TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

8 tanda anak anda mungkin ada masalah pendengaran

5 min bacaan
8 tanda anak anda mungkin ada masalah pendengaran

Anak saya tidak berpaling apabila saya bercakap dengannya. Adakah anak tidak mempedulikan saya atau ada kemungkinan dia menghidap masalah pendengaran?

Mengesan masalah pendengaran kanak-kanak

Mengesan masalah pendengaran kanak-kanak sebenarnya bukan perkara yang senang.

Selain keupayaan anak untuk memberitahu anda, masalah pendengaran merupakan masalah yang tersembunyi dan tidak dapat ditentukan melalui pemerhatian fizikal. Ia hanya boleh dikesan setelah menjalani beberapa ujian pendengaran.

Meskipun anak lulus ujian pendengarannya semasa bayi, masalah pendengaran kanak-kanak masih boleh berlaku apabila mereka membesar disebabkan oleh jangkitan atau faktor-faktor lain.

Di sini panduan dan 8 tanda-tanda masalah pendengaran kanak-kanak yang ibu bapa perlu tahu:

1. Anak mengadu alami tak dengar

masalah pendengaran kanak-kanak

Tanda masalah pendengaran kanak-kanak: Anak sendiri datang mengadu kesukaran untuk mendengar

Tanda paling senang adalah apabila anak sendiri yang datang mengadu mereka mengalami kesukaran untuk mendengar.

Anak mungkin sedar tentang masalah ini apabila menghadapai:

  • cabaran memahami apa yang dikatakan oleh orang lain,
  • cara percakapan yang berbeza dari kanak-kanak lain sebaya dengannya,
  • masalah untuk mengartikulasikan perkataan tertentu,
  • selalu salah faham apabila disoal atau diberi arahan.

Jika anak menunjukkan semua tanda-tanda di atas dan anda mengesyaki dia mungkin mengalami masalah pendengaran kanak-kanak, bawa anak jumpa doktor dengan segera untuk menjadualkan ujian pendengaran.

2. Sering ulang cakap atau minta orang lain cakap lebih kuat

Adakah anak anda selalu ulang perkataan “apa? boleh tolong ulang?” apabila bercakap dengan orang lain? Ini tanda anak anda mungkin mempunyai masalah pendengaran kanak-kanak.

Masalah pendengaran anak perlu dikesan awal supaya rawatan dan terapi pemulihan pertuturan-bahasa boleh bermula secepat mungkin.

Apabila anak mendapat rawatan awal, ini dapat membantu meningkatkan kemahiran bahasa, sosial dan pendidikan supaya setanding dengan rakan sebaya.

Jadi jangan berlengah jika anda mengesyaki anak mempunyai masalah pendengaran!

3. Masalah pembelajaran di sekolah

masalah pendengaran kanak-kanak

Tanda masalah pendengaran kanak-kanak: pencapaian lemah dalam pembelajaran dan senang hilang tumpuan

Pendengaran adalah penting untuk perkembangan anak dari segi bahasa, komunikasi, pembelajaran dan pencapaian akademik.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak dengan masalah pendengaran biasanya:

  • mempunyai pencapaian lemah dalam pembelajaran terutama apabila melibatkan aktiviti membaca, menulis dan mengira.
  • senang hilang tumpuan kerana kurang memahami apa yang disampaikan guru, akibat tahap pendengaran yang terhad.

Jika guru-guru berpendapat anak sedang mengalami kesukaran untuk mendengar atau mengikuti kelas, maka ibu bapa bolehlah bawa anak ke doktor supaya pendengarannya boleh dinilai secara profesional.

4. Sakit telinga dan ada lendiran

Jangkitan telinga adalah jangkitan biasa yang melanda kanak-kanak bawah 1 tahun. Tapi bukan setiap kali anak sakit telinga ia semestinya jangkitan.

Kadang-kadang ia cuma cecair yang terperangkap di telinga tengah. Namun, jika cecair itu tidak dikeluarkan dalam masa yang lama, ia berpotensi menyebabkan kesulitan lain sehingga anak kehilangan pendengaran.

Jangkitan telinga boleh dirawat dengan antibiotik, tapi cecair itu akan mengalir keluar dengan sendirinya. Lebih baik berjumpa doktor untuk mendapat rawatan.

5. Bercakap dengan suara yang kuat

masalah pendengaran kanak-kanak

Sebab-sebab lain yang menyumbang kepada masalah pendengaran kanak-kanak termasuk memasukkan objek asing (seperti putik kapas, atau manik) ke dalam telinga

Kanak-kanak biasanya bertenaga dan tidak perasan mereka  sedang bercakap dengan nada suara yang kuat. Tapi jika anak anda selalu tidak dapat mengawal suaranya, ini mungkin tanda masalah pendengaran kanak-kanak.

Sebab-sebab lain yang menyumbang kepada masalah pendengaran termasuklaj memasukkan objek asing (seperti putik kapas, atau manik) ke dalam telinga, atau lendir berlebihan yang disebabkan oleh selesema.

6. Selalu minta nak kuatkan bunyi televisyen 

Adakah anak suka mendengar bunyi muzik dengan kuat atau selalu berdiri dekat dengan televisyen apabila menonton kartun kegemarannya? Dr. Barrie Tan Yau Boon, Perunding dan Ketua, Jabatan Otolaryngology (Telinga, Hidung & Tekak) memberi amaran ini:

“Mendengar muzik yang berdesibel tinggi untuk masa yang lama boleh menyebabkan pekak sensorineural. Setiap kali anak terdedah kepada muzik yang kuat, sel-sel rambut kecil atau hujung saraf koklea di dalam telinga boleh rosak.“

Jika anak selalu minta kuatkan bunyi, ini mungkin tanda anak mempunyai masalah pendengaran.

7. Tidak bertindak balas terhadap bunyi

masalah pendengaran kanak-kanak

Tanda masalah pendengaran kanak-kanak: Anak tidak bertindak balas apabila ada bunyi kuat dengan tiba-tiba

Jika ada bunyi bising dengan tiba-tiba seperti bunyi hon tapi anak tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap bunyi itu, ini tanda jelas anak mungkin ada masalah pendengaran.

Kadang-kadang, mungkin orang lain yang mengesan tanda-tanda masalah pendengaran anak sebelum ibu bapa mereka sendiri.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Jadi jangan mudah tersinggung dan perhatikan tindak balas anak anda. Jika perlu, bawa anak untuk dinilai oleh doktor.

8. Tinitus – bunyi berdering dalam telinga 

Sebab utama berlakunya masalah tinitus adalah kerana kerosakkan sel dalam telinga. Sel ini berbentuk rambut-rambut kecil dan halus di dalam telinga yang bergerak apabila dirangsangkan oleh gelombang bunyi dan menghantar isyarat elektrik ke otak.

Sekiranya sel ini rosak, impuls elektrik ini akan bocor dan menyebabkan tinitus, iaitu bunyi berdering yang berterusan dalam telinga.

Titinus boleh berlaku jika:

  • anak terdedah kepada bunyi-bunyi kuat,
  • telinga anak tersumbat dengan tahi telinga yang berlebihan,
  • perubahan tulang telinga, dan
  • kecederaan kepala atau leher.

 

 

 

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

6 masalah penglihatan dengan kesan jangka panjang yang penting ibu bapa perlu tahu

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 8 tanda anak anda mungkin ada masalah pendengaran
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham