X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ini 10 Cara Ibu Boleh Buat Agar Bayi Bijak Sejak Dalam Kandungan Lagi!

5 min bacaan
Ini 10 Cara Ibu Boleh Buat Agar Bayi Bijak Sejak Dalam Kandungan Lagi!

Adakah anda tahu kesihatan mental dan kecerdasan bayi boleh dibentuk sejak sebelum bayi dilahirkan? Dan ibu memainkan peranan penting sejak awal!

Semua ibu inginkan anak yang pintar dan dengar kata. Sebenarnya anda boleh latih bayi bijak dalam kandungan lagi! Hanya ada beberapa perkara yang anda harus memperhatikan dan lakukan sepanjang kehamilan anda.

Kesihatan mental dan kecerdasan bayi boleh dibentuk sejak sebelum dia lahir dan ia menjadikan bayi bijak dalam kandungan. Penyelidikan menunjukkan bahawa semakin baik ibu menjaga diri semasa hamil, semakin baik pula perkembangan otak janin.

 

Faktanya, selain seluruh organ janin, bahagian otaknya lah yang paling berpengaruh pada kesan tindakan ibu, terutama daripada apa yang ibu menggunakan dan makan.

Tujuh puluh peratus dari total sel saraf manusia selama hidupnya dibentuk sebelum lahir. Otak janin berkembang sebanyak 250,000 sel saraf tiap minit. Setiap sel otak ini membentuk ribuan cabang-cabang kecil lagi untuk dapat menghubungkan antara sel saraf.

Secara ringkasnya agar bayi cerdas sejak dalam kandungan bermakna anda harus membantu otak janin membentuk sel-sel saraf yang terhubung dengan baik. Tetapi bagaimana caranya?

10 Tips Anak Bijak Dalam Kandungan

bayi bijak dalam kandungan

1. Elakkan persekitaran yang berbahaya

Jika ibu bekerja di pejabat, perhatikan persekitaran kerja anda. Elakkan diri anda daripada pendedahan bahan kimia, radiasi, hingga peluang terkena penyakit yang senang dijangkit.

Jika boleh, elakkan juga lalu lintas yang tersekat dan penuh dengan pencemaran. Sudah terdapat banyak penyelidikan yang membuktikan bahawa zat-zat kimia berbahaya dapat mencemari plasenta.

2. Bersukan dan makan sihat

bayi bijak dalam kandungan

Penyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti sukan yang ringan, seperti berenang dan jalan kaki, memberi manfaat pada perkembangan otak janin. Jadi agar bayi cerdas, rajin-rajinlah bersenam ya ibu-ibu semua.

Mengambil diet seimbang juga akan membantu anda mencapai berat badan optimal semasa hamil. Ini salah satu faktor penting bagi perkembangan otak janin.

3. Jangan ambil perubatan yang tidak perlu

Kesan daripada kebanyakan ubat di pasaran pada bayi yang belum lahir, masih banyak yang belum diketahui.

Beberapa ubat umum seperti paracetamol dan ibuprofen selamat untuk diambil. Tetapi lebih baik hindari ubat-ubatan semasa hamil, kecuali jika ibu benar-benar memerlukannya.

Itupun lebih baik jika anda bertanya pada doktor terlebih dahulu.

4. Jangan minum alkohol

Meminum alkohol dalam jumlah tinggi boleh mengakibatkan kerosakkan serius pada otak janin, yang disebut ‘foetal alcohol syndrom’, atau sindrom alkohol pada janin.

Meskipun tidak ada bukti yang menunjukkan risiko minum alkohol dalam jumlah sedikit (satu-dua kali dalam seminggu), sebaiknya ibu tetap menghindari alkohol sama sekali selama hamil. Alkohol terbukti dapat menembus plasenta, yang kemudian terdedah pada janin.

5. Jangan merokok atau mendedahkan diri pada asap rokok

Ini 10 Cara Ibu Boleh Buat Agar Bayi Bijak Sejak Dalam Kandungan Lagi!

Tentunya anda sudah tahu, tapi sekadar mengingatkan, merokok berbahaya bagi janin. Merokok dapat benar-benar membatasi aliran darah ke otak janin yang sedang berkembang. 

Jadi agar bayi cerdas cemerlang, minta juga suami jangan merokok bila sedang bersama anda. Pastikan selepas dia merokok, dia guna perfume untuk tutup bau asap ataupun suruh sahaja dia mandi dan tukar pakaian secepat yang mungkin.

Partikel asap rokok yang melekat pada rambut, kulit atau baju juga boleh memberi kesan pada kandungan anda.

6. Perhatikan tekanan darah

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Jika tekanan darah anda terlalu tinggi, aliran darah kepada bayi melalui plasenta menjadi kurang berkesan.

Untuk menghindarinya, tambahkan jus ubi dan teh hibiscus dalam menu diet selama kehamilan, keduanya terbukti dapat menurunkan tekanan darah.

7. Ambil asid folik

tips anak bijak dalam kandungan, bayi bijak dalam kandungan

Kekurangan asid folik atau vitamin B9 berkait rapat dengan pelbagai penyakit bawaan serius, sepert hiperaktif dan masalah pertumbuhan lainnya pada anak.

Untuk memastikan ibu mendapat asid folik yang cukup, ambil suplemen folik tiga bulan sebelum kehamilan. Ini bermakna sebaik sahaja anda merancang untuk mengandung, terus makan asid folik ini!

Amalkan juga makanan yang kaya dengan folik, seperti sayuran hijau, gandum dan jus jeruk.

8. Ambil suplemen minyak ikan

Seperti kalsium bagi tulang, omega-3 DHA/EPA sangat penting bagi otak, ibu-ibu sering mengabaikan pengambilan lemak sihat ini.

Untuk itu ibu sebaiknya mengambil suplemen minyak ikan salmon yang tinggi kandungan omega-3 DHA/EPA nya. Lakukanlah terutama pada trimester akhir kehamilan, di mana otak janin berkembang paling pesat dan paling memerlukan banyak omega-3.

9. Berjemur di pagi hari

Ini 10 Cara Ibu Boleh Buat Agar Bayi Bijak Sejak Dalam Kandungan Lagi!

Cacat mental pada bayi sering dikaitkan dengan ibu yang hamil kurang pendedahan vitamin D semasa hamil. Sebagai contoh, di negara empat musim, bayi yang lahir pada musim dingin lebih berkemungkinan untuk menderita penyakit skizofrenia.

Beruntung bagi kita yang tinggal di negara dengan sinar matahari sepanjang tahun. Ibu hamil tidak perlu menambahkan suplemen vitamin D dalam pengambilan harian, sebaliknya cukup sahaja berjalan-jalan atau duduk santai di bawah sinar matahari pagi.

10. Berehat

Ibu yang stres berpanjangan dapat melemahkan sistem imun bayi. Selain itu tingginya level hormon stres anda dapat masuk dalam jaringan otak bayi di dalam rahim dan tentunya mengganggu perkembangan otak bayi.

Kurangkan pekerjaan berat semasa hamil yang boleh mencetuskan stres. Lakukan perkara yang boleh membuat ibu rasa rileks; mendengar muzik, mencium aroma terapi atau minta diurut oleh suami.

Agar bayi bijak dalam kandungan, ibu harus relax and be happy!

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 30 makanan yang memperkuatkan kecerdasan otak bayi dalam kandungan

Baca juga: Amalan Hamil Rasulullah, Ibu Lakukan Ini Jika Mahu Anak Berbudi Pekerti & Cerdik

Baca juga: Ibu Nak Anak Dalam Kandungan Lebih Bijak? Senang Sahaja, Banyakkan Latihan Matematik!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Putri Fitria

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ini 10 Cara Ibu Boleh Buat Agar Bayi Bijak Sejak Dalam Kandungan Lagi!
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham