Menyaksikan gigi pertama bayi muncul adalah momen yang menggembirakan! Tetapi, tahukah anda ada beberapa perkara penting yang perlu anda perlu tahu mengenai bayi tumbuh gigi bagi memastikan mereka selesa menjalani fasa perubahan.
Memahami Pertumbuhan Gigi Bayi
Setiap bayi mempunyai perjalanan tumbesaran yang berbeza-beza. Ini termasuklah bila gigi bayi tumbuh. Bayi A mungkin mula tumbuh gigi pada usia 5 bulan dan bayi B tumbuh gigi pada usia 11 bulan.
Walau bagaimanapun, persamaan yang dapat mengenalpasti adakah bayi anda sedang tumbuh gigi atau tidak adalah dengan melihat tanda-tanda bayi yang sedang tumbuh gigi, seperti di bawah ini.
Perkara Penting Berkaitan Gigi Bayi
Mari kita lihat beberapa fakta penting dan menarik yang pasti akan membuatkan anda lebih yakin dalam menjaga senyuman kecil mereka!
1.Gigi Bayi Bermula Awal
Gigi pertama bayi biasanya muncul sekitar usia 6 bulan, tetapi jangan panik jika ia sedikit lewat. Setiap bayi berkembang dengan cara yang berbeza, ada yang cepat, ada yang lambat, dan itu semua normal!
2.Menjaga Kebersihan Sejak Awal
Walaupun gigi pertama bayi baru tumbuh, penting untuk menjaga kebersihannya. Gunakan kain lembut atau berus gigi bayi yang kecil untuk membersihkan gusi mereka selepas makan. Ini membantu mengelakkan pembentukan plak dan mempersiapkan mereka untuk gigi yang lebih banyak.
3.Penyusuan dan Gigi Bayi
Penyusuan ibu adalah cara terbaik untuk memberi bayi nutrisi, tetapi selepas makan, pastikan untuk membersihkan mulut bayi supaya susu tidak tertinggal pada gusi atau gigi yang baru tumbuh. Ini mengelakkan kerosakan gigi di kemudian hari.
4.Jangan Lupa Periksa Gigi Pertama
Apabila gigi pertama bayi muncul, ini adalah masa terbaik untuk mula melawat doktor gigi kanak-kanak. Walaupun gigi bayi hanya sementara, pemeriksaan awal boleh membantu mencegah masalah pada gigi kekal nanti!
5.Gusi Bayi Sering Gatal
Proses tumbuh gigi memang boleh buat bayi rasa gatal dan tidak selesa. Anda boleh beri mereka mainan gigi atau kain sejuk untuk digigit bagi meredakan rasa gatal. Jangan risau, ini semua sebahagian daripada proses tumbesaran!
6.Jaga Diet Bayi
Makanan yang sihat sangat penting untuk gigi bayi. Elakkan memberi mereka terlalu banyak makanan manis atau berlemak, kerana ini boleh menyebabkan kerosakan gigi, walaupun gigi bayi hanya sementara.
Tanda Bayi Tumbuh Gigi
Setiap bayi mempunyai perjalanan tumbesaran yang berbeza-beza. Ini termasuklah apabila gigi bayi tumbuh. Bayi A mungkin mula tumbuh gigi pada usia 5 bulan dan bayi B tumbuh gigi pada usia 11 bulan.
Walau bagaimanapun, persamaan yang dapat mengenalpasti adakah bayi anda sedang tumbuh gigi atau tidak adalah dengan melihat tanda-tanda bayi yang sedang tumbuh gigi, seperti di bawah ini.
1. Air Liur Meleleh Dengan Banyak
Apabila gusi telah dirangsang dengan gigi yang sedang tumbuh, air liur bayi akan mulai banyak.
Maka ibu-ibu kenalah bersedia dengan bib dan tuala kecil. Air liur yang terlalu banyak meleleh juga boleh menyebabkan masalah cirit-birit atau berak cair.
2. Kulit Menjadi Gatal-Gatal Dan Kemerahan
Disebabkan muka dan leher bayi yang sentiasa lembab dek air liur banyak, gatal-gatal kemerahan mula muncul pada kulit si manja. Kadang-kadang ia muncul dalam bentuk kulit menggelupas.
Ibu boleh selalu mengelap air liur bayi dan menyapu krim bayi yang sesuai dengannya (ingat baca kandungan krim tersebut dulu! Pastikan ia selamat untuk bayi).
3. Suka Menggigit
Disebabkan rasa gusi yang tidak selesa atau gatal, mereka akan mula menggigit. Apa sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam mulut, akan digigitnya termasuklah puting ibu.
Ia momen yang menyakitkan, tetapi ia akan berlalu, percayalah. Jadi ibu-ibu kena bertahan sikit lah, ye!
4. Asyik Merengek
Disebabkan gusi yang tidak selesa atau sakit, mereka akan kerap merengek untuk menunjukkan yang mereka tidak selesa. Jadi cuba untuk lebih bersabar dengan bayi anda ketika ini.
Fikirkanlah yang mereka sedang berada di dalam kesakitan.
5. Pendarahan Di Bawah Gusi Atau Hematoma
Pendarahan di bawah kulit pada gusi atau hematoma juga mungkin berlaku. Keadaan ini akan kelihatan seperti gusi kebiru-biruan dan bengkak.
Tidak perlu risau kerana ia adalah normal, tetapi bagus juga untuk anda tahu mengenai simptom ini.
6. Susah Untuk Tidur
Disebabkan rasa tidak selesa dan sakit yang dilalui, mereka akan mengalami kesukaran untuk tidur.
Untuk melalui fasa ini, cuba bergilir dengan pasangan anda untuk menemani bayi di waktu malam sementara seorang lagi tidur.
7. Batuk
Batuk juga merupakan salah satu simptom yang menunjukkan bayi sedang tumbuh gigi. Tapi, ia bukan disebabkan mereka sakit.
Ia kerana air liur yang terlalu banyak membuatkan mereka terjeluak. Kadang-kala ia hanyalah batuk kosong.
8. Hilang Selera Makan
Sesetengah bayi akan jadi lebih sensitif dan enggan makan. Ini kerana mereka rasa tidak selesa untuk mengunyah atau makan.
Sama ada makanan separa pejal atau cair, rasa sakit atau tidak selesa ketika tumbuh gigi itu menghilangkan selera mereka.
Tapi anda jangan pula berhenti memberi mereka makan hanya kerana mereka enggan makan. Cuba berikan sesuatu yang mereka suka.
9. Demam
Ini adalah salah satu tanda yang paling biasa terjadi. Demam biasa yang tidak terlalu panas kerana gigi baby tumbuh. Tetapi sekiranya demam itu telah berlanjutan lebih dari 3 hari, dapatkan pemeriksaan lanjut.
10. Cirit-birit
Cirit-birit yang tidak serius boleh terjadi kerana menelan air liur yang terlalu banyak ketika baby tumbuh gigi. Namun sekiranya cirit-birit berlanjutan dengan terlalu banyak dan lama, bawa anak anda ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
11. Kerap Gosok Pipi
Kadang-kadang, sakit gusi sampai ke pipi dan telinga. Dan ini akan menyebabkan si manja anda itu akan lebih kerap menggosok pipi. Ibu ayah harus peka kerana ini juga petanda jangkitan telinga!
Kepentingan Penjagaan Gigi
Ingat, menjaga gigi bayi adalah langkah pertama dalam memastikan mereka mempunyai senyuman yang ceria dan sihat sepanjang hayat! Jadi, teruskan menjaga kebersihan mulut mereka, kerana senyuman mereka adalah salah satu perkara yang paling berharga!
Walaupun gigi bayi hanya sementara, kebersihan mulut yang baik sejak kecil dapat mencegah masalah seperti gigi berlubang atau gusi meradang.
Memberus gigi bayi dengan betul, walaupun mereka belum tumbuh banyak gigi, adalah cara terbaik untuk memulakan penjagaan gigi yang betul!
Selain itu, menjaga gigi bayi juga membantu perkembangan gigi kekal mereka. Lawatan awal ke doktor gigi memastikan gigi pertama mereka tumbuh dengan betul dan mengelakkan masalah di kemudian hari.
Jadi, bermula dari gigi pertama, pastikan gigi bayi sihat, supaya senyuman mereka ceria sepanjang tumbuh dewasa!
Adakah Selamat Gripe Water Untuk Bayi Tumbuh Gigi
Bayi yang sedang tumbuh gigi memang sering rasa tidak selesa, dan ibu bapa pastinya mahu mereka merasa lega. Gripe water, yang sering digunakan untuk melegakan kolik atau kembung perut, sering dicadangkan sebagai penyelesaian bagi masalah ini.
Namun, adakah ia selamat?
Secara umum, gripe water boleh digunakan dengan selamat untuk bayi, tetapi ia perlu digunakan dengan berhati-hati. Beberapa jenama gripe water mengandungi bahan semulajadi seperti halia dan chamomile, yang mungkin membantu melegakan ketidakselesaan tumbuh gigi.
Walau bagaimanapun, selalu pastikan untuk memilih produk yang bebas alkohol dan bahan pengawet. Yang paling penting, sentiasa rujuk doktor sebelum memberi gripe water kepada bayi, terutamanya jika mereka berusia di bawah 6 bulan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Belum Tumbuh Gigi? Jangan Panik, Cuba Ini Untuk Rangsang Pertumbuhan Gigi Si Manja!
Baca juga: Resepi Biskut Homemade Untuk Bayi Gatal Gusi & Baru Tumbuh Gigi Tanpa Gula, Garam
Baca juga: Karies Gigi Anak Boleh Terjadi Biarpun Selalu Gosok Gigi, Ini 7 Langkah Mengatasinya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!