X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Anak Suka Gigit Benda Bukan Makanan? Ini Sebabnya, Bahaya Jika Terus Dibiarkan!

4 min bacaan
Kenapa Anak Suka Gigit Benda Bukan Makanan? Ini Sebabnya, Bahaya Jika Terus Dibiarkan!

Sama ada perasan atau tidak, ramai anak yang suka gigit benda bukan makanan. Tidak kira apa saja termasuklah mainan kanak-kanak, rambut dan sebagainya.

Sama ada perasan atau tidak, ramai anak yang suka gigit benda bukan makanan. Tidak kira apa saja termasuklah mainan kanak-kanak dan sebagainya. 

Kenapa perkara ini berlaku? Malah lebih memeningkan kadangkala umur dan masuk lebih tiga tahun pun mereka masih lagi suka menggigit barang bukan makanan yang tidak sepatutnya mereka gigit. Ada yang suka gigit baju, gigit pensel dan sebagainya. 

Mahu tahu apa sebabnya? Adakah perkara ini akan memudaratkan mereka? Jom kita baca perkongsian Terapis Cara Kerja, Aslizadilah Abdullah untuk memahami lebih lanjut mengenai perlakuan anak-anak ini.

Baca juga: Risau Anak Selalu Ambil Makanan Segera? Ibu Boleh Terapkan 17 Tips Nutrisi Ini Pada Anak

Mainan kanak-kanak antara barang paling digemari untuk digigit

Menurut Aslizadilah, barang mainan kanak-kanak antara benda paling gemar digigit. Tetapi ada juga yang suka menggigit baju, pensel dan sebagainya yang tidak sepatutnya digigit. 

Perbuatan atau tabiat ini mungkin menandakan sesuatu pada anak anda yang perlu diberikan perhatian dan tidak boleh dipandang remeh.

Perkara ini juga perlu diberi perhatian jika usia anak melebihi dua tahun kerana jika di bawah umur dua tahun adalah perkara normal jika mereka gigit barang atau benda selain makanan.

Ini antara masalah yang anak anda hadapi jika dia berterusan menggigit barang yang bukan makanan walaupun sudah berusia 24 bulan ke atas.

#1. Masalah pergigian

Menurut Terapis Cara Kerja, jika seorang kanak-kanak itu menggigit barangan selain makanan dia mungkin ada masalah pergigian. Contohnya mungkin dia sakit gigi atau gusi disebabkan itu mereka suka gigit benda bukan makanan.

Jadi segeralah bawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk melihat masalah yang dihadapinya.

#2. Masalah lewat perkembangan

Mainan kanak-kanak

Jika anak sudah berusia di atas 24 bulan atau tiga tahun atau empat tahun dan ke atas tetapi masih ada tabiat suka gigit benda bukan makanan dia mungkin ada masalah lewat perkembangan. 

Biasanya kanak-kanak yang berumur 4 bulan ke bawah memang akan explore sekeliling mereka menggunakan deria oral yang mana akan masukkan mainan kanak-kanak atau jari ke dalam mulut dan perkara ini normal untuk bayi 24 bulan ke bawah.

Tetapi bagi kanak-kanak yang ada masalah lewat perkembangan yang mana perkembangannya tidak selari dengan umur sebenar, besar kemungkinan dia ada tabiat sepert ini.

#3. Masalah medical condition

Mereka adalah masalah medical condition yang mana memang suka makan benda bukan makanan seperti benang atau rambut. Jadi kalau anak ada masalah ini lebih baik jika anda bawa mereka jumpa doktor. 

#4. Masalah sensory processing

Mainan kanak-kanak

Mereka mungkin ada masalah sensory processing yang mana seeloknya anda berjumpa dengan Terapis Cara Kerja dan mereka akan membuat penilaian mengenai apa sebenarnya masalah anda dan cara atasinya.

Apa anak rasa bila gigit benda bukan makanan?

Secara fisiologinya kenapa anak suka gigit benda bukan makanan? Ini kerana menurut Terapis ini, bila mereka menggigit benda bukan makanan akan merangsang deria propriseptif dan membuatkan mereka rasa lebih tenang.

Bila mereka gigit akan ada deep pressure di rahangnya jadi deria propriseptif ini akan hantar ke otak dan buat anak rasa lebih tenang. Kenapa kita tidak begitu? Ini kerana kita tiada masalah sensory procssing. 

Mereka mahu mencari rangsangan deria proprisetif disebabkan itu mereka cuba mengigit benda bukan makanan yang terdekat dengan mereka seperti rambut, baju atau kuku. 

Bagaimana mereka boleh dibantu?

#1. Makanan

Daripada segi pemakanan bagi anak makan makanan yang sedikit keras, kenyal dan rangup. Ia termasuklah lobak merah, timun, buah epal dan keropok ikan.

Bagi makanan yang kenyal pula adalah seperti daging , ayam atau gula-gula getah tetapi pastikan anak sudah tau membuangnya dan tidak menelan gula-gula getah berkenaan. 

#2. Aktiviti

Mainan kanak-kanak

Beri mereka aktiviti heavy works. Contohnya beri mereka angkut barang berat dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Beri mereka angkat beberapa buah buku.

Selain itu, jika bawa anak ke pasar raya, beri mereka tugas untuk tolak troli untuk merangsang deria proprioseptif yang mereka perlukan. 

Ada juga yang mencadangkan untuk beri chewy toys kepada anak. Anda juga boleh cuba permainan tiup bole pingpong menggunakan straw untuk anak-anak main atau tiup warna air di atas kertas. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Aslizadilah Abdullah

Baca juga: Makanan Apa Yang Sesuai Untuk Diberikan Buat Pertama Kali Pada Bayi 6 Bulan?Jom Lihat!

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Kenapa Anak Suka Gigit Benda Bukan Makanan? Ini Sebabnya, Bahaya Jika Terus Dibiarkan!
Kongsikan:
  • Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

    Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

  • Sadis! Akibat Gigit Puting Ibu, Bayi 8 Bulan Ini Ditusuk 90 kali & Wajahnya Cedera Teruk!

    Sadis! Akibat Gigit Puting Ibu, Bayi 8 Bulan Ini Ditusuk 90 kali & Wajahnya Cedera Teruk!

  • Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
    Stories Rakan Kongsi

    Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

    Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi

  • Sadis! Akibat Gigit Puting Ibu, Bayi 8 Bulan Ini Ditusuk 90 kali & Wajahnya Cedera Teruk!

    Sadis! Akibat Gigit Puting Ibu, Bayi 8 Bulan Ini Ditusuk 90 kali & Wajahnya Cedera Teruk!

  • Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
    Stories Rakan Kongsi

    Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.