X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anak Suka Gigit Orang Adalah Tabiat Normal, Ia Tanda Anak Belajar Tentang Persekitaran

4 min bacaan
Anak Suka Gigit Orang Adalah Tabiat Normal, Ia Tanda Anak Belajar Tentang PersekitaranAnak Suka Gigit Orang Adalah Tabiat Normal, Ia Tanda Anak Belajar Tentang Persekitaran

Anak menggigit adalah tabiat yang normal berlaku setelah gusi si manja tumbuh gigi. Namun keadaan ini boleh menganggu orang sekeliling mereka

Apabila anak tumbuh gigi, mulalah gusi mereka rasa gatal dan hingga mereka rasa mahu menggigit. Tapi apabila anak menggigit, takut pula nanti dia gigit kawan-kawan dia ataupun orang lain.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini? 

  • Anak menggigit orang, Shariq Gabriel jadi perhatian ramai
  • Mengapa anak suka menggigit
  • Bagaimana ibu ayah boleh ajar anak supaya berhenti menggigit?
  • Petua lain atasi tabiat anak suka gigit orang 
  • Kecederaan akibat gigitan anak

Memandangkan minggu yang lalu seluruh masyarakat Islam meraikan Aidilfitri, ramai yang memuat naik gambar dan video kenangan raya dengan keluarga masing-masing.

Anak menggigit orang, Shariq Gabriel jadi perhatian ramai

anak suka gigit

Tidak ketinggalan, keluarga Emma Maembong yang dilihat beraya sakan dengan adik-beradiknya. Walau bagaimanapun peminat berasa terhibur melihat kecomelan Shariq Gabriel yang kini berusia 1 tahun sewaktu sesi bersalaman.

Pada ketika itu Emma duduk di atas sofa, manakala adiknya Chacha Maembong duduk bersimpuh di hadapan dan bersalaman untuk beraya. Dia yang bercakap dengan suara yang agak kuat dengan Emma telah membuatkan Shariq terus menggigit pada bahagian lengannya.

Mungkin sahaja bayi comel berkenaan menganggap Chacha ingin mengapa-apakan ibunya, sehingga dia tidak berhenti menggigit.

Video aksi comel Shariq itu yang mencuri tumpuan itu berlaku semasa Emma sedang duduk di sofa manakala Shariq berada di sisinya.

Insiden itu disedari oleh Emma beberapa saat selepas melihat adiknya menjerit. Emma cuba menghalang Shariq dan mengalihkan tangan Chacha. Namun apa yang meluucukan gelagat Shariq yang terus terganga seolah-olah mahu memberikan gigitan kali kedua.

Mengapa anak suka menggigit

Menggigit adalah perkara biasa dan merupakan sebahagian dari perkembangan kanak-kanak yang berusia 1 hingga 3 tahun.

Antara sebab-sebab mengapa si manja anda itu suka gigit adalah: 

#1) Mereka sedang belajar tentang persekitaran

  • Bayi sering menggunakan mulut untuk mengenal dan belajar benda di sekeliling mereka.
  • Ibu-ibu pasti tahu mereka suka masukkan apa sahaja ke dalam mulut. Tindak balas biasa kita adalah menerkam objek yang dimasukkan ke dalam mulut mereka. Ha, malangnya kadang-kadang bukan mainan yang masuk mulut mereka, tapi tangan orang!

#2) Mereka sedang tumbuh gigi 

  • Apabila gusi si manja bengkak dan sakit, salah satu cara untuk menenangkannya ialah dengan menggigit.

#3) Mereka cuma ingin perhatian

  • Biarpun perhatian yang negatif! Mungkin mereka marah anda tidak melayan dan menghiraukan mereka

#4) Mereka mahu lihat reaksi anda

  • Mereka sedang melalui fasa rasa ingin tahu dan belajar tentang tindak balas dari perbuatan mereka. Apabila tangan orang digigit, reaksi pertama ialah untuk menjerit kesakitan.
  • Kadang-kadang si manja akan menggigit seseorang untuk mendapat reaksi yang sama. Mereka sebenarnya tidak tahu orang yang digigit akan rasa sakit juga.

Anak Suka Gigit Orang Adalah Tabiat Normal, Ia Tanda Anak Belajar Tentang Persekitaran

Bagaimana ibu ayah boleh ajar anak supaya berhenti menggigit?

Jika ibu bapa tahu sebab mengapa anak suka gigit, maka tugas untuk menghentikan tabiat ini akan menjadi lebih senang.

Contohnya:

  • Jika si manja anda sedang tumbuh gigi, selalu letakkan teether berdekatan dengannya supaya teether itu menjadi mangsa dan bukan tangan orang lain.
  • Apabila anak sudah pandai bercakap, galakkan dia untuk menggunakan bahasa semasa menyatakan emosi yang dialaminya seperti "saya marah" dan tidak dengan menggunakan tindakan fizikal.
  • Pastikan si manja cukup rehat, makan dan minum untuk mengelak dari membuat perangai yang boleh meninggikan risiko orang lain digigit.
  • Berikan perhatian yang secukupnya kepada anak supaya dia tidak akan menggigit hanya untuk mendapat perhatian anda.

Sekiranya, si manja sedang melalui fasa-fasa ini, pastikan ibu bapa teruskan memantau tingkah laku anak apabila mereka sedang bermain dengan adik-beradik mahupun sahabat.

Petua lain atasi tabiat anak suka gigit orang 

Anak Suka Gigit Orang Adalah Tabiat Normal, Ia Tanda Anak Belajar Tentang Persekitaran

Walaupun kelakuan ini adalah sebahagian daripada perkembangan kanak-kanak yang normal, ini tidak bermakna ibu bapa harus membiarkan anak meneruskan tabiat yang buruk ini.

Apabila si manja melakukannya, katakan dengan tegas, "Tidak! Awak tidak boleh menggigit orang!"

Jelaskan kepada mereka yang perbuatan mereka itu menyakitkan orang lain. Jika anak masih membuat perangai, bawa anak ke tepi sehingga dia lebih tenang.

Jangan mengajar anak untuk berhenti dengan menggigitnya balik. Ini hanya akan mengelirukan kanak-kanak itu dan menggalakkanya untuk meneruskan tabiat ini. 

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari

Jika tabiat ini berterusan sehingga anak melebihi usia 4 atau 5 tahun, dapatkan nasihat doktor.

Kecederaan akibat gigitan anak

Jangan ingat gigi-gigi kecil ini tidak akan mencederakan orang. Biarpun ia kecil, namun ia sangat tajam dan boleh menyebabkan luka. Jika ini berlaku, cuci bahagian luka dengan sabun dan air.

Sekiranya luka itu sangat dalam dan berdarah, bawa mangsa mendapat rawatan doktor.

Ibu bapa jangan rasa hampa. Tarik nafas panjang-panjang dan cuba petua dalam artikel ini. Fasa ini tidak kekal selama-lamanya.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suka Tarik & Gigit, Ini 10 Karenah Comel Bayi Waktu Menyusu Yang Buat Ibu Rasa Geram

Baca juga: Bapa Pelik Anak Tiba-Tiba Suka Gigit Kuku, Rupanya Itu Tanda Dia Stres Dapat Adik!

Baca juga: Anak suka gigit handphone? Baik hati-hati kerana bateri yang digigit boleh meletup!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Suka Gigit Orang Adalah Tabiat Normal, Ia Tanda Anak Belajar Tentang Persekitaran
Kongsikan:
  • 4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku

    4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku

  • Kenapa Anak Suka Gigit Benda Bukan Makanan? Ini Sebabnya, Bahaya Jika Terus Dibiarkan!

    Kenapa Anak Suka Gigit Benda Bukan Makanan? Ini Sebabnya, Bahaya Jika Terus Dibiarkan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • 4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku

    4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku

  • Kenapa Anak Suka Gigit Benda Bukan Makanan? Ini Sebabnya, Bahaya Jika Terus Dibiarkan!

    Kenapa Anak Suka Gigit Benda Bukan Makanan? Ini Sebabnya, Bahaya Jika Terus Dibiarkan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.