X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ayah STOP Terlalu Melindungi Anak, Mereka Perlu Berdikari & Belajar Buat Sendiri!

4 min bacaan
Ibu Ayah STOP Terlalu Melindungi Anak, Mereka Perlu Berdikari & Belajar Buat Sendiri!

Jika anak menjadi manja, ia bukan disebabkan oleh dirinya sahaja. Ini boleh terjadi kerana sikap ibu bapa terlalu over protective atau helicopter parenting

Menjadi lumrah bagi setiap ibu ayah pasti akan melakukan apa sahaja yang terbaik buat keluarga tercinta. Meskipun usia semakin bertambah, sikap ingin melindungi akan sentiasa menebal sehingga secara tanpa sedar anda membentuk mereka menjadi anak manja.

Naluri ibu bapa akan cenderung untuk bertindak sebagai pelindung bagi anak-anak. Namun ia menjadi keterlaluan jika anda tidak membiarkan si manja menyelesaikan sendiri masalah dan menjadi penyelamat meskipun perkara remeh.

Salah siapa anak manja dan tidak mampu berdikari?

penyebab anak manja

foto: babab.net

Meskipun ibu ayah yang terlalu melindungi dapat menghindarkan mereka daripada masalah, tetapi ini sekaligus akan memberikan impak buruk kepada anak-anak buat jangka masa panjang.

Gaya keibubapaan yang terlalu melindungi (overprotective) atau helicopter parenting menjadi sebuah kebiasaan pada waktu kini. Justeru, tidak hairanlah ada kes ibu ayah memarahi guru sampai perlu naik mahkamah.

Bukan itu sahaja, fenomena anak-anak menghambakan kedua ibu bapa turut menjadi perkara serius sehingga mereka tidak pandai melakukan sebarang bentuk kerja rumah dengan baik.

Istilah helicopter parent pertama kali digunakan oleh anak remaja yang mengatakan ibu ayah diibaratkan seperti ‘terbang di atas anak seolah-olah sebuah helikopter untuk melindungi mereka.’

Faktor yang mendorong kepada helicopter parenting

Semasa anak masih kecil, helicopter parent mungkin akan sentiasa mengikuti setiap langkah dan pergerakan anak. Bukan itu sahaja, ibu ayah turut cenderung mengarah tingkah laku serta tidak memberikan ruang untuk bermain sendirian.

Manakala jika anak anda sudah memasuki alam persekolahan, ibu ayah akan sentiasa memastikan anak-anak mempunyai guru atau jurulatih tertentu, memilih rakan, aktiviti anak atau membantu melakukan kerja sekolah secara berlebihan.

Keadaan ini boleh terjadi disebabkan oleh 4 sebab utama iaitu:

  • Ketakutan terhadap perkara yang mungkin berlaku
  • Perasaan gelisah
  • Terlalu membandingkan anak
  • Tekanan daripada ibu ayah yang lain.

Tanda ibu bapa terlalu melindungi anak

Tidak dinafikan, peranan ibu bapa dalam melindungi anak-anak adalah penting. Namun anda perlu mengelakkan beberapa perkara ini agar mereka menjadi lebih matang, berdikari dan bertanggungjawab.

#1. Selalu tolong siapkan kerja sekolah anak

ibu terlalu melindungi

credit to sources

Para ibu zaman kini tidak hanya mengajar anak-anak sahaja di rumah, bahkan ada daripada segelintirnya sanggup melakukan kerja sekolah mereka. Hal ini terjadi kerana masa terlalu terhad dan dalam masa yang sama, anak mula menunjukkan rasa bosan sehingga enggan meneruskan tugasan diberikan oleh guru.

Bagi menyelamatkan anak daripada didenda atau rotan di sekolah, maka ibulah yang akan menyiapkan kerja sekolah tersebut. Perbuatan ini menyebabkan anak manja dan tidak mempercayai kebolehan diri sendiri.

#2. Kerap mesej pada guru di sekolah

Jika dibandingkan dengan dahulu, para ibu atau bapa hanya akan berjumpa dengan guru di sekolah sekiranya ada PIBG ataupun penyerahan rekod prestasi pelajar. Namun kini dengan kecanggihan jaringan perhubungan, segalanya berada di hujung jari.

Sebelum ini tular tentang seorang ibu menyalahkan guru kerana memberikan banyak kerja sekolah, tidak tolong basuh bekal anak dan memastikan anak-anak untuk makan makanan berkhasiat ketika mereka di sekolah.

Tidak cukup dengan itu, ada segelintir ibu bapa kerap menghubungi guru dan bertanyakan pelbagai soalan yang tidak sepatutnya.

#3. Tidak melibatkan anak dengan kerja di rumah

Alasan anak masih kecil dan dapat cepat siap mengemas oleh ibu ‘hebat’ sebenarnya akan menyebabkan kesan buruk terhadap nilai diri serta kemampuan fizikal anak-anak.

Hal ini kerana kemahiran kendiri atau life skills sangat penting untuk kegunaan pada masa depan mereka. Malah, hasil kajian mendapati anak yang diajar melakukan pelbagai jenis kerja rumah adalah lebih berjaya apabila dewasa, tidak kiralah dalam karier mahupun kehidupan.

Jika anda mengambil contoh di negara Jepun, kebanyakan sekolah tiada jawatan tukang cuci atau mak cik cleaner. Ini kerana semuanya akan dibersihkan sendiri oleh para pelajar. Mentaliti ini sepatutnya anda terapkan pada anak sejak mereka kecil.

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

Kesan anak yang terlalu manja & sering dilindungi

helicopter parenting

credit to sources

#1. Si manja membesar menjadi seorang yang tiada keyakinan diri. Dengan selalu mendapat bantuan ketika menghadapi masalah, anak akan berasa dirinya lemah atau tidak berdaya melakukan sesuatu dengan sendiri.

#2. Nilai keperibadian yang rendah. Ibu ayah yang terlalu mengawal atau melindungi anak biasanya tidak memberi kesempatan langsung untuk mereka merasai kegagalan. Padahal melalui kegagalan, anak akan mengambil pengajaran dan mengumpul kekuatan untuk bangkit semula.

#3. Mudah cemas dan tidak berani berdepan dunia luar. Disebabkan oleh selalu dikawal oleh ibu bapa, anak akan merasai dunia luar adalah sesuatu yang tidak selamat untuknya sehingga berasa cemas setiap kali ibu ayah tiada di sisi mereka.

Sumber: Hijabnheels, Sahabat Nestle

Photo: credit to sources

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu Ayah STOP Terlalu Melindungi Anak, Mereka Perlu Berdikari & Belajar Buat Sendiri!
Kongsikan:
  • JANGAN jadi seperti 'ibu bapa helikopter', berkecai masa depan anak nanti!

    JANGAN jadi seperti 'ibu bapa helikopter', berkecai masa depan anak nanti!

  • Anak Hiperaktif Tanda ADHD, Ibu Ayah Guna Teknik Ini Untuk Kawal Tingkah Laku Mereka

    Anak Hiperaktif Tanda ADHD, Ibu Ayah Guna Teknik Ini Untuk Kawal Tingkah Laku Mereka

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • JANGAN jadi seperti 'ibu bapa helikopter', berkecai masa depan anak nanti!

    JANGAN jadi seperti 'ibu bapa helikopter', berkecai masa depan anak nanti!

  • Anak Hiperaktif Tanda ADHD, Ibu Ayah Guna Teknik Ini Untuk Kawal Tingkah Laku Mereka

    Anak Hiperaktif Tanda ADHD, Ibu Ayah Guna Teknik Ini Untuk Kawal Tingkah Laku Mereka

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.