Sepanjang anak kecil anda membesar, kalian pasti melihat bagaimana personaliti mereka mula terbentuk terutamanya ketika masuk usia 2 tahun keatas seperti tantrum dan meltdown. Namun tahukah anda dengan maksud tantrum?
Tidak dinafikan bahawa anak yang semakin dewasa akan dilanda pelbagai emosi seperti sedih, marah, kecewa dan cemburu.
Jika mereka ada perasaan ini, ia adalah tanda perkembangan yang normal dan ibu ayah hendaklah tahu cara berdepan dengannya!
Maksud tantrum pada si kecil

Maksud tantrum pada anak kecil adalah melibatkan tindakan seperti menjerit, menendang, memukul, dan marah.
Ia boleh berlaku pada kanak-kanak lelaki dan perempuan, biasanya antara umur 1 hingga 3 tahun.
Menurut kajian yang dilakukan, kira-kira 20 peratus kanak-kanak berumur 2 tahun mengalami sekali tantrum sehari, namun hanya 10 peratus kanak-kanak berumur 4 tahun melakukannya.
Sesetengah kanak-kanak mungkin sering mengamuk, dan yang lain jarang mengalaminya. Tantrum adalah bahagian normal dalam perkembangan kanak-kanak. Ia adalah cara anak kecil menunjukkan perasaan yang dialami mereka.
Maksud tantrum adalah perkara biasa terjadi pada tahun kedua kehidupan si manja kerana ketika inilah kemahiran bahasa berkembang.
Oleh kerana anak kecil berdepan kesukaran untuk menyatakan apa yang mereka mahu atau perlukan, maka pengalaman yang mengecewakan boleh menyebabkan mereka tantrum.
Namun ibu ayah jangan risau, ia mungkin tidak akan berlarutan kerana apabila kemahiran bahasa bertambah baik, masalah tantrum ini cenderung untuk berkurang.
Punca terrible twos pada anak usia 2 tahun ke atas
Jika si manja anda memasuki usia 2 tahun, jangan terkejut apabila mereka menunjukkan beberapa tanda terrible twos.
Istilah terrible twos telah lama digunakan untuk menggambarkan perubahan yang berlaku pada kanak-kanak berumur 2 tahun.
Kebanyakan ibu ayah mengakui pada usia ini adalah amat mencabar untuk berdepan dengan perubahan mood dan tingkah laku si manja. Malah ia sememangnya agak sukar bagi mengawal anak terutamanya ketika berada di luar.
Perubahan ini adalah bahagian normal perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berumur dua tahun mengalami perkembangan motor, intelek, sosial dan emosi yang besar.

Selain itu, si manja pada usia ini boleh memahami percakapan orang sekeliling daripada mereka boleh ungkapkannya sendiri yang membuatkan mereka sering kecewa apabila ibu ayah tidak dapat memenuhi keinginannya.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak berusia dua tahun sedang bergelut dengan pergantungan mereka kepada ibu bapa mereka dan keinginan mereka untuk berdikari.
Si kecil akan menjadi tidak sabar-sabar untuk melakukan sesuatu perkara sendiri, tetapi mereka mula menyedari bahawa perlu mematuhi peraturan tertentu daripada ibu ayah.
Halangan yang dilalui mereka ini boleh membawa kepada tingkah laku yang tidak sesuai, kekecewaan, perasaan di luar kawalan dan tantrum.
Cara mengendalikan ragam anak dua tahun
#1 – Mengekalkan hubungan mata
Apabila bercakap dengan anak atau jika minta dia berbuat sesuatu, penting untuk mengekalkan hubungan mata.
Hal ini kerana, ia dapat memberi keyakinan kepada mereka yang ibu dan ayahnya ambil peduli dan faham kehendaknya.
Tabiat mudah ini bantu membuatkan mereka rasa selamat dengan persiapkan diri di masa hadapan sekaligus meningkatkan harga diri mereka.
# 2. Kuasa sentuhan
Cara mengendali anak dua tahun yang lain pula adalah melalui sentuhan di bahu. Ia sekaligus membuktikan anda ambil berat tentang diri mereka.
Malah ia bukan saja membina ikatan emosi antara ibu bapa dan anak, tapi menurut kajian sentuhan dapat bantu perkembangan otak anak.
#3. Beri perhatian lebih kepada anak
Dalam usia dua tahun ini, mereka memerlukan perhatian yang lebih berbanding sebelumnya sekaligus mereka dapat rasa yang anda ada bersama walau di mana jua.
Malah mereka juga tahu yang anda ada untuk membimbing dan sentiasa beri pertolongan jika diperlukan.
Oleh itu, sebagai ibu bapa yang baik, anda harus berusaha memberi tumpuan dan perhatian ketika si kecil berada dalam fasa perkembangan ini.
Jika boleh pulang saja dari tempat kerja, jangan abaikan mereka dengan lihat telefon bimbit kerana ada kajian yang dibuat mendapati penggunaan telefon bimbit yang keterlaluan boleh membuatkan anak rasa kurang dihargai.
#4. Ajar anak berdisiplin

Dalam fasa perkembangan anak usia 2 tahun keatas, semaikan sikap disiplin pada anak-anak dengan ketegasan tapi dalam bentuk yang lebih mesra semasa beri arahan pada anak.
Selain itu, biarkan dia membuat pilihan terhadap minatnya sendiri supaya dia lebih memahami perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk.
#5. Sediakan rutin yang konsisten
Menurut pengasas Third Row Adventures, Brianna Leonhard, rutin yang konsisten setiap hari amat membantu bagi mengelakkan sebarang tingkah laku negatif,
“Ibu bapa perlu menyediakan rutin anak dengan lebih awal sebelum tantrum bermula,” katanya.
Wujudkan rutin dan aktiviti harian yang bersesuaian dengan si manja seperti waktu makan, tidur siang atau bermain bagi mengurangkan kelakuan yang berlebihan.
#6. Beri anak dua pilihan
“Ibu ayah boleh memberikan dua pilihan kepada anak agar mereka rasa berkuasa namun dalam masa yang sama anda memastikannya dalam kawalan,” kata Leonhard.
Sebagai contoh, semasa waktu snek, anda boleh menawarkan anak makan buah pisang atau epal, kedua-duanya pilihan yang sihat.
“Anak kecil diberi pilihan dan boleh mengambil makanan yang digemari mereka. Akan tetapi pilihan yang diberikan adalah boleh diterima pada ibu ayah,” jelasnya.
Jenis dan maksud clingy pada anak kecil
Maksud clingy adalah kebergantungan si anak kepada ibu ayah dalam beberapa hal walaupun ianya adalah perkara yang remeh. Ada beberapa jenis clingy yang kerap berlaku iaitu:
Kelekatan positif terbentuk antara interaksi ibu ayah dan anak. Seorang anak akan merasa bahawa ibu bapa atau penjaga mereka adalah seorang yang sensitif, responsif, penuh kasih sayang serta selalu ada dalam semua keadaan.
Ainsworth (dalam Wade & Travis, 2007) menyebutkan bahawa seorang ibu yang sensitif dan cepat responsif terhadap keperluan bayinya akan menghasilkan kelekatan yang sangat positif.
Resistant attachment (ambivalen) membuatkan anak berasa tidak yakin ibu ayah atau penjaga akan selalu ada untuk mereka.
Disebabkan oleh perasaan ini, anak mudah mengalami kebimbangan untuk berpisah (separation anxiety) yang mana akan mengakibatkan mereka untuk sukar ditinggalkan dan menangis.
Dalam avoidant attachment, anak tidak merasakan kelekatan pada ibu ayah atau penjaga. Perkara ini berlaku disebabkan oleh si manja tidak memperoleh kasih sayang atau perhatian yang baik dari anda.
Sekiranya ini berlaku, anda perlulah segeera menangani dan luangkan lebih bersama dengan anak-anak di rumah.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Terrible Twos @ Kerenah Anak 2 Tahun, Kenapa Mereka Kuat Mengamuk Di Usia Ini?
Baca juga: Terrible Twos? Ini Dilema & Cara Ibu Bapa Menjaga Anak Yang Menginjak Usia 2 Tahun
Baca juga: 7 Tahap Perkembangan Anak Usia 2 Tahun, Adakah Anak Anda Lengkap Semuanya?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!