TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Terrible Twos? Ini Dilema & Cara Ibu Bapa Menjaga Anak Yang Menginjak Usia 2 Tahun

4 min bacaan
Terrible Twos? Ini Dilema & Cara Ibu Bapa Menjaga Anak Yang Menginjak Usia 2 Tahun

Jangan bimbang ya ibu ayah semua, fasa ini adalah normal. Boleh dikatakan semua ibu bapa akan mengalami fasa ini apabila anak menginjak usia 18 bulan hingga 30 bulan. 

Ibu bapa mana yang tidak merungut apabila bayi yang selama ini mudah dikawal apabila letak di satu-satu tempat mereka tidak berganjak tiba-tiba bila si manja dah dapat ‘kaki’ lintang pukang terus hidupnya. Terus saja ibu bapa ini merancang aktiviti anak 2 tahun!

Itulah fasa yang lebih dikenali sebagai ‘terrible twos’. Waktu inilah mereka baru tahu mengekspresi emosi, baru dapat berjalan dan berlari, memanjat sana-sini bagai tiada hari esok. 

Jangan bimbang ya ibu ayah semua, fasa ini adalah normal. Boleh dikatakan semua ibu bapa akan mengalami fasa ini apabila anak menginjak usia 18 bulan hingga 30 bulan. 

Mereka sebenarnya keliru dalam pada ingin menerokai dunia dengan berdikari dalam masa yang sama masih inginkan perhatian anda. 

Disebabkan itulah mereka di usia ini cukup teruja kalau dibawa keluar berjalan-jalan, sehingga mereka rasakan keluar berjalan ini adalah satu rutin yang ditunggu-tunggu. Jadi penting untuk ibu ayah rancang aktiviti anak 2 tahun dan ke atas dengan baik, kerana mereka ini sudah peka dengan rutin! 

Bangun saja dari tidur terus melulu ke pintu ingin keluar dari bilik dan bermain. Pantang nampak ibu ayah bersiap cantik terus dia ke pintu rumah bersiap-siap juga untuk keluar. 

Apabila tidak dibawa keluar? Melalaknya bukan kepalang, dia punya kecewa bagaikan ditinggalkan kekasih. Mulalah tragedi mengamuk, menangis dan semua yang diberi tidak mahu, mereka punyai satu matlamat pada waktu dan matlamat itu harus dicapai!

Begitu banyak contoh, jadi ada ibu bapa yang ‘familiar’ dengan kejadian ini? Tentu sekali kan. Jadi ini antara sebab mengapa dan cara anda mengatasi si kecil ‘terrible twos’.

aktiviti anak 2 tahun

Mengapa dipanggil ‘terrible twos’?

Kanak-kanak di fasa ini sangat cerdik dan tumbesaran fizikal mereka di kemuncak waktu ini. Anak-anak anda sudah pandai membuat seperti:

  • Berjalan
  • Bercakap
  • Mempunyai pendapat
  • Belajar mengekspresi emosi
  • Memahami 

Di fasa ini juga, kanak-kanak terlalu teruja untuk menerokai keadaan persekitaran mereka dan ingin melakukan apa saja dengan terma dan syarat mereka sendiri. Dan kelakuan ini adalah cukup normal dan perlu dijangka sekiranya anak sudah mula berjalan lagi. 

Namun disebabkan skil percakapan, fizikal dan emosi masih dalam perkembangan, anak-anak anda mungkin mudah berasa kecewa sekiranya tidak dapat membuat apa yang mereka mahu. 

Contohnya melihat bola datang ke arah mereka dan betapa mereka ingin menendangnya tapi mereka terlepas. Dan jika beberapa ia terjadi, ini dapat menimbulkan rasa kecewa dan hilang kesabaran. 

Tip untuk mengatasi masalah anak ‘terrible twos’

aktiviti anak 2 tahun

Untuk membantu anda menangani fasa ‘terrible twos’, American Academy of Pediatrics menyarankan cara-cara seperti berikut: 

#1. Makan dan tidur mengikut jadua

Tingkah laku anak-anak yang tidak dapat dikawal selalunya berpunca dari tidak cukup tidur dan lapar. Jadi elakkan kedua-dua ini berlaku dengan sentiasa memastikan anak anda makan ikut masa, dan mendapat tidur yang cukup. Elakkan anak terlalu letih.

#2. Puji kelakuan anak bila perlu

Sekiranya anak anda berkelakuan baik, sentiasa ambil masa untuk memuji perbuatan itu. Dan buat tidak endah pada kelakuan yang tidak disukai. 

#3. Jangan rotan anak

Elakkan mengajar anak anda menggunakan kekerasan pada usia ini. Dan elakkan juga dari meninggikan suara, anda ingin tunjukkan satu contoh yang baik buat anak-anak dengan penuh kelembutan. 

#4. Sentiasa bagi anak kuasa memilih

Beri anak-anak membuat pilihannya sendiri, contoh seperti biar dia memilih baju apa yang ingin dipakai, atau warna apa yang ingin dipakai. Dengan ini anak-anak akan sentiasa berasa keinginan dan pilihan mereka diambil kira. 

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah

#5. Jelaskan sesuatu peraturan

aktiviti anak 2 tahun

Anak-anak usia ini sememangnya hanya berlari tanpa mengira bahaya. Jelaskan pada anak anda mereka perlu memegang tangan jika berada di atas jalan atau ketika melintas, kerana bahaya kereta akan melanggar.

#6. Sediakan aktiviti anak 2 tahun

Sentiasa tetapkan rutin yang menarik buat mereka, ini akan mengelakkan mereka dari ingin membuat sesuatu yang diluar jangkaan. Kerana kanak-kanak usia ini cukup biasa dengan rutin dan mereka sebenarnya suka apabila sentiasa ada benda menarik menunggu mereka. 

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

10 Perangai Anak Yang Ibu Bapa Sangka Nakal Namun Sebenarnya Tidak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Terrible Twos? Ini Dilema & Cara Ibu Bapa Menjaga Anak Yang Menginjak Usia 2 Tahun
Kongsikan:
  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham