TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

6 Cara Kreatif Untuk Mendisiplinkan Anak Anda

4 min bacaan
6 Cara Kreatif Untuk Mendisiplinkan Anak Anda

Gunakan 6 cara kreatif untuk mendisiplinkan anak anda tanpa menggunakan kekerasan atau gaya ala-ala askar. Ianya mudah, lembut dan praktikal untuk dicuba di rumah.

Apa cara mendisiplinkan anak yang betul?

Mendisiplinkan anak-anak sememangnya satu perkara yang mencabar.

Tapi, ramai ibu bapa berpengalaman di luar sana yang melakukan beberapa helah praktikal dan cara kreatif untuk mendisiplinkan anak mereka dalam beberapa situasi yang berlainan.

Jika anda masih mencari cara-cara menarik dan tidak terlalu tegas dalam mendisiplinkan anak anda, jom baca 6 tip di bawah ini.

Ia pasti dapat membantu!

1. Guna kaedah pelukan

cara disiplinkan anak - pelukan

Sumber: Parentmap.com

Ketika mendisiplinkan anak, anda tidak perlu terlalu kasar atau bak seorang komander askar. Cukup dengan memberikan satu pelukan mesra kepada anak anda!

Cara ini amat berkesan untuk anak anda yang masih kecil. Jika dia tidak mahu mendengar nasihat anda, cuba berikannya tunjuk ajar sambil memeluk erat dirinya.

Atau, jika anak anda mula tunjuk tantrum, peluk anak kecil anda sekuat-kuatnya dan biarkan dia tenang dalam dakapan anda.

Malah, taktik ini juga berkesan untuk anak-anak anda yang saling bergaduh. Apa yang anda boleh buat adalah minta mereka untuk saling berpelukan.

Biar mereka melihat wajah masing-masing, memohon maaf dan saling bertukar ucapan sayang.

Pada mulanya, mereka mungkin berasa pelik atau kekok, tapi lama-lama ia akan menjadi rutin biasa. Cuba ya!

2. Kaedah berdiri atas (satu) kaki sendiri

Sebagai ibu dan ayah, kita mahu anak kita berdisiplin dan pandai berdikari, kan?

Kita mahu mereka boleh berdiri atas kaki sendiri.

Haaa, apa kata anda gabungkan kedua-dua ini dalam cara mendisiplinkan anak anda?

Jika anda perasan yang anak-anak anda mula bergaduh sesama sendiri, suruh mereka menghadap antara satu sama lain sambil berdiri atas satu kaki (ala-ala burung flamingo).

Biarkan mereka kekal dalam posisi ini sehinggalah mereka berbaik, mula bekerjasama dan dapat mencari penyelesaian untuk berbaik semula.

Mungkin pada mulanya, cara ini nampak remeh, tapi tunggu sehingga seminit dua. Pasti anak-anak anda akan mula tergelak dan bergurau antara satu sama lain (ketika cuba untuk menjatuhkan adik atau abangnya itu!)

Dengan cara ini, mereka akan cepat berbaik dan menjadi mesra antara satu sama lain.

3. Kaedah mencuci tingkap

cara mendisiplinkan anak - cuci tingkap

Sumber: The Asian Parent Singapore

Saya pernah terdengar yang ada beberapa ibu membuatkan anak-anak mereka mencuci tingkap apabila anak mereka buat perangai atau tidak berdisiplin.

Ibu ini akan menyuruh anaknya mencuci tingkap yang sama sehingga ianya benar-benar berkilat! 

Teknik ini sangat sesuai untuk anak yang selalu bergaduh. Jadi, apabila mereka diminta untuk mencuci tingkap bersama-sama, ia mengajar nilai kerjasama.

Malah, mungkin mereka juga akan saling bergurau dan mula mencampak air antara satu sama lain dan bergelak ketawa! 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

4. Kaedah menulis

Apabila kita menegur anak sambil marah-marah, ia sebenarnya tidak memberi kesan yang positif.

Jadi, cuba bertenang dan gunakan kaedah kreatif yang ini pula: minta anak anda untuk menulis nasihat anda atas sekeping kertas.

Percayalah, ia adalah antara teknik yang berkesan untuk mendisiplinkan anak-anak dan memudahkan mereka mengingati nasihat anda.

Jika anda perasan yang anak anda melanggar peraturan anda, segera mintanya duduk dan tulis “saya akan patuh arahan mama iaitu ….” atau “saya janji akan…“.

Mintanya ulangi tulisan ini sebanyak 10, 20 atau 30 kali. Terangkan juga kepadanya mengapa anda mahu dia mengingati peraturan anda selalu; ia adalah untuk kebaikan dirinya.

Tapi, sudah tentu, teknik ini hanya untuk anak anda yang sudah pandai menulis.

5. Kaedah mencabut rumput

cara nak disiplinkan anak

Sumber: The Asian Parent Singapore

Bila anda membaca teknik ini, anda mungkin berfikir “teknik apakah ini? berkesan ke”.

Jangan tak tahu, ada ibu bapa yang menggunakannya sebagai cara untuk mendisiplinkan anak, tanpa berkasar atau terlalu tegas.

Setiap kali anaknya melawan kata atau membalas dengan nada tinggi, ibu ini akan meminta anaknya untuk mencabut rumput atau rumpai di luar rumah.

Apabila disuruh melakukan hal ini, si anak secara automatik akan tahu yang ibunya sedang marah dan tidak gembira dengan dirinya.

Sememangnya, cara ini unik dan kreatif, jadi sila cuba di rumah ya!

Pada masa yang sama, jangan lupa untuk terangkan mengapa anda tidak gembira dengannya, apa kesalahan yang telah dibuat, dan mengapa dia tidak patut melakukannya.

6. Kaedah “Aci Nyorok”

Anak anda tidak berdisiplin dengan barang mainannya? Dia suka meletakkan mainan di merata tempat? Tak perlu membebel selalu.

Apa yang anda boleh buat adalah simpan atau sorokkan barang mainannya itu.

Apabila dia mencari mainan tersebut kerana mahu bermain dengannya, biarkan dia tidak senang duduk mencarinya.

Kemudian, barulah anda berikan padanya sambil menerangkan yang itu adalah akibat daripada perbuatannya yang tidak berdisiplin dan tidak kemas.

Dengan melakukan kaedah aci nyorok ini berkali-kali, pasti dia akan ingat untuk menyimpan sendiri mainannya (jika tidak pasti ibunya yang akan “menyimpan” untuk dirinya!)

Bagaimana pula dengan anda? Anda ada cara kreatif yang lembut tapi berkesan dalam mendisiplinkan anak anda? Jom berkongsi pengalaman ya!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Cara Mendisiplinkan & Mendidik Anak Kecil Hingga Usia Remaja Tanpa Beri Impak Yang Negatif

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 6 Cara Kreatif Untuk Mendisiplinkan Anak Anda
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham