TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kesilapan Mendisiplin Anak Ibu Bapa Sering Lakukan, No 2 Paling Buang Tenaga Ya!

4 min bacaan
Kesilapan Mendisiplin Anak Ibu Bapa Sering Lakukan, No 2 Paling Buang Tenaga Ya!

Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa kesilapan mendisiplinkan anak yang paling biasa dilakukan oleh ibu yang kemudiannya membawa kepada penyesalan.

Semakin besar anak-anak, semakin banyak perangai baru mereka muncul secara tiba-tiba membuatkan kadang-kala ada ibu bapa menjadi geram dan marah. Kami faham, namun sebenarnya ada kesilapan mendisiplin anak yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“Kanak-kanak akan berjaya jika mereka fikir boleh melakukannya” adalah mantra asas yang Dr. Ross Greene, ahli psikologi terkenal dan pengarah Lives in the Balance, minta ibu bapa ingati apabila berurusan dengan kanak-kanak.

Para ibu juga boleh berjaya jika mereka fikir mereka boleh. Tetapi, apabila ia adalah berkenaan dengan disiplin, kita tidak sentiasa melakukan perkara yang betul.

Jadi, teruskan membaca untuk mengetahui beberapa kesilapan mendisiplin anak yang paling biasa dilakukan oleh ibu yang kemudiannya membawa kepada penyesalan.

5 Kesilapan Mendisiplin Anak Ibu Bapa Sering Lakukan

1. Mendisiplinkan kelakuan biasa anak

kesilapan mendisiplin anak

 

“Dia membuat bunyi yang teruk, suara pelik. Bunyi yang dilakukannya adalah luar biasa dan amat menjengkelkan apabila dia menjadi seekor beruang,” Kelly R. berkata tentang anak lelakinya berusia 9 tahun.

Seperti Kelly, kadang-kadang saya tertanya, apakah ia perkara biasa untuk anak-anak saya.

Dengan si bongsu, anak kedua, dan seorang remaja di rumah saya, ia kadang-kadang sukar bagi saya untuk mengingati cara tingkah laku yang sesuai dengan perkembangan untuk setiap peringkat umur.

Saya marah dengan mereka kerana melakukan perkara-perkara menjengkelkan sebelum saya teringat bahawa itu adalah apa yang anak-anak lakukan pada usia mereka.

Dan kemudian, sudah tentu, saya kesal kerana memarahi mereka hanya kerana anak-anak saya berkelakuan seperti kanak-kanak yang lain.

2. Menjerit

 

Cara marah adalah berbeza bagi setiap ibu. Ia berbeza apabila seorang ibu menjerit kepada anaknya yang berada di tingkat atas  rumah dan seorang ibu yang menjerit terhadap anak yang berada di hadapan mereka.

Menjerit bukan teknik disiplin yang baik dan menjerit pada anak anda hanyalah mengajar dia untuk tidak menghormati anda seperti mana anda tidak menghormati dia.

Menjerit adalah tanda kekecewaan dan keletihan mental. Ia bukan satu percubaan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah.

Ia seperti berkata: “Jangan!,” daripada berkata: “Mama tengah memasak, bolehkah kamu menonton TV dahulu?”

Seperti yang dikatakan oleh Lisa D., menjerit hanya akan membuatkan anak anda berasa lebih berkuasa.

3. Tidak konsisten 

kesilapan mendisiplin anak

 

Saya baru membaca coretan oleh mommy blogger Bad Playdate tentang seorang ibu yang mengejar anaknya ketika parti hari jadi.

Ibu tersebut membuat anaknya mengira sehingga tiga dan membiarkan dia berdiri bersendirian ketika parti itu berlangsung.

Walaupun teknik 1-2-3 berkesan untuk kebanyakan kanak-kanak, yang penting adalah konsisten, bukan kegigihan!

Jenny, seorang ibu, berkata, dia telah mencuba pelbagai teknik disiplin yang berbeza dengan anaknya sejak enam tahun yang lalu.

Tetapi tidak satu pun yang berkesan. Dia mengakui yang masalahnya adalah dia tidak konsisten, sesuatu yang dia kesal dan sedang berusaha untuk betulkan.

4. Tidak mendisiplinkan setiap anak secara individu

 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Apabila anda mempunyai lebih daripada seorang anak, adalah mudah untuk menggunakan satu sahaja cara disiplin.

Tetapi ia adalah sesuatu yang Susan M., ibu kepada 10 orang anak, cadangkan ibu bapa untuk elakkan.

Beliau berkata apa yang dia tahu sebagai ibu kepada ramai anak adalah kanak-kanak bertindak balas secara berbeza kepada disiplin.

Sesetengah kanak-kanak amat sedih jika anda melihat mereka dengan cara yang salah.

5. Menganggap bahawa disiplin dan hukuman boleh ditukar ganti

Kesilapan Mendisiplin Anak Ibu Bapa Sering Lakukan, No 2 Paling Buang Tenaga Ya!

 

Apabila ibu-ibu ditanyakan soalan:

“Bagaimanakah ibu bapa boleh tahu yang teknik disiplin yang mereka gunakan adalah terlalu keras untuk anak mereka?”

dan

“Apakah jenis-jenis hukuman yang anda fikir sesuai dan yang tidak sesuai?”

ada yang tidak selesa dengan soalan itu. Masalahnya ialah disiplin dan hukuman tidak boleh ditukar-tukar dan sesetengah ibu kesal kerana tidak memikirkannya lebih awal.

Carrie B., seorang ibu, menunjukkan bahawa disiplin adalah satu cara untuk mengajar anak-anak kawalan diri dan sempadan.

Manakala hukuman memberi tumpuan hanya pada apa yang salah dan ibu bapa perlu memikirkan cara untuk menghukum tingkah laku yang salah itu dan bukan mengubah suaikannya.

Berita baik adalah ini: kesilapan boleh diperbaiki dan anda boleh memperbaiki diri dengan menggunakan teknik-teknik yang lebih positif.

Jodi, seorang yang sentiasa menjerit kepada anaknya sebelum ini, berkata: “Saya lebih baik sekarang daripada saya yang dahulu. Saya telah belajar untuk lebih bersabar sejajar dengan pertambahan usia saya.”

Rencana diterjemah daripada Pop Sugar. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tak Perlu Pukul & Herdik Anak, Ini Cara Mendidik Anak Disiplin Berkesan

Baca juga: Disiplinkan Anak Yang Berbeza Perangai: Guna Cara Yang Sama Atau Berlainan?

Baca juga:  8 Cara Mendidik Anak Dari Bayi, Pasti Mereka Kenal Erti Disiplin Sejak Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kesilapan Mendisiplin Anak Ibu Bapa Sering Lakukan, No 2 Paling Buang Tenaga Ya!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham