X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Suka Dinosaur Atau Trak? Kenali Personaliti Si Manja Mengikut 8 Jenis Permainan Ini

17 Mar, 2022
Anak Suka Dinosaur Atau Trak? Kenali Personaliti Si Manja Mengikut 8 Jenis Permainan Ini

Jenis permainan anak lelaki dan perempuan memudahkan ibu ayah mengenali karakter mereka. Jom teliti mainan manakah kegemaran anak di rumah!

Minat dan kecenderungan setiap kanak-kanak itu berbeza dan tidak sama. Ada anak sukakan berbentuk haiwan, ada juga lebih sukakan superhero atau kenderaan atau jika anak perempuan, menyukai jenis masak-masak. Betulkah kecenderungan dan minat terhadap jenis permainan anak juga ada kaitan dengan personaliti mereka?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 8 jenis permainan berkaitan personaliti anak
  • Tips membeli mainan anak

Seorang penggiat dan pendidik teater dikenali sebagai Eddy Rusdi berkongsi pada akaun Twitter beliau mengenai personaliti anak dapat dilihat melalui jenis permainan yang disukai mereka. 

Kenali personaliti si kecil melalui beberapa jenis permainan anak

#1) Dinosaur 

  • Mempunyai daya fikiran yang kuat dan suka menghafal.

jenis permainan anak

Kanak-kanak yang menyukai dinosaur mempunyai daya berfikir yang kuat. Jika dia boleh menghafal nama-nama dinosaur, anda anda seorang yang cekap, pintar dan pantas.

#2) Bulldozer atau jentolak

  • Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat

jenis permainan anak

Sekiranya anak anda meminati mainan ini, dia mempunyai daya ketahanan diri yang kuat. Selain itu, anak anda suka perkara lasak dan bijak berdikari.

Sekiranya dia juga mempunyai minat melihat bulldozer yang sebenar, anak ini selalunya seorang yang meminati perkara teknikal.

#3. Patung barbie

  • Mempunyai keperibadian yang lembut dan manja

jenis permainan anak

Kebiasaannya, kanak-kanak perempuan meminati patung barbie ini. Mereka ini mempunyai keperibadian yang lembut, manja dan suka mencantikkan diri.

Selalunya, kanak-kanak yang meminati patung barbie juga meminati seni dan seorang yang kreatif.

#4) Kapal terbang

  • Seorang anak yang bijak menghafal dan sukakan teori

jenis permainan anak

Jika anak anda meminati kapal terbang, kebiasaannya kanak-kanak ini bijak menghafal dan suka kepada teori.

Jadi sekiranya diasah minat tersebut, dia akan menjadikan dunia kapal terbang sebagai kerjaya sama ada bidang kejuruteraan mahupun sebagai anak kapal.

#5) Kereta

  • Anak seorang yang ceria dan mudah mesra dengan orang sekeliling

Anak Suka Dinosaur Atau Trak? Kenali Personaliti Si Manja Mengikut 8 Jenis Permainan Ini

Kanak-kanak yang meminati mainan kereta, tidak kisahlah sebarang jenis kereta pun, kebiasaannya mereka lebih ceria dan mudah mesra.

Minatnya lebih cenderung kepada bidang automotif dan mesin. Ibu bapa boleh asah bakat anak yang mempunyai minat ini, mungkin boleh jadi seorang jurutera suatu hari nanti.

#6) Mainan memasak

  • Seorang anak yang penyayang dan bertanggungjawab.

Anak Suka Dinosaur Atau Trak? Kenali Personaliti Si Manja Mengikut 8 Jenis Permainan Ini

Kanak-kanak yang meminati mainan memasak ini seorang yang penyayang, bertanggungjawab serta sensitif. Selalunya dia suka berimaginasi menjadi seorang ibu atau chef.

Adalah lebih baik ibu bapa sertai sekali sewaktu mereka bermain kerana ini menjadikan anak lebih bertanggungjawab.

#7. Mainan doktor

  • Mempunyai keperibadian yang cepat matang

Anak Suka Dinosaur Atau Trak? Kenali Personaliti Si Manja Mengikut 8 Jenis Permainan Ini

 

Anak-anak yang meminati mainan doktor ini adalah kanak-kanak yang cepat matang. Selalunya, dia seorang yang suka menolong orang dan jika dipupuk, boleh menjadi insah yang disayangi oleh masyarakat.

Stories Rakan Kongsi
Teenage Growth Comes from Parental Support!
Teenage Growth Comes from Parental Support!
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters

#8) Mainan muzik

  • Seorang yang kreatif dan meminati teori

Anak Suka Dinosaur Atau Trak? Kenali Personaliti Si Manja Mengikut 8 Jenis Permainan Ini

Kanak-kanak yang meminati ini akan membesar menjadi pemuzik atau pakar bidang profesional contohnya, doktor, peguam dan sebagainya.

Sebab itu, sekolah-sekolah di luar negara mempunyai subjek muzik dalam silibus pembelajaran mereka.

Tips membeli permainan anak, ibu kena pilih ikut minat dan usia mereka

Jenis permainan apa sekalipun yang ibu dan ayah mahu belikan untuk anak, paling penting ialah pastikan ia selamat digunakan.

Hal ini bagi memastikan keselamatan anak terjamin dan mengelakkan kemalangan atau sebarang kejadian yang tidak diingini.

Terdapat tips yang boleh ibu dan ayah beri perhatian dalam membuat pilihan untuk mainan anak-anak.

  • Pastikan bukan daripada bahan bertoksik. Jangan membeli alat permainan diperbuat daripada plastik PVC (Poly Vinyl Chloride) kerana ia mengandungi bahan kimia. Sebagai alternatif, belilah barangan diberbuat daripada bongkah kayu.
  • Berhati-hati dengan barangan mudah tercekik dan mencekik seperti biji guli atau bebola besi kerana ia boleh menyebabkan anak kecil termakan dan tercekik. Mainan bertali pula boleh menyebabkan tali terjerut dan mencekik kanak-kanak jika tidak berhati-hati.
  • Elakkan memberi mainan yang terdapat bahan bermagnet atau bateri kepada anak-anak yang kecil.
  • Tidak digalakkan membeli mainan yang boleh mempengaruhi tingkah laku sosial seperti permainan pistol dan karakter animasi yang boleh mencetuskan aktiviti atau aksi ganas.
  • Ibu bapa juga disaran mengelakkan membeli barangan yang mempunyai bunyi bising kerana telinga kanak-kanak terutama yang masih kecil agak sensitif. Dikhuatiri ia boleh menjejaskan pendengaran kanak-kanak tersebut.
  • Belilah barangan yang boleh membina kreativiti anak anda. Galakkan mereka terlibat dalam permainan tradisional kerana ia mampu meningkatkan nilai, kreativiti serta kemahiran sosial. Contohnya congkak, gasing dan sebagainya.
  • Memilih permainan mengikut tahap kesesuaian umur anak-anak, sebagai contoh kanak-kanak berumur 12 bulan  suka  meneroka,  mula  belajar  menggigit. Oleh itu mainan yang sesuai adalah objek lembut dan ringan.

Twitter Eddy Rusdi, keluargabahagia.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

Baca juga: Idea Snacking Bayi 9 Bulan Ke Atas, Penuh Khasiat & Membantu Naikkan Berat Si Manja

Baca juga: Anak Terlalu Obses Dinosaur Petanda Yang Baik, Bantu Kuatkan IQ & Jadi Lebih Bijak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Suka Dinosaur Atau Trak? Kenali Personaliti Si Manja Mengikut 8 Jenis Permainan Ini
Kongsikan:
  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham