TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Rupanya Sebab Mengapa Bayi Suka Gelak Mengekek & Ketawa, Apa Yang Kelakarnya?

3 min bacaan
Ini Rupanya Sebab Mengapa Bayi Suka Gelak Mengekek & Ketawa, Apa Yang Kelakarnya?

Suasana yang sunyi tiba-tiba terdengar bayi ketawa mengekek hingga anda sendiri terpinga-pinga apakah penyebab si kecil itu ketawa yang mengeletek hatinya. Baca alasannya dalam artikel ini.

Kalau orang dewasa ketawa mungkin ada sesuatu yang melucukan, tapi bagaimana pula jika baby ketawa dan gelak sampai mengekek-ngekek walhal tiada apa yang melucukan di hadapan mereka?

Anda rasa sebab apa si kecil ketawa secara tiba-tiba? Haaa.. jangan risau, mereka tergelak-gelak ini bukan kerana ada masalah kesihatan.

Sebenarnya baby ketawa adalah perkara paling positif!

Bilakah waktu baby ketawa atau suka gelak? 

baby ketawa

Perkara pertama yang dilakukan bayi setelah dilahirkan ke dunia adalah menangis sebagai tanda respon alami yang ditunjukkan untuk mencari kehangatan dari tubuh ibu.

Kemudian, anda juga dapat melihat bayi suka gelak dan tersenyum yang membuatkan ibu ayah rasa senang dengan perlakuan mereka.

Malah ia juga adalah salah satu cara bayi berkomunikasi dengan anda apabila mereka tertarik terhadap sesuatu perkara yang dilihat di depannya. 

Secara umumnya, bayi mula menunjukkan ketawa pada usia sekitar tiga atau empat bulan namun tak usah risau jika bayi belum boleh ketawa pada usia tersebut kerana setiap perkembangan anak adalah berbeza-beza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. 

Namun, jika anda bimbangkan sesuatu segera dapatkan nasihat doktor supaya mereka dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

Alasan mengapa bayi suka ketawa

baby ketawa

Tenang ya ibu jika dapati bayi suka gelak. Itu bukan bermakna bayi ada masalah gangguan jiwa tapi ia kadang-kadang menandakan bayi sedang mengeluarkan ekspresi dirinya. 

Sudah banyak penelitian yang dijalankan untuk mencari punca bayi suka gelak ini. Salah satunya, pakar psikologi Jean Piaget berpendapat ketawa bayi itu merupakan cara si kecil mendapatkan fahaman mengenai duni sekelilingnya.

Penelitian seterusnya dijalankan oleh Caspar Addyman dari University of London yang melakukan kajian lebih besar kepada 1000 orang ibu bapa dari seluruh dunia dengan menjawab soalan bila, di mana dan mengapa bayi suka ketawa. 

Keputusan menemui bayi ketawa bukan kerana perkara lucu walaupun pelbagai cara dilakukan untuk membuatnya tertawa. 

Sebahagian besar penelitian menjelaskan, ketawa bayi itu disebabkan perasaan terkejut dan sedih ketika dia cuba melakukan sesuatu yang tidak seharusnya seperti jatuhkan mainan dan sebagainya.

Berikut adalah perkara yang boleh membuatkan baby ketawa iaitu:

Ini Rupanya Sebab Mengapa Bayi Suka Gelak Mengekek & Ketawa, Apa Yang Kelakarnya?

  • Ketika si kecil mendengar suara, bunyi bibir anda semasa menciumnya, tepuk tangan, suara berbisik, siulan, mendengar bunyi mainan dan lain-lain. Perkara tersebut dianggap menarik hingga membuatnya ingin ketawa. 
  • Merasa geli dari jenis sentuhan yang belum pernah dialami. Contohnya mencium perut, kaki dan tangan mereka.
  • Ketika bermain baa cak dengan si kecil sambil menutup mata tentu dapat membuatnya ketawa dan tersenyum. 

Apa lagi perkara lain yang boleh membuatkan bayi ketawa mengekek? kongsikan dengan kami di ruang komen. 

Semoga bermanfaat.

 

Stories Rakan Kongsi
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rupa-Rupanya, Ini Sebab Kenapa Bayi Anda “Tersenyum” & Ketawa Semasa Tidur!

Baca juga: 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan Agar Lebih Bijak & Cerdas, Jom Cuba Ayah & Ibu!

Baca juga: Ramai ‘Bayi PKP’ Takut & Menangis Bila Lihat Ramai Orang, Ini Tips Berguna Buat Ibu Ayah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku bayi
  • /
  • Ini Rupanya Sebab Mengapa Bayi Suka Gelak Mengekek & Ketawa, Apa Yang Kelakarnya?
Kongsikan:
  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham