X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bapa Pelik Anak Tiba-Tiba Suka Gigit Kuku, Rupanya Itu Tanda Dia Stres Dapat Adik!

4 min bacaan
Bapa Pelik Anak Tiba-Tiba Suka Gigit Kuku, Rupanya Itu Tanda Dia Stres Dapat Adik!Bapa Pelik Anak Tiba-Tiba Suka Gigit Kuku, Rupanya Itu Tanda Dia Stres Dapat Adik!

Anak tiba-tiba saja ada tabiat gigit kuku, tak cukup dengan itu hisap rambut pula malah selalu buat perangai. Adakah dia baru dapat adik?

Geram pula tengok anak gigit kuku. Kadang-kadang leka betul sampai tak sedar kuku dah terlalu pendek dan kadang kala ada yang hingga berdarah.

Jadi kenapa sebenarnya anak gigit kuku? Adakah keadaan ini boleh terjadi secara tiba-tiba atau ia memang tabiat anak sejak kecil lagi? 

Adakah tabiat gigit kuku ini boleh diubah dan dihentikan daripada terus-menerus dilakukan oleh anak kerana seperti yang kita ketahui kuku juga antara tempat pembiakan bakteria!

Gigit kuku salah satu tanda anak stres

Gigit

Kredit: herstory

Perkongsian seorang bapa, Mohd Fhais Salim di laman Facebok mengenai anak sulungnya, berjaya membuka mata ramai pihak mengenai tabiat anak yang suka menggigit kuku.

Kami kongsikan di sini perkongsian bapa berkenaan:

Pernah satu ketika annur rania kuat gigit kuku dia. Habis supik-supik kuku di gigitnya. Baru saya tahu rupanya itu la tandanya dia sedang stres Sibling Rivalry.

Saya baru ingat, tabiat gigit kuku tu mula muncul bila dia mendapatkan adik baru.

Bapa ini beritahu, anaknya tiba-tiba ada tabiat menggigit kuku yang mana sebelum ini tidak pernah dilakukan. Rupa-rupanya melalui pembacaan bapa ini, anaknya sedang melalui stres Sibling Rivalry yang membuatkan tabiat berkenaan muncul.

Rupanya kemunculan adik baru dalam keluarga adalah satu Traumatic Event untuk anak sulong saya Annur Rania.

Rupa-rupanya, kemunculan adik baru dalam keluarga itu mendatangkan trauma pada anak sulungnya yang boleh dikaitkan dengan keadaan stres sibling rivalry.

Tanda anda alami stres akibat sibling rivalry

Gigit

Kredit: thebubhub

Menurut bapa ini, selain gigit kuku ada juga beberapa perubahan yang dia perasan pada anaknya. Ia termasuklah:

#1. Waktu tidur tidak menentu, susah tidur malam

Jika anda dapat bayi baharu, juga perhatikan abang dan kakaknya ada perubahan perangai atau sebaliknya. Jika nampak benar berubah mungkin ada perkara yang perlu anda ikhtiar.

Waktu tidur yang tidak menantu, serta susah tidur malam antara tanda anak anda alami stres akibat sibling rivalry. 

Jadi jangan pelik jika anda dapat bayi baharu, anak yang lain akan alami kelainan pada rutinnya kerana tidak banyak walaupun sedikit mereka pasti akan terganggu juga.

#2. Gigit kuku, hisap rambut

Ini antara tanda anak anda stres. Dia akan suka menghisap rambut dan gigit kuku seolah-olah mahu menenangkan perasaan mereka yang sedang gundah gulana!

Habis kuku digigitnya, tak cukup dengan itu rambut pula dia hisap. Memang menguji kesabaran betul!

#3. Banyak buat perangai yang timbulkan kemarahan kita

Gigit

kredit: google image

Anak akan buat perangai yang luar biasa yang buat kita rasa nak marah je dia. Perangai yang tidak diduga tiba-tiba keluar sedangkan sebelum ini tak pernah pun buat.

Jadi ini mungkin tanda anak anda sedang stres dengan keadaan penerimaan ahli baharu dalam keluarga. Dia juga mungkin selalu buat gelagat minta perhatian, jadi attention seeker. Kalau tak pandang dia confirm merajuk.

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta

#4. Makin mengada-ngada

Contohnya, walau dah pandai pakai baju sendiri tetap mengada-ngada nak suruh dipakaikan bajunya.

#5. Suka kacau adik

Dia akan sangat suka kacau adik baharunya. Jika adik sedang tidur, ada yang bertindak picit hidung adik dan sebagainya. Malah ada juga yang jika adik sedang tidur atas balik, ditarik pula bantal di kepala adik

Ya. Memang benar-benar menguji kesabaran jika anak anda alami stres akibat sibling rivalry. Ini tidak pelik ya terutama bagi anak pertama yang tiba-tiba terima adik.

Lebih-lebih lagi jika jarak mereka dekat. Potensi untuk anak hadapi perkara ini memang ada dan jika anda tak perasan, kesian pula pada anak.

Dia sudah pasti mahukan perhatian, tetapi ibu ayah pula tak perasan. Jadi walaupun sibuk dengan bayi baharu, pastikan anda perhati juga anak anda yang sedia ada tu ya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

kredit foto: faxo, popmama, Healthday

Baca juga: 4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku

Baca juga: 5 Cara Mengajar Anak Untuk Berhenti Menggigit Orang Lain Atau Anda!

Baca juga: Suka Gigit Kuku Salah Satu Tanda Anak Mungkin Ada Jangkitan CACING!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Bapa Pelik Anak Tiba-Tiba Suka Gigit Kuku, Rupanya Itu Tanda Dia Stres Dapat Adik!
Kongsikan:
  • Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

    Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

  • Anak Takut Gelap Tanda 'Nighttime Anxiety', Ini Yang Ibu Boleh Buat Pulihkan Semangat Mereka

    Anak Takut Gelap Tanda 'Nighttime Anxiety', Ini Yang Ibu Boleh Buat Pulihkan Semangat Mereka

  • Begini Cara Bersihkan Lidah Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Ayah Baru WAJIB Tahu!

    Begini Cara Bersihkan Lidah Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Ayah Baru WAJIB Tahu!

app info
get app banner
  • Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

    Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

  • Anak Takut Gelap Tanda 'Nighttime Anxiety', Ini Yang Ibu Boleh Buat Pulihkan Semangat Mereka

    Anak Takut Gelap Tanda 'Nighttime Anxiety', Ini Yang Ibu Boleh Buat Pulihkan Semangat Mereka

  • Begini Cara Bersihkan Lidah Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Ayah Baru WAJIB Tahu!

    Begini Cara Bersihkan Lidah Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Ayah Baru WAJIB Tahu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.