Setiap orang mempunyai hak terhadap anak masing-masing. Ada yang okay berkongsi gambar anak selepas bersalin, dan ada juga merahsiakan wajahnya kerana alasan tersendiri seperti Muhammad Bilal, anak Neelofa dan Haris.
Setelah hampir lapan bulan kelahirannya, para peminat seakan-akan sudah hilang sabar dan puas menunggu untuk melihat wajah anak Neelofa.
Hal ini kerana setiap kali dimuat naik, mereka hanya dapat melihat bahagian tubuh badan Muhammad Bilal sahaja, manakala wajahnya pula ditutup menggunakan emoji.
Ramai kempunan hendak tengok muka anak Neelofa, Muhammad Bilal
Tidak dinafikan bahawa selebriti dan usahawan terkenal ini memiliki pengikut melebihi 8 juta di Instagram.
Sebaik sahaja berita Neelofa hamil, para peminat sudah mula teruja dan tidak sabar untuk menatap wajah anak Neelofa dan suaminya, PU Riz.
Ingatkan selepas Neelofa bersalin, selebriti ini sudi berkongsi gambar anak sulungnya. Namun sehingga kini masih tidak berpeluang melihat muka anak Neelofa dengan alasan ingin mengelakkan penyakit Ain.
Apapun sebagai peminat, kita hendaklah menghormati privasi mereka. Justeru bagi mengubati ‘kempunan’ anda, kami kumpulkan beberapa koleksi gambar yang menampakkan sipi-sipi muka anak Neelofa yang terkini.
Alhamdulillah, Muhammad Bilal dilihat semakin besar dan tembam.
Neelofa bawa Muhammad Bilal keluar bersiar
Memandangkan sehingga kini masih menjadi tanda tanya, kami sempat mengambil tangkap layar (screeshot) beberapa keping gambar anak Neelofa dan Pu Riz sebagai pengubat dalam kalangan peminat.
Baru-baru ini, Neelofa telah membawa anak lelakinya bersiar-siar menggunakan kereta sorong menerusi satu hantaran di Instagram.
Video yang hanya berdurasi 9 saat itu di Instagram Story Neelofa itu sempat ditangkap layar oleh peminatnya yang kemudian mengabadikan hantaran tersebut di Instagram khas untuk peminat-peminat Neelofa dengan kapsyen, “Bestnya bila Bilal dapat jalan-jalan hirup udara segar gituwh”.
Saat video itu dikongsi, rata-rata peminat Neelofa begitu teruja sekali melihat kecomelan Bilal.
Walaupun video tersebut ditangkap dari sudut atas tetapi ianya tetap menarik perhatian peminat dan cukup untuk menggembirakan mereka. Ada dalam kalangan peminat Neelofa yang melahirkan rasa geram dengan kaki Bilal yang gebu.
Malah, tidak kurang juga yang memberi komen tentang kulit Bilal yang putih kemerah-merahan dan rambutnya yang kelihatan sedikit perang di dalam video. Memang seronok netizen dibuatnya. Malah, rata-rata juga turut meminta Neelofa menunjukkan wajah Bilal.
Koleksi gambar anak Neelofa, Muhammad Bilal yang sipi-sipi
Neelofa masih belum bersedia untuk tunjuk wajah Bilal
Meskipun dihujani pelbagai komen daripada peminat, Neelofa dan pasangannya, PU Riz menginginkan yang terbaik untuk anaknya. Mereka juga ingin Bilal membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.
Keutamaannya adalah menjaga kesihatan Bilal dan memastikan anaknya membesar dalam persekitaran yang baik.
Dalam temu bual terbaharu Noor Neelofa dengan pihak Mstar, dia mengatakan bahawa sering bawa Bilal keluar rumah. Dia tidak menghalang sesiap untuk berjumpa Bilal.
”Saya sering bawa Bilal keluar rumah. Jika ada yang mahu melihat wajahnya, saya tidak pernah halang. Cuma mereka yang berjumpa Bilal sangat menghormati privasi kami,” kongsinya.
Neelofa turut sempat berkongsikan perkembangan terkini anaknya. Dia mengatakan sebagai ibu, memang teruja dapat melihat anak melalui proses peralihan yang semakin dewasa.
”Sekarang Bilal sudah boleh merangkak. Semestinya sebagai ibu, saya rasa amat teruja melihat proses pembesaran anak-anak,” jelasnya.
Apa-apa pun, mari kita doakan yang baik-baik sahaja buat keluarga kecil Neelofa. InsyaAllah, akan sampai masanya nanti mereka mendedahkan wajah Muhammad Bilal kepada para peminat.
Pengalaman Neelofa bersalin anak pertama
Seperti ibu-ibu yang lain, kehadiran cahaya mata telah memberikan pengalaman berbeza. Menurut Neelofa, dia pada awalnya seakan-akan tidak percaya bahawa sakit yang dialami adalah kontraksi awal.
”Masa ni macam tak percaya and tak boleh digest, betul ke sakit nak beranak ni sebab macam lebih kurang period pain je. (sengugutku sangat ekstrem ya setiap bulan).
”Haris balik kerja malam tu, terus dia cakap jom kita pergi hospital and i was like… yeke sayang? kot-kot false alarm. So i started to record setiap kali sakit,” jelasnya.
Mengulas dengan lebih lanjut, Neelofa memaklumkan meskipun dirinya sudah berada dalam dewan bersalin, dia tidak pasti apa yang sudah berlaku sekitar jam 1 pagi pada hari yang sama.
”Jadi pada jam 1 pagi saya sudah terbaring di dewan bersalin. Masih tidak pasti ‘betul ke dah nak beranak (bersalin) ni.”
”Pak Ustaz (suaminya) telah buat solat sikit sambil menunggu doktor. Masa ini sampai-sampai sudah dua sentimeter.” kongsinya.
Detik kelahiran menjadi momen indah sepanjang perkahwinan
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail turut menambah bahawa dia mengalami tempoh kontraksi selama beberapa jam sebelum proses melahirkan.
”Teman suami makan breakfast, masa ni dah lebih lapan jam layan contraction dan enam jam kemudian, jam 3.44 petang Allah mudahkan segalanya. Bilal dilahirkan dengan selamat,” tulisnya.
Menerusi paparan seterusnya, artis Neelofa sempat memberikan dedikasi buat suami yang setia berada di sampingnya ketika melahirkan anak sulung mereka.
”Sentiasa ada di sisi. Terima kasih suamiku. Walaupun mencabar lima hari pertama di hospital, tapi tu antara hari/ moment terindah bersama suami sepanjang berkahwin.”
”Terima kasih sayang for everything. Alhamdulillah syukur atas segala kurniaan Allah S.W.T.”
Neelofa kongsi ilmu penjagaan bayi yang dipelajarinya dengan peminat
#1. Cara bezakan tangisan bayi
Menerusi rancangan Nona, Noor Neelofa mendapat pujian ramai kerana tidak jemu mencari ilmu selepas bergelar ibu kepada Muhammad Bilal. Malah, dia sempat berkongsikan tentang ilmu penjagaan bayi yang dipelajarinya.
Menurutnya, bayi selalunya menangis sebagai satu cara untuk berkomunikasi dan setiap tangisan juga adalah berbeza-beza maknanya.
#2. Latihan tidur (sleep training)
Walaupun anaknya masih bayi, Neelofa mendedahkan kelas itu bertujuan untuk para ibu melatih anak mereka untuk tidur secara bersendirian pada usia yang muda
“Hari ni hari pertama Muhammad Bilal sleep train. Ni Bilal sedang nesting untuk 15 minit. Sebelum saya letak dalam basinet ni, dah bagi susu, gelapkan bilik dan bonding session 15 minit juga.”
Untuk pengetahuan anda, kaedah ‘sleep train’ ini merupakan proses para ibu membantu bayi mereka belajar tidur dengan sendiri tanpa bantuan sepanjang malam.
Meskipun Bilal tidak perlu didodoikan untuk tidur, Neelofa tidak tinggal dan tetap memerhati agar anaknya selamat serta selesa sepanjang proses tersebut.
Malah pada waktu nesting, Neelofa akan menyorokkan dirinya untuk elak daripada Bilal ternampak dirinya.
Hasil daripada proses ‘sleep training’ tersebut, selebriti ini mendedahkan anaknya tidur nyenyak sepanjang 12 jam tanpa gangguan kecuali terjaga untuk sesi penyusuan.
“Alhamdulillah, dia akan tidur paling lewat 7:30 malam sampaiiah subuh. Tapi akan minta susu dua ke tiga kali sepanjang 7 malam ke 7 pagi tu. Tapi mata tutup, mulut je buka minum susu.”- tulisnya
Biodata Neelofa
Bagi anda yang belum mengenali sepenuhnya mengenai selebriti terkenal ini, kami kongsikan beberapa butiran Neelofa biodata.
- Nama penuh: Noor Neelofa binti Mohd Noor
- Tarikh lahir: 10 Februari 1989
- Kelahiran: Pasir Mas, Kelantan
- Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik
- Ayah kandung Neelofa, Mohd Noor berbangsa Melayu, manakala ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed merupakan kacukan Pakistan dan Arab
- Neelofa yang disapa Lofa di kalangan ahli keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar” membawa maksud bunga teratai
- Sebagai pelajar, Neelofa dikenali sebagai seorang yang pintar kerana meraih lima A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.
- Nama anak Neelofa: Muhammad Bilal Muhammad Haris (Yang terpuji, dirahmati, dan titisan embun)
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Walaupun Masih Kecil, 9 Anak Selebriti Ini Terima Hadiah Mewah Dari Ibu Ayah Mereka
Baca juga: 10 Pilihan Nama Anak Lelaki Yang Unik, Inspirasi Dari Nama Anak Selebriti Terkenal!
Baca juga: 10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!