X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

20 cara buat anak jadi BIJAK sejak dari dalam rahim, jom ibu amalkan!

5 min bacaan
20 cara buat anak jadi BIJAK sejak dari dalam rahim, jom ibu amalkan!

Tak susah untuk mendapatkan anak bijak. 20 cara untuk anak jadi bijak ini boleh diamalkan dari anak anda dalam rahim lagi!

Kebijaksanaan adalah perkara yang kita harap ada pada anak kita. Kenapa tidak? Budak bijak akan berjaya dalam hidup mereka. Jadi macam mana cara untuk buat anak bijak?

Anak yang bijakakan tahu cara untuk mengawal pelbagai situasia di dunia sebenar dengan mudah.

Kebijaksanaan seperti ini boleh dipupuk dari anak masih di dalam rahim lagi dan diteruskan sehingga beberapa tahun pertama mereka kerana pakar mempercayai yang tahun-tahun ini adalah penting untuk mereka belajar.

Berikut antara caranya:

Anak bijak: 20 cara untuk buat anak jadi pandai sejak dalam rahim

Anak bijak dalam rahim

anak bijak, anak pandai, tanda anak bijak, tips janin bijak dalam kandungan, tanda anak pandai, anak cerdik,

1. Bersenam: Kajian menunjukkan yang bersenam semasa mengandung ada kelebihan untuk merangsang perkembangan kognitif janin anda.

*Minta nasihat doktor sebelum mula bersenam

2. Asid lemak omega 3: Jika anda makan banyak makanan yang ada kandungan asid lemak omega 3, ia dapat membantu pertumbuhan otak anak anda. Antara makanan yang mempunyai kandunan ini adalah; bayam, ikan salmon, dan walnut.

3. Komunikasi: Komunikasi dengan bayi anda dalam perut dapat merangsang emosi mereka. Kepentingan untuk mengawal emosi boleh membuatkan mereka bijak bila besar nanti.

4. Asid folik: Pakar mengatakan, suplemen yang mengandungi asid folik dapat merangsang sel ‘bijak’ dalam otak anak anda.

Selain itu, asid folik juga boleh mengelakkan dari penyakit seperti spina bifida dan membantu anak anda mengembangkan sel otak yang sihat.

5. Cukup bulan: Lebih lama bayi anda tinggal dalam perut anda (dalam lingkungan 40 minggu) lebih baik pembesaran otak mereka. 

Anak bijak 0-6 bulan

anak bijak, anak pandai, tanda anak bijak, tips janin bijak dalam kandungan, tanda anak pandai, anak cerdik,

6. Menyusu badan: Pakar mengatakan, ada hubungan di antara tumbesaran otak dan tempoh menyusakan anak.

Jadi, susukan anak anda secepat yang mungkin selepas mereka lahir. Sentuhan fizikal ini juga membantu mereka untuk rapat dengan anda dan membentuk emosi dan rasa sayang dari awal.

7. Hubungan mata: Walaupun mata bayi anda yang baru lahir kabur semasa minggu-minggu awal, ini tak bermakna yang mereka tak kenal orang yang paling penting dalam kehidupan mereka.

Dengan melihat ke dalam mata anak anda semasa mereka bangun, anda merangsang otak mereka dan bantu mereka membentuk memori.

8. Menyanyi: Tak kisah lagu apa yang anda suka nak nyanyikan untuk anak anda, suara anda akan buat lagu tersebut menjadi lagu yang paling sedap mereka dengar.

Dengan mengenal suara anda yang meraka dah dengar dari dalam perut lagi, memori tersebut akan datang semula sambil membuat memori yang baru. P

akar juga mengatakan yang belajar irama lagi mempunyai hubungan dengan belajar matematik semasa mereka sekolah nanti dan akan buat mereka menjadi bijak.

9. Belajar pergerakan: Ikat mainan atas katil anak anda dan gerakkannya. Di mata anak anda yang baru lahir, hitam dan putih adalah objek yang mereka mudah lihat kerana mereka hanya boleh melihat hitam, putih dan kelabu.

Apabila mereka melihat pergerakan objek, mereka akan belajar konsep dekat dan jauh.

10: Tak ada masa skrin: Tanpa TV, telefon pntar atau tablet, ia dapat merangsang otak bayi anda dengan lebih baik.

Anak bijak selepas umur setahun

11. Membaca: Cara untuk memupuk sifat suka membaca adalah dengan membacakan buku untuk mereka.

Membaca dapat merangsang tumpuan mereka, memupuk interaksi dan merapatkan hubungan anda dan anda serta membantu mereka untuk membentuk kemahiran penting dalam linguistik dan pembacaan.

12. Meneroka: Anak anda kini dah pandai bergerak, galakan rasa ingin tahu dan sifat berdikari dengan memastikan rumah anda adalah sebuah tempat yang selamat untuk mereka terokai. 

13. Bawa anak beli barang: Ini adalah cara yang baik untuk memperkenalkan mereka dengan bunyi dan persekitaran baru dan mengajar mereka tentang warna dan nombor. (“Tengok epal itu warna merah; kita perlukan 5 biji kentang, jom kira!”)

14. Alam semulajadi: Bawa anak anda untuk meneroka alam semulajadi dan ajar mereka tentang nama bunga dan pokok. Lihat mereka berkembang!

anak bijak, anak pandai, tanda anak bijak, tips janin bijak dalam kandungan, tanda anak pandai, anak cerdik,

15. Mengira: Beri anak anda kemahiran matematik dari awal dengan menggunakan nombor sebagai permainan. Ajar mereka untuk mengira semua benda dan tak lama lagi mereka akan pandai mengira dengan mudah.

16. Kerja rumah: Ajar mereka untuk bantu anda buat kerja rumah yang mudah seperti simpan mainan mereka atau bantu anda asingkan baju mengikut warna. Ini akan mengajar mereka tentang sifat bertanggungjawab dari awal lagi.

17. Haiwan peliharaan: Haiwan peliharaan adalah cara yang baik untuk ajar anak anda kebaikan dan tanggungjawab, kualiti yang akan bawa mereka pergi jauh dalam hidup.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

18. Bercakap tentang perasaan: Sebaik saja anak anda boleh bercakap, tanya mereka tentang hari mereka apabila anda mahu tidurkan mereka.

Apa yang buat mereka gembir, sedih dan kenapa. Dengan belajar untuk bercakap tentang emosi, mereka akan membesar untuk menjadi sensitif dengan perasaan orang lain dan selesa untuk berkongsi masalah mereka dengan anak anda.

19: Bermain: Melompat, berlari, memanjat… bawa anak anda ke taman permainan selalu supaya mereka boleh menajamkan kemahiran motor mereka sambil berseronok.

20. Cipta memori: Buat buku memori dengan anak anda. Masukkan daun dan bunga yang diambil semasa berjalan, gambar keluarga dan rakan dan pelbagai benda lain.

Aktiviti ini bukan saja dapat rapatkan hubungan anda dan anak anda, malah boleh menguatkan memori mereka untuk menjadi anak bijak.

Mula ajar anak anda dari awal, sudah tentu nanti anda bangga dengan kemampuan yang anak anda bakal tunjukkan nanti.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/ibu-hamil-tak-jaga-pemakanan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 20 cara buat anak jadi BIJAK sejak dari dalam rahim, jom ibu amalkan!
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham