Meneliti kehidupan kita dari semasa ke semasa seumpama membina rumah mainan LEGO anak dan bata LEGO. Anda memasang bata demi bata, tetapi ianya boleh dihancurkan dalam sekelip mata.
Akhirnya, anda nekad kutipkan setiap satu kepingan dan membina semula, bata demi bata. Adakalanya mudah, tetapi selalunya tidak. Malah, ianya cukup mengecewakan. Namun, anda terus melangkah dan tidak terungkap perasaan apabila akhirnya berjaya membina.
Ini adalah antara perkara terpenting yang anda ingin ajar kepada anak anda. Untuk mencapai maklamat tersebut, apakah cara terbaik selain daripada belajar secara praktikal pada umur awal dengan batu bata LEGO® DUPLO®?
Teruskan baca untuk memahami bahawa mainan LEGO anak atau batu bata LEGO DUPLO dapat mengajar anak anda pada asas-asas penting serta membantu mereka menjadi anak-anak yang yakin, gembira, dan bersedia menghadapi masa depan!
LEGO DUPLO – Permulaan Besar untuk Si Kecil
LEGO DUPLO telah menjadi sahabat dipercayai oleh ibu bapa melebihi 50 tahun. Ianya telah membantu anak-anak menerokai dunia di sekitar mereka dan belajar untuk berkembang.
LEGO DUPLO bukan sekadar mainan tetapi ia melambangkan satu perjalanan. Ia membuka dunia tanpa batasan untuk anak-anak dan memimpin mereka mengenalpasti tahap kebolehan dirinya. Ia bermula sebaik sahaja mereka mencantum dua bata bersama.
Kegembiraan dan kepuasan apabila ketahui bahawa mereka berjaya membentuk mainannya; dan ambil langkah pertama untuk menjadikan idea mereka ke realiti – kesemua ini memang tidak ternilai. Ia bermula dengan dua batu bata, kemudian dua puluh, mencecah 200 tanpa disedari, dan selebihnya adalah dijadikan sejarah!
Terdapat pelbagai set LEGO DUPLO yang membolehkan anak-anak mengubahsuai idea mereka menjadi realiti.
Anak-anak dapat belajar melalui setiap bata yang mereka cantumkan. Mereka juga belajar perihal kepuasan apabila bata mereka berjaya dicantumkan, maka berasa kecewa apabila ianya tidak jadi. Perkara yang paling penting di sini, LEGO DUPLO mengajar anak-anak kita bahawa hidup adalah satu process penemuan, ianya bukan berdasarkan pada peraturan-peraturan yang sedia ada, tetapi ia seumpama kehidupan kita yang bukan sekadar meletakkan batu bata tertentu di tempat yang ditetapkan sahaja.
Sebaliknya, ia adalah penemuan baru berlaku apabila batu bata diletakkan di tempat-tempat yang berlainan. Kemungkinannya tanpa batasan, sama ada berlaku di atas mainan LEGO DUPLO mahupun kehidupan kita, sedangkan kita boleh membantu anak-anak memahami perkara ini adalah salah satu perkara terbaik yang dapat dilakukan oleh LEGO DUPLO.
Mainan LEGO Anak Mainan Batu Bata untuk Setiap Peminat
Batman, Elsa, parti teh, kedai pizza, lapangan terbang, kereta, haiwan eksotik, ladang, apa sahaja yang difikirkan – terdapat pelbagai pilihan permainan yang luas disediakan oleh LEGO DUPLO. Tentunya terdapat sesuatu untuk setiap kanak-kanak. Apabila anak-anak memilih set permainan LEGO DUPLO mengikut minatnya, mereka pasti sukainya!
Dengan setiap tema LEGO DUPLO yang sentiasa diperbaharui, mereka dapatlah peluang untuk mengekspresikan diri dan membina keyakinan melalui kepelbagaian watak-watak atau warna-warna yang menceriakan.
Perincian kecil yang terdapat dalam setiap aspek permainan LEGO DUPLO sememangnya membantu anak anda mulakan langkah barunya dengan baik!
Kemahiran dan Penilaian Anak Anda Dipelajari daripada Permainan LEGO DUPLO
Ayat yang sering kita dengar – pembelajaran terbaik berlaku di luar kelas. LEGO DUPLO memberi anak anda permulaan penting dalam kehidupan mereka dengan memperkukuhkan kemahiran penting dari segi emosi dan interpersonal, ini dapat membantu mereka berkembang maju dalam dunia kini yang sentiasa berubah!
Berikut adalah perkara-perkara yang boleh dipelajari oleh anak anda dengan bermain LEGO DUPLO.
1. Ketahanan & Keyakinan
Ia memerlukan masa dan kesabaran apabila bermain dengan LEGO DUPLO. Anak anda mungkin mudah putus asa, namun ketika berjaya menjadikan apa yang ada dalam fikiran mereka kepada sesuatu yang dibentukkan, ini dapat membantu mereka belajar untuk bertahan. Inilah latihan terbaik bagi anak-anak menghadapi pelbagai cabaran dan mengatasinya tanpa berputus asa!
Ketahanan ini meningkatkan keyakinan pada dirinya. Apabila mencipta sesuatu yang baru, atau mengatasi cabaran dengan LEGO DUPLO, mereka membina keyakinan pada dirinya sendiri untuk menghadapi cabaran yang lebih besar!
2. Ekspresi Kendiri
Sama seperti seni dan muzik, anak anda menggunakan batu bata LEGO DUPLO juga terdapat cara mengekspresi diri semasa bermain.
Berikut adalah beberapa tip bermain mainan LEGO anak iaitu LEGO DUPLO:
1. Biarkan anak-anak menjadi peranan dan apa sahaja yang mereka bayangkan dalam permainan roleplay LEGO DUPLO, meluahkan emosi dengan bebas, dan meningkatkan kesedaran diri. Jika anda pernah melihat kanak-kanak bermain seolah-olah sesuatu peranan, anda pasti tahu bahawa semua ini cukup menggembirakan, kelakar dan menawan hati!
2. Turut terlibat dalam keseronokannya, contohnya, jika anak-anak membayangkan dirinya sebagai petani atau penjaga zoo, anda boleh membuat suara haiwan bersama kemudian berikan pujian kepada anak-anak kerana mereka sayang dan pandai menjaga haiwan-haiwan.
3. Minta anak-anak bercerita dan beri pujian kepada mereka sebagai ganjaran! Memandangkan tidak ada cara yang salah untuk bermain dengannya, ini memberi ruang untuk anak-anak memikir pelbagai cerita, tema dan watak dengan LEGO DUPLO. Tema yang bersuka ria, watak yang berjenis-jenis dan permainan berwarna-warni ini menjadikan LEGO DUPLO sungguh menarik.
3. Perkembangan kemahiran motor halus
Penggunaan gajet dan masa yang diluangkan pada skrin telah mengambil alih dunia dalam sekelip mata, tetapi masa penggunaan terlalu panjang bukanlah satu perkara yang baik untuk kanak-kanak.
Masalah menghabiskan masa yang panjang pada skrin ini bertambah berat diakibatkan oleh pandemik secara tidak langsung. Ianya menambahkan masa anak-anak luangkan pada skrin. Masalah lain yang tertimbul akibat perkara ini turut mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
LEGO DUPLO adalah alternatif bermanfaat berbanding dengan masa yang dihabiskan pada skrin. Ini akan menjadikan anak anda sibuk (pada perkara yang bermanfaat) dan lengkapkan batu bata LEGO DUPLO pada masa yang bersesuaian, ini dapat membantu perkembangan kemahiran motor halus anak-anak kerana inilah latihan yang bagus untuk pergerakan jari-jemari kecil.
Ini memang banyak membantu anak-ank anda terutama golongan yang baru masuk sekolah dan mula belajar memegang pensil untuk menulis berbanding dengan kerap meleret skrin!
4. Meningkatkan Daya Fokus, Mengurangkan Kegelisahan & Tekanan
Tahukah anda bahawa bermain dengan LEGO DUPLO dapat memberikan kesan relaks dan menenangkan anak? Sekiranya anak selalu berasa gelisah atau tertekan, bermain LEGO DUPLO dapat membantu.
Di samping itu, anak-anak memasang batu bata LEGO DUPLO dengan sabar juga dapat membantu meraka meningkatkan fokus dan penumpuan. Ini adalah sata permulaan yang baik untuk memberi fokus pada pelajaran di sekolah!
Tip untuk Ibu Bapa!
Ibu bapa sekalian, setelah mengetahui sebab-sebab LEGO DUPLO sebagai permainan hebat bagi anak-anak anda, kami berikan beberapa tip di sini untuk pertimbangan anda!
Ya, anda berperanan untuk membantu anak-anak anda dalam process pelajaran melalui LEGO DUPLO supaya anak-anak dapat dimanfaatkan sepenuhnya!
1. Beri Peluang Kepada Anak Untuk Memimpin
Meskipun anda sentiasa ingin memberikan tunjukajar kepada anak – anak atas cara memasang batu-bata, tolong jangan lakukannya!
Berikan ruang dan ikut arah pimpinan anak. Anda boleh menjadi penyokong dengan mencetuskan imaginasi anak-anak menerusi soalan seperti, “Apa yang boleh kamu lakukan dengan itu?” atau “Di mana kamu fikir bata ini sesua dipasang?”
Ini mendorong anak-anak berusaha untuk berfikir lebih dalam. Atau anda boleh mencipta senario kemudian bertanya kepada anak-anak apa yang difikirkannya.
Contohnya, “Apa akan berlaku jika zirafah LEGO DUPLO masuk ke dalam kereta polis?” Kemudian, saksikan cetusan magis, apabila anak-anak menjadi pencerita dan membawa anda mengembara bersama mereka!
2. Penggalakan & Motivasi
Ya, Ianya sememangnya selamat untuk kanak-kanak bermain dengan LEGO DUPLO secara bebas, namun sedikit penggalakan diberikan daripada ibu bapa menjadikan pengalaman bermain lebih memuaskan.
Adakalanya, anak-anak tidak tahu bermula dari mana, anda boleh membantu anak-anak untuk memasang mengikut ideanya, berbincang bersama sepanjang proses permainan mahupun membantu anak-anak dengan memberikan petunjuk.
Hasil pemasangan ini tetap menjadi sesuatu yang anak-anak mampu memasang dengan sendiri dan ini dapat membina keyakinan pada dirinya.
Seperti yang dikatakan, motivasi selalunya berkesan. Anak-anak memerlukan masa dan usaha di atas pemasangan batu-bata LEGO DUPLO. Apabila mereka berjaya menghasilkan rekaannya, ibu bapa harus memberikan kata-kata positif yang dapat menggalakkan mereka.
Pujian diberikan kepada anak-anak atas usaha dan kesabaran yang ditaruhkan ke atas tugasan yang diberikannya, malah pujian tersebut membawa makna yang menggalakkan anak-anak anda!
Keselamatan & Kualiti Produk
Anda mungkin terdapat satu soalan lagi – apakah tahap keselamatan LEGO DUPLO tercapai? Anda pasti berasa lega apabila mengetahui bahawa LEGO DUPLO direka khas untuk kanak-kanak yang masih lagi kecil.
Oleh itu, saiz batu bata cukup besar sehingga tiada risiko bagi anak kecil menelannya. Walaupun peringatan diberi berulang kali, tetapi masih berkemungkinan anak menelan mainain batu bata.
Kami memberikan jaminan bahawa jika anak berbuat demikian, mereka tidak akan terdedah kepada bahan berbahaya. Batu bata LEGO DUPLO diperbuat daripada bahan-bahan mentah yang diluluskan oleh penilaian keselamatan yang ketat.
LEGO DUPLO komited dalam menyediakan produk memenuhi malah melebihi tanda aras global seperti Arahan Keselamatan Mainan EU (EU Toy Safety Directive) dan Akta Peningkatan Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (US Consumer Product Safety Improvement Act). Pihak kami tidak berkompromi dengan keselamatan anak anda!
Ibu bapa sekalian, ingatlah belajar melalui bermain pada usia kecil lagi dapat membantu anak –anak mulakan langkahnya secara progresif dan membantu mereka untuk lebih bersedia menghadapi masa depan.
LEGO DUPLO berkembang bersama anak-anak anda, malah bantu mereka menglengkapi dengan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan pada masa depan!
Dapatkan anak-anak anda set mainan LEGO anak LEGO DUPLO pertama mereka dengan melayari laman web rasmi LEGO Malaysia. Mulakan perjalanan anak-anak yang lebih cerah dan bersukaria, beryakinan diri dan bersedia untuk masa depan!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Aktiviti Belajar Yang Menggunakan LEGO!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!