Ramai ibu bapa yang risau apabila anak mereka lewat berjalan tatkala umur anak mereka sudah melewati setahun. Tak usah takut ya, para ibu bapa! Ini sememangnya normal dan turut berlaku kepada kanak-kanak lain. Namun masalah ini pasti ada solusi anak lambat berjalan.
Perkara pertama yang anda perlu ketahui mengenai peringkat pembesaran kanak-kanak ialah perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur.
Sekiranya umur anak anda sudah setahun lebih dan masih belum boleh berjalan, ini bukanlah satu masalah terutamanya apabila anak anda sudah melalui pelbagai tahap perkembangan seperti merangkak, mengangkat kepala dan lain-lain.
Justeru, kami ingin kongsikan punca yang menyebabkan kanak-kanak lambat berjalan dan cara bagaimana anda sebagai ibu bapa dapat mengatasinya.
Kenali punca-punca anak lewat berjalan
Terdapat beberapa punca atau faktor yang menyebabkan kanak-kanak lewat berjalan.
Antaranya ialah:
Bayi yang dilahirkan secara pra matang berkemungkinan untuk menghadapi masalah lewat berjalan. Bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang rendah juga boleh menyumbang kepada faktor ini.
- Faktor keluarga atau keturunan
Sekiranya ibu bapa mengalami kelewatan berjalan sewaktu kecil, ianya juga boleh berlaku kepada anak mereka. Tetapi, jika ibu bapa boleh berjalan sebelum umur 2 tahun, maka anda tidak perlu risau akan keadaan anak anda.
Anak lambat berjalan merupakan sebahagian daripada kelewatan perkembangan kanak-kanak seperti bercakap, menggunakan kemahiran tangan (motor), kognitif dan sosial.
- Masalah dan penyakit fizikal
Penyakit seperti Cerebral Palsy, gangguan pencernaan yang teruk atau pelbagai penyakit kronik lain boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Cerebral palcy boleh dikesan dalam kalangan kanak-kanak kecil apabila mereka masih tidak lagi boleh berjalan.
- Kurang dorongan untuk berjalan
Sekiranya anda suka mengendong atau mengangkat bayi anda sewaktu anda keluar berjalan bersama keluarga, anda sebenarnya mengekang perkembangan bayi anda untuk berjalan.
- Terlalu bergantung dengan baby walker
Walaupun pengunaan baby walker dilihat seperti membantu kanak-kanak untuk berjalan, yang sebenarnya ialah ianya hanyalah menguatkan otot kaki bawah dan bukannya otot di bahagian kaki atas. Malah, ianya menyekat perkembangan semulajadi kanak-kanak untuk berjalan apabila terlalu bergantung dengan baby walker.
Cuba 5 solusi anak lambat berjalan ini sekarang!
Ibu bapa mainkan peranan dalam perkembangan fizikal anak-anak.
Anda mungkin gusar dan bimbang apabila melihat anda masih tidak boleh berjalan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat cara untuk anda merangsang anak anda untuk berjalan?
Berikut adalah beberapa tips dan aktiviti bagi ibu bapa untuk membantu anda mereka berjalan.
#1 Solusi anak lambat berjalan: Ajar anak bertatih atau bergerak
Kredit: Pexel
Anak anda perlu mempunyai rangsangan untuk berjalan dan semuanya bermula daripada anda! Anda boleh mengajak anak anda bermain di dalam rumah terlebih dahulu untuk melatihnya bergerak atau bertatih.
Sebelum bertatih pastikan keadaan rumah selamat untuk anak berlatih. Anak anda perlukan sokongan untuk bertatih, jadi pegang tangan anak sewaktu mereka bangun dan duduk untuk membantunya.
Anda juga boleh menggunakan perabot seperti sofa atau kerusi sebagai satu alat bantu anak untuk berdiri dan peraut. Pegang kaki anak anda sewaktu mereka berdiri sebagai satu cara untuk menguatkan otot anak. Tetapi ingat, jangan biarkan anak tanpa pengawasan ya!
#2 Main pasir atau rumput
Tahukah anda apabila anak anda bermain pasir, ianya akan membantu perkembangan kinetik dan sensori anak anda?
Aktiviti seperti mengenggam, memegang pasir dan sebagainya membantu perkembangan motor anak dan juga deria rangsangan kaki agar mereka lebih peka dengan persekitaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bergerak.
Jika anda takut sekiranya anak anda terpijak benda-benda tajam di pantai, anda boleh sahaja menggunakan pasir kintetik yang mudah didapati di kedai-kedai.
#3 Solusi anak lambat berjalan: Ajar anak pegang atau pimpin tangan
Daripada anda asyik mengendong anak anda sewaktu berjalan, apa kata anda beri peluang untuk anak anda berjalan? Sekiranya anak anda sudah boleh mula bertatih, anda boleh mengajar anak anda untuk memegang tangan anda sewaktu berjalan.
Anda juga boleh pimpin tangan anak anda untuk berjalan dan beri galakan untuk anak anda berjalan kerana pastinya anak anda lebih menyukai pilihan untuk berjalan.
Ini memberi dorongan dan motivasi kepada anak anda untuk cuba berjalan dengan bantuan anda. Lama-kelamaan, anak anda akan biasa!
#4 Pakaikan kasut yang betul dan selesa
Apabila anda mula melatih anak anda untuk berjalan, pemakaian kasut yang tepat untuk anak adalah amat penting untuk memastikan anak anda kekal selesa untuk berjalan. Pastikan juga anak anda boleh berjalan dengan baik sewaktu memakai kasut tersebut.
Jangan pakaikan anak anda dengan kasut yang keras kerana dikhuatiri anak anda akan berasa kurang selesa untuk berjalan. Takut anak anda tidak lagi mahu bergerak dan berjalan disebabkan ketidakselesaan mereka.
#5 Solusi anak lambat berjalan: Berurut
Bagi ibu bapa yang ingin membantu anak mereka berjalan, anda juga boleh memilih kaedah berurut. Ada dalam kalangan ibu bapa yang memilih rawatan ini sebagai rawatan alternatif sebagai penyelesaian kepada permasalahan anak lewat berjalan.
Anda juga boleh mengurut kaki anak anda secara lembut dengan menggunakan minyak khas untuk bayi atau minyak aromaterapi khususnya untuk membuatkan anak anda berasa tenang dan selesa.
Selain itu, anda juga boleh membaca tips tambahan tentang 15 cara untuk bantu anak anda berjalan.
Nasihat buat ibu bapa
Dalam menangani permasalahan kelewatan anak anda berjalan, ibu bapa juga dinasihatkan untuk:
Ibu bapa jangan putus asa dalam memberikan dorongan dan galakan buat anak
- Jangan terlalu emosi apabila di provoke oleh orang lain
Pasti ada suara-suara sumbang yang cuba untuk mengugat emosi ibu atau bapa apabila mereka bertanya perihal anak. Kekalkan emosi anda dan jangan stress apabila sering ditanya.
- Jangan terlalu risau atau bimbang
Kerisauan mengenai anak-anak memang tidak boleh dielakkan. Tetapi jangan sampai ianya menganggu kesihatan mental anda.
Bahaya kalau anda sentiasa membuat anggapan sendiri. Baca buku-buku ataupun rujukan ilmiah yang boleh membantu anda
Sekiranya umur anak anda menginjak ke 2 tahun dan masih tidak boleh berjalan, anda disarankan untuk terus berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Perkembangan anak 1 tahun 2 bulan – Apa perlu anda tahu?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!