – every pregnant mum’s every day nutrition guide

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Awasi Keselamatan Anak-Anak Di Musim Perayaan: Ketahui Cara Membezakan Jatuh Biasa dan Patah Tulang serta Cara Merawatnya
Kongsikan:
  • Buntu Memikirkan Juadah di Bulan Ramadhan ? Ini Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Sihat, dan Sedap

    Buntu Memikirkan Juadah di Bulan Ramadhan ? Ini Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Sihat, dan Sedap

  • Menyatukan Peluang Perniagaan Hadiah di Bawah Satu Bumbung

    Menyatukan Peluang Perniagaan Hadiah di Bawah Satu Bumbung

  • Cipta Detik Indah Raya Bersama  dengan Siri Galaxy S22!

    Cipta Detik Indah Raya Bersama dengan Siri Galaxy S22!

app info
get app banner
  • Buntu Memikirkan Juadah di Bulan Ramadhan ? Ini Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Sihat, dan Sedap

    Buntu Memikirkan Juadah di Bulan Ramadhan ? Ini Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Sihat, dan Sedap

  • Menyatukan Peluang Perniagaan Hadiah di Bawah Satu Bumbung

    Menyatukan Peluang Perniagaan Hadiah di Bawah Satu Bumbung

  • Cipta Detik Indah Raya Bersama  dengan Siri Galaxy S22!

    Cipta Detik Indah Raya Bersama dengan Siri Galaxy S22!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.