Cara salah untuk meningkatkan keyakinan diri anak
Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Disebabkan itu, mereka percaya apa yang dilakukan pada anak-anak adalah yang terbaik dalam menjadikan anak mereka lebih baik, contohnya seperti meningkatkan keyakinan diri anak.
Dan, ramai yang menganggap anak-anak berterima kasih atas apa yang telah mereka lakukan.
Tapi sebenarnya, tidak semua cara disiplin mendatangkan keputusan yang dijangka. Ini kerana tidak semua cara disiplin memberi impak yang positif terhadap kanak-kanak.
Dan berikut adalah 10 perkara yang kebanyakan ibu bapa buat yang boleh menghancurkan keyakinan diri anak-anak.
1. Banding anak dengan orang lain
Tiada anak yang gemar dibandingkan. Kredit foto: parenting.
Ramai ibu bapa suka membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Niat mereka supaya anak lebih tercabar dan berusaha jadi seperti orang yang dibandingkan.
Apa yang mereka tidak tahu, ini sebenarnya membuatkan anak-anak rasa lebih rendah diri dan hilang kepercayaan pada keupayaan diri sendiri.
Apa yang kita rasa jika kerap dibandingkan dengan orang lain? Apatah lagi ketika dibandingkan, orang lain yang dipuji.
2. Tidak pernah memuji anak
Hanya ibu bapa yang tidak percaya kemampuan anak saja yang tidak memuji anak sendiri. Ada sesetengah ibu bapa yang menganggap jika seorang anak itu dipuji apabila melakukan sesuatu, mereka akan melakukannya untuk dipuji.
Dan anak mereka akan membangga diri jika dipuji.
Sebenarnya, tidak salah pun jika mereka bangga kerana dipuji ibu bapa sendiri. Dan sebenarnya pujian sangat bagus untuk mendorong mereka membuat sesuatu dengan lebih baik.
3. Mengkritik sifat, keupayaan atau ciri-ciri anak
Satu lagi cara yang ramai ibu bapa anggap dapat membuatkan seseorang anak itu ingin berubah adalah dengan mengkritik sifat, keupayaan atau ciri-ciri anak itu. Ini termasuklah mengkritik minat mereka.
Dengan mengkritik, ia akan memberi impak psikologi hingga mereka rasa diri mereka tidak dihargai seadanya. Selain itu, mereka juga akan rasa yang diri mereka tidak cukup untuk anda.
Bukankah lebih baik jika kita menghargai mereka seadanya? Pasti mereka akan lebih terdorong untuk buat lebih baik demi kita dan demi diri mereka sendiri.
4. Tak terima kekurangan anak
Sempurna, satu perkara yang sungguh berat sebenarnya. Namun ramai ibu bapa mengharapkan kesempurnaan secara fizikal dan emosi pada anak mereka.
Kadang-kadang, terlalu mahukan kesempurnaan boleh membuatkan anak terasa jauh hati kerana kekurangan mereka tidak diterima.
5. Tentukan segalanya tentang hidup anak
Sudah menjadi kebiasaan, sebagai ibu bapa, kita hendak membantu mereka dari semua perihal. Tapi kadang kita lupa batasan yang tidak perlu dilangkau.
Menentukan segalanya untuk mereka termasuklah apa pekerjaan yang sesuai buat mereka akan membuatkan mereka rasa mereka tidak mampu membuat keputusan sendiri.
Akan tiba satu masa, mereka terfikir apa sebenarnya yang mereka mahu, tetapi mereka tidak mahu mengecewakan ibu bapa. Kes seperti ini akan berakhir dengan penyesalan tidak mengejar cita-cita.
6. Kerap ungkit kesalahan
Membesar merupakan satu proses yang sangat sukra dan membuat kesalahan tidak dapat dielakkan. Masa kanak-kanak adalah masa untuk meneroka pelbagai perkara, membuat kesalahan, dan memperbaiki kesalahan.
Tapi, ibu bapa janganlah kerap mengungkit kesalahan lama seperti mereka langsung tidak pernah baiki kesalahan tersebut.
Mana mungkin mereka sempurna tanpa cela, jadi bantu mereka untuk menjadi lebih baik. Bukan dengan hanya mengingatkannya tentang kesalahan sahaja.
7. Ajar impian, cita-cita dan angan-angan kanak-kanak mustahil untuk dicapai
Bukan hanya kanak-kanak, kadan-kadang, orang dewasa juga ada impian dan cita-cita yang unik. Dan bagi kanak-kanak, ramai ibu bapa mereka enggan meraikan impian mereka.
Sering kali impian seumpama itu dipandang remeh dan dikatakan mengarut untuk dicapai.
Sebenarnya, meraikan impian mereka boleh membantu meningkatkan keyakinan diri anak. Mereka akan lebih gembira dan lebih yakin.
8. Pentingkan kata orang
Lebih mementingkan tanggapan orang luar terhadap anak sendiri berbanding apa yang mereka rasa tentang diri mereka adalah perkara tidak sihat. Anda sedang menjatuhkan potensi anak anda yang mungkin menjadi seseorang yang lebih hebat dari orang biasa.
9. Nilai kebijaksanaan mereka dari gred saja
Memang gred penting. Namun ia bukanlah penanda aras untuk menilai intelek mereka. Banyak faktor yang boleh dipandang bagi menilai seseorang anak itu secara keseluruhan.
Pandai dari segi kesenian, kraf dan skil juga wajar dipandang. Jadi, gred semata-mata bukanlah cara yang tepat untuk anda menilai anak anda.
10. Anggap anak tak layak bersuara
Berikan mereka peluang untuk bersuara. Beri mereka peluang untuk menyatakan pendapat mereka. Asalkan ia tidak kurang ajar dan tidak salah. Biar mereka tahu yang mereka juga ada hak untuk bersuara.
Sebagai ibu bapa kita tidak boleh menganggap anak-anak untuk mendengar kata-kata kita tanpa kata. Memang jika mereka mendengar tanpa kata lebih mudah untuk dikawal.
Ini akan menyebabkan mereka menjadi seseorang yang pasif dan percaya yang mereka tidakk layak untuk bersuara.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!