X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku

3 min bacaan
4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku

Menggigit kuku boleh mendatangkan 4 jangkitan serius yang mampu meragut nyawa. Ibu bapa tak patut memandang ringan masalah anak suka gigit kuku lagi.

Tabiat gigit kuku

Ramai ibu bapa selalu memandang ringan tabiat menggigit kuku yang sebenarnya boleh jadi punca beberapa masalah serius seperti jangkitan jika tidak dihentikan.

Ibu bapa sering biarkan sahaja anak-anak menggigit kuku kerana menganggap tabiat ini cuma fasa jangka pendek.

Tapi tahukah anda, jika dibiarkan, tabiat gigit kuku boleh menyebabkan banyak masalah, termasuk beberapa jangkitan?

Antara jangkitan bahaya yang boleh dihidap oleh kanak-kanak yang menggigit kuku adalah:

1. Jangkitan staph

4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku

Sumber gambar: kidshealth.org

Staphylococcus aureus, sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan staph selalunya hadir pada kuku jari.

Tabiat menggigit kuku boleh meningkatkan peluang anak untuk mendapat jangkitan apabila termakan bakteria ini. 

Jika tidak diberi rawatan, bakteria ini boleh menyebabkan bisul pada kulit, masalah pernafasan, serta gejala-gejala yang sama seperti keracunan makanan.

Bakteria staph ada banyak jenis dan ada yang sangat sukar untuk dirawat walaupun dengan ubat antibiotik.

Cara Jangkitan

  • Bakteria Staphylococcus Aureus biasanya terdapat pada kulit atau hidung orang yang sihat.

  • Kira-kira 2 hingga 3 daripada setiap 10 orang membawa bakteria ini di hidung mereka.

  • Bakteria ini boleh merebak melalui sentuhan kulit ke kulit atau dengan menyentuh permukaan yang tercemar.

  • Kurang menjaga kebersihan diri dan tidak menutup luka yang terbuka juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria Staphylococcus Aureus.

2. Penyakit E.coli

4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku

Kanak-kanak kecil yang sedang pulih selepas masuk wad rawatan intensif selama 2 minggu kerana kegagalan buah pinggang akibat wabak E. coli O55 di Dorset. Sumber gambar: barfblog.com

Escherichia coli, atau lebih dikenali sebagai E.coli, adalah sejenis bakteria yang mungkin terperangkap di bawah kuku anak, jika mereka tidak rajin mencuci tangan.

Bakteria ini sering dikaitkan dengan kebersihan diri kerana ia biasa didapati dalam najis.

Inilah sebab mengapa kanak-kanak diajar untuk mencuci tangan mereka selepas ke tandas. Tapi kadang-kala, walaupun selepas mencuci tangan dengan baik, anak masih boleh terjangkit bakteria ini.

Jika terdapat bakteria yang terperangkap di bawah kuku, dan anak anda suka menggigit kuku, dia boleh termakan bakteria itu.

Jangkitan E.coli boleh meragut nyawa, jadi jangan pandang ringan penyakit ini.

3. Herpetic whitlow

4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku

Sumber gambar: primehealthchannel.com

Herpetic whitlow disebabkan oleh virus herpes simpleks (HSV) yang juga akan menyebabkan terjadinya lepuh-lepuh kecil berair pada kulit. 

Jika anak anda dijangkiti HSV dan dia menggigit kuku jarinya, ia boleh menyebabkan:

  • Bengkak dan kemerahan pada jari
  • Lesi pada jari dan dasar kuku
  • Demam
  • Nodus limfa bengkak

Walaupun penyakit ini tidak mengancam nyawa, namun HSV amat mudah berjangkit, terutamanya jika ia telah merebak ke tangan.

4. Candida Parapsilosis

4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku
Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Sumber gambar: Wikipedia

Lebih dikenali sebagai bakteria yis, ia biasa didapati di bawah kuku dan boleh menyebabkan jangkitan pada seluruh badan.

Jangkitan ini juga boleh merebak dari tangan ke mulut dan menyebabkan jangkitan pada semua organ penghadaman badan. 

Dalam kes yang paling teruk, ia juga boleh menjangkiti jantung, otak, mata, tulang, mata dan juga bahagian lain pada badan.

Jangkitan candida boleh membawa maut jika tidak dirawat dan pesakit perlu mengambil ubat anti kulat yang berlarutan untuk merawat keadaan ini.

Dalam kes terpencil, doktor mungkin akan menyarankan kuku yang dijangkit itu disingkirkan.

Sumber: familyshare.com dan MyHealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku
Kongsikan:
  • Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

    Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

  • Jangan Gigit Kuku Bayi Anda, Ini Cara Potong Kuku Si Manja Dengan Selamat

    Jangan Gigit Kuku Bayi Anda, Ini Cara Potong Kuku Si Manja Dengan Selamat

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

    Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

  • Jangan Gigit Kuku Bayi Anda, Ini Cara Potong Kuku Si Manja Dengan Selamat

    Jangan Gigit Kuku Bayi Anda, Ini Cara Potong Kuku Si Manja Dengan Selamat

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.