X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Panduan Lengkap: Tumbesaran dan Milestone Anak Anda Pada Usia 5 Bulan

7 min bacaan
Panduan Lengkap: Tumbesaran dan Milestone Anak Anda Pada Usia 5 Bulan

Anak anda sudah masuk usia 5 bulan? Bersedialah untuk cabaran sebenar kerana milestone kanak-kanak 5 bulan akan mula bersembang, bergolek dan merangkak.

Pejam celik pejam celik, anak sudah berusia 5 bulan. Cepat sangat masa berlalu, kan? Apa agaknya perkembangan bayi 5 bulan yang perlu dicapai?

Bayi anda telah melepasi 4 bulan pertama yang memerlukan anda sangat berhati-hati. Bagi meraikan bayi anda yang semakin mendekati usia 6 bulan ini, bersedialah untuk cabaran sebenar kerana bulan inilah bayi anda akan mula bersembang, bergolek dan mungkin juga merangkak!

Bayi anda juga akan mula pandai berguling, merangkak dan duduk tegak. Berikut antara apa yang anda patut jangkakan dari bayi anda pada usia 5 bulan.

Isi Kandungan

  • Perkembangan Bayi 5 Bulan: Perkembangan Fizikal
  • Perkembangan Bayi 5 Bulan: Perkembangan Kognitif
  • Perkembangan Bayi 5 Bulan: Perkembangan Sosial Dan Emosi
  • Perkembangan Bayi 5 Bulan: Perkembangan Pertuturan dan Bahasa
  • Perkembangan Bayi 5 Bulan: Kesihatan dan Nutrisi
  • Perkembangan Bayi 5 Bulan: Tip Berguna Untuk Ibu Bapa
  • Bila Perlu Risau

Perkembangan Bayi 5 Bulan: Perkembangan Fizikal

perkembangan bayi 5 bulan, bayi 5 bulan

1. Duduk tegak

Kebanyakkan bayi akan belajar duduk tegak dengan lebih lama, tapi dengan sedikit bantuan. Jadi, letakkan kusyen untuk menyokong belakangnya sambil menggalakkannya duduk.

Lama-kelamaan anda akan lihat dia selesa berada di dalam posisi duduk dan anda boleh memperkenalkan kerusi bayi kepadanya semasa waktu makan.

2. Berguling

Jika bayi anda belum berguling, besar kemungkinan dia akan membuat percubaan pertamanya pada usia ini dan dapat berguling ke posisi meniarap semula dengan mudah.

Ini bermakna anda harus lebih berhati-hati semasa membiarkannya sendirian. Pastikan bayi anda berada di atas tikar atau pada kedudukan rendah jika anda sedang sibuk membuat kerja bagi mengelakkan risiko terjatuh.

3. Merangkak atau mengesot

Kebanyakan bayi berusia 5 bulan sudah mula merangkak atau bijak mengesot jika belum merangkak. Mereka juga mula mengangkat kaki, bergoyang dan memegang kaki, secara amnya, berusaha untuk bergerak.

Perkembangan Bayi 5 Bulan: Perkembangan Kognitif

perkembangan bayi 5 bulan, bayi 5 bulan

5 bulan ialah masa di mana bayi anda mula mempunyai identitinya tersendiri. Di dalam erti kata lain, anda dapat melihat dia seorang bayi yang bagaimana nanti – ceria, ekspresif, perengus atau emosional.

Berikut adalah apa yang anda boleh perhatikan:

1. Lebih responsif dan ekspresif

Di usia 5 bulan, bayi anda lebih ekspresif dan responsif. Dia akan cuba merenung anda lebih lama, mungkin cuba membaca bibir anda dan memahami apa yang anda cuba katakan.

Tiba-tiba anda akan perasan yang bayi anda cuba respon dengan setiap bunyi yang dia dengar seperti kicauan burung, petikan jari dan salakan anjing.

2. Memegang lebih baik

Satu lagi skil yang bayi anda tunjukkan ialah memegang.

Anda akan perasan yang bayi anda akan berupaya memegang mainannya atau cawannya serta memindahkan barang dari satu tangan ke tangan lain. Ini adalah pencapaian yang besar! 

3. Kitaran tidur

Di usia 5 bulan, bayi anda seharusnya mempunyai kitaran tidur yang seragam dan mungkin dapat tidur sepanjang malam jika cukup kenyang dan tiada yang mengganggu.

Ini bermakna anda akan mempunyai lebih masa sebagai seorang ibu, lebih cukup tidur dan lebih rehat, jadi, nikmati fasa ini. Namun, ini juga bermakna bayi anda akan kurang tidur di waktu siang dan anda perlu lebih berhati-hati.

Perkembangan Bayi 5 Bulan: Perkembangan Sosial Dan Emosi

perkembangan bayi 5 bulan, bayi 5 bulan

 

Walaupun bayi belum tahu mengekspresikan rasa marah, kecewa dan gembira, di usia 5 bulan dia akan lebih menunjukkan sayang, kasih dan tertawa.

Dia akan ketawa terhadap perkara kecil seperti hanya bermain ba-cak dengannya. Ibu-ibu, di usia inilah anda akan mendengar gelak tawa yang selalu anda lihat di dalam video-video di internet. Jadi, apa kata rakam sendiri video bayi anda dan kongsikan jika anda mahu.

Perkembangan Bayi 5 Bulan: Perkembangan Pertuturan dan Bahasa

Kebolehan komunikasi bayi anda ketika ini adalah tinggi dan dia mungkin akan kelihatan seperti sudah pandai berjenaka. Anda juga akan perasan yang bayi anda akan lebih banyak berbunyi dan mula menyebut “da-da, “ba-ba” dan “ma-ma”.

Dia juga akan cuba memberi respon ketika namanya dipanggil atau menyebut sesuatu. Jika belum, anda bolehlah mula membaca buku cerita terhadap bayi anda dan tingkatkan bahasanya.

Anda juga boleh mencuba untuk mengulang beberapa perkataan biasa seperti “susu” dan “tidur” kepada bayi anda. Ketahuilah yang adalah baik untuk anda menggunakan perkataan sebenar dan bukan perkataan pelat seperti “cucu” untuk “susu” kepada mereka.

Perkembangan Bayi 5 Bulan: Kesihatan dan Nutrisi

Bayi anda membesar dengan pesat dan seleranya semakin bertambah kerana dia sedang bersedia untuk makanan pejal. Hati-hati dan pastikan anda teruskan menyusukan susu badan kepadanya.

Walaubagaimanapun, apabila bayi anda mencapai usia 5 bulan setengah, anda boleh mula memberinya buah seperti pisang lenyek atau kuah sup sayuran kosong.

Pastikan ia hanya untuk dirasa dan jangan beri lebih dari satu sudu kecil dan lebih dari satu jenis makanan.

Anda juga dicadangkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memperkenalkan sebarang makanan baru selain susu ibu kepada mereka.

Kebanyakkan doktor juga menasihatkan ibu bapa untuk memberi sedikit air kepada bayi mereka semasa usia mendekati 6 bulan. Tapi, sekali lagi, dapatkan nasihat doktor bayi anda terlebih dahulu.

Perkembangan Bayi 5 Bulan: Tip Berguna Untuk Ibu Bapa

  1. Banyakkan berkomunikasi dengan bayi anda. Cuba kenalkannya dengan perkataan baru seperti lembu berbunyi moo, kucing berbunyi meow dan burung berbunyi cip cip. Juga, cuba panggil namanya lebih kerap kerana dia akan mula memberi respon.
  2. Pastikan anda sentiasa memerhatikan mereka kerana mereka sudah jadi semakin aktif. Pastikan rumah anda selamat untuk bayi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
  3. Kenalkan bayi anda kepada orang sekeliling seperti membawanya berjalan.
  4. Pastikan senarai semak vaksin anda diikuti mengikut umurnya.

Bila Perlu Risau

Meskipun perkembangan bayi mengikut rentak mereka sendri, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan pakar pediatrik menasihati ibu ayah agar mereka sentiasa berwaspada terhadap perkembangan bayi.

Ibu dan ayah perlu memerhatikan keadaan perkembangan bayi seperti:

  • bayi anda tidak mencapai objek
  • tidak menunjukkan reaksi atau mempamerkan kasih sayang terhadap orang sekeliling
  • tidak mampu meletakkan tangan ke mulut, berguling, atau menghasilkan bunyi seperti “ah,” “eh,”dan “oh”

American Academy of Pediatrics (AAP) juga telah mengesyorkan ibu dan ayah supaya merujuk kepada pakar pediatrik sekiranya bayi mempunyai tanda-tanda berikut iaitu:

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
  • mata kelihatan juling
  • berat badan bayi menyusut kepada 50% daripada berat semasa lahir
  • tidak mampu mengangkat kepalanya
  • tidak boleh duduk walaupun dengan sokongan
  • tidak mampu untuk makan dengan sendiri

Selain tanda-tanda yang telah disenaraikan diatas, antara gejala-gejala lain yang perlu diberi perhatian ialah :

  • tiada tindak balas terhadap ekspresi wajah anda
  • tidak mempamerkan senyuman
  • tidak berpaling melihat objek atau orang yang sedang bergerak
  • ubun-ubun kelihatan membonjol khususnya jika mengantuk atau semasa demam  

Jika anda mendapati bayi anda mempunyai tanda-tanda ini, segera bawanya berjumpa doktor.

Usia lima bulan, tidak lain tidak bukan ialah masa anda akan menikmati detik bersama bayi anda kerana respon dan ekspesinya pertama kali. Jadi, nikmati fasa ini sepenuhnya!

  1. www.verywellfamily.com (2022, Mac 31) Your 5-Month-Old Baby’s Milestones & Developments www.verywellfamily.com/your-5-month-old-baby-development-and-milestones-4172566

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan Agar Lebih Bijak & Cerdas, Jom Cuba Ayah & Ibu!

Baca juga: Panduan Lengkap Perkembangan Bayi 6 Bulan, Si Manja Mula Belajar Bergolek & Meniarap!

Baca juga: Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 9 Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Panduan Lengkap: Tumbesaran dan Milestone Anak Anda Pada Usia 5 Bulan
Kongsikan:
  • Perkembangan Bayi 3 Bulan: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Panduan Lengkap Perkembangan Bayi 1 Bulan Untuk Ibu Ayah

    Panduan Lengkap Perkembangan Bayi 1 Bulan Untuk Ibu Ayah

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Perkembangan Bayi 3 Bulan: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Panduan Lengkap Perkembangan Bayi 1 Bulan Untuk Ibu Ayah

    Panduan Lengkap Perkembangan Bayi 1 Bulan Untuk Ibu Ayah

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.