Setiap ibu bapa pastinya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Selain mengharapkan mereka membesar dengan sempurna, anda juga inginkan mereka menjadi seorang yang bijak. Justeru apa kata semak manfaat permainan set LEGO Friends ini!
Kanak-kanak dan permainan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya mereka banyak belajar sambil bermain.
Set LEGO Friends beri banyak manfaat terhadap perkembangan si manja
Seorang pensyarah di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Nor Faridah Awang berkongsi bahawa dia menggalakkan kedua-dua anaknya untuk bermain blok LEGO.
Dia melihat kesan ketara pada kedua-dua anaknya itu kerana banyak boleh dilakukan menggunakan lego. Antara yang paling ketara adalah proses mengenal warna dan belajar mengira.
Bukan itu sahaja, ia turut memberikan manfaat unik terhadap perkembangan si manja iaitu:
#1. Rangsangan mata dan tangan
Ketika anak menyusun LEGO, mereka sebenarnya sedang melatih koordinasi antara mata dan tangan. Anak juga memilih, mengawal dan memasang blok lego mengikut kreativiti mereka sendiri.
#2. Mengenal bentuk
Bentuk dan ukuran LEGO yang pelbagai menjadi medium pembelajaran terbaik untuk anak dan membolehkan mereka mengenali pelbagai bentuk.
Zaman kini permainan LEGO semakin canggih, ada pelbagai rupa, bentuk dan ada yang boleh berpusing. Ada bentuk bunga dan macam-macam lagi. Ia mampu membentuk daya kreativiti si manja anda di rumah.
#3. Meningkatkan daya imaginasi
Anak yang bermain LEGO akan menjadi lebih kreatif, berimaginasi dan cuba menyelesaikan masalah. Otak akan berfikir blok LEGO manakah perlu digunakan untuk digabung membentuk bangunan yang sempurna.
Justeru jangan hairan apabila anak selesai menyusun, kemudian dia berkata sedang membina kereta atau gajah, padahal jika dilihat sebenarnya belum menyerupai objek yang disebutkan.
Puji dan berikan penghargaan agar anak lebih meneroka pelbagai lagi bentuk lain.
#4. Belajar mengenali warna
Blok LEGO biasanya didatangkan dalam pelbagai warna. Apabila anak bermain, ibu ayah sebaiknya ada bersama. Ajarkan mereka tentang warna-warna blok yang dipilih.
Ini sekaligus menjadikan masa bermain mereka menjadi lebih seronok dan bermakna.
#5. Anak dapat berkongsi mainan
Jika anak bermain bersama dengan kawan atau saudara yang lain, ini secara tidak langsung melatih mereka untuk berkomunikasi dan memberikan idea. Selain itu, anak juga belajar untuk berkongsi barang serta sabar menunggu giliran mereka.
Set LEGO Friends memenuhi keinginan setiap kanak-kanak
Setiap anak kecil pastinya berasa sangat teruja apabila memperoleh permainan yang lengkap dengan aksesori, pemeliharaan haiwan, persahabatan, pembinaan dalaman dan peluang bermain dengan bebas.
Memahami akan hal ini, pihak LEGO telah meningkatkan inovasi dan perkembangan tema mereka sempena ulang tahunnya yang ke-10.
Kumpulan LEGO telah menampilkan lapan set LEGO Friends baharu termasuklah set hero utama, 41703 LEGO Friends Friendship Tree House yang padat dengan ciri kejutan.
Ia adalah set yang membolehkan anak-anak anda meneroka pelbagai perkara apabila bekerja sebagai satu pasukan yang dibina atas persahabatan. Friendship Tree House turut memiliki khazanah retro Heartlake City yang tersembunyi di dalamnya.
Ia berkaitan dengan kehidupan seharian dan personaliti lima watak utama di kampung halaman fiksyen iaitu Heartlake City. Setiap rakan itu adalah Olivia, Mia, Andrea, Stepahnie dan Emma memiliki minat yang berbeza.
Paling menarik, ia membolehkan kanak-kanak memvisualisasikan set alam semula jadi yang mereka sukai ketika bermain dengan rakannya yang lain.
Perbezaan set bangunan direka bagi membolehkan kanak-kanak menyelami tempat yang berlainan iaitu pusat bandar, pinggir bandar, pantai, alam semula jadi, perkhemahan di pantai dan gunung.
Antara pilihan set istimewa sempena ulang tahun yang ke-10 LEGO ialah:
-
41695 LEGO® FRIENDS Pet Clinic (RM289.90)
-
41697 LEGO® FRIENDS Turtle Protection Vehicle (RM39.90)
-
41700 LEGO® FRIENDS Beach Glamping (RM179.90)
-
41701 LEGO® FRIENDS Street Food Market (RM219.90)
-
41702 LEGO® FRIENDS Canal Houseboat (RM349.90)
- 41703 LEGO® FRIENDS® Friendship Tree House (RM399.90)
-
41704 LEGO® FRIENDS® Main Street Building (RM699.90)
-
41707 LEGO® FRIENDS Tree-Planting Vehicle (RM139.90)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus melayari laman web rasmi LEGO iaitu www.LEGO.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Walau Sesibuk Mana Pun, Ibu Ayah Perlu Luangkan Masa 15 Minit Sehari Dengan Anak!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!